Highlights

Good Articles to Share

Author: Tan KW   |   Latest post: Sun, 17 Nov 2019, 2:25 PM

 

AirAsia Mahu Beli Terminal 2 KKIA

Author:   |    Publish date:


KOTA KINABALU: Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menjelaskan beliau telah menerima cadangan daripada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia Berhad (Air Asia), Tony Fernandes untuk membeli Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA2) untuk dijadikan terminal tambang murah.

Ketua Menteri berkata, perkara tersebut serta beberapa cadangan lain telah disampaikan Tony ketika menerima kunjungan tokoh korporat itu di pejabatnya semalam.

 

Mohd. Shafie bagaimanapun berkata, masih belum ada kata putus dibuat, namun berjanji akan melakukan yang terbaik untuk memastikan Air Asia dapat beroperasi dengan baik membawa pelancong antarabangsa ke Sabah.

“Itu cadangan dia saya akan lihat bagaimana cadangan yang dikemukakan, beberapa pilihan yang ada salah satu dia mahu beli kawasan itu, pilihan lain saya kata jangan ambil biar saya bangunkan dia guna dan ada hubungan yang rapat bersama syarikat penerbangan lain.

“Banyak yang disuarakan tetapi tidak mengapa kita lihat dahulu, saya tidak mahu dedahkan apa isu utama yang kami bincangkan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Semalam, Tony dalam sidang akhbar selepas kunjungan berkenaan berkata, beliau amat berharap dapat menggunakan KKIA2 sebagai terminal tambang murah dan bersedia berpindah ke sana dari Terminal 1 KKIA dalam tempoh enam bulan jika mendapat kebenaran.

Menurut beliau, KKIA2 merupakan terminal yang amat cantik, namun amat merugikan kerana tidak digunakan, justeru Air Asia bersedia melabur di situ selain turut mencipta banyak peluang pekerjaan kepada orang Sabah.

Mengulas lanjut, Mohd. Shafie berkata, kerajaan negeri akan melakukan yang terbaik membantu Air Asia kerana syarikat penerbangan terkemuka dunia itu mempunyai perancangan membawa lebih ramai pelancong ke Sabah tahun depan.

“Tahun depan beliau akan bawa jumlah pelancong yang banyak dari selatan iaitu Australia, New Zealand dan ini yang kita selaku kerajaan negeri kena permudahkan untuk kepentingan negara Malaysia dan Sabah.

“Kita mahu syarikat itu mampu bersaing dan kita perlu permudahkan sebab Air Asia sangat terkenal di seluruh dunia, saya tahu tidak mudah untuk bersaing dalam sektor ini, banyak syarikat penerbangan yang tutup jadi kita selaku kerajaan kena buat kerana ia juga memberi pekerjaan kepada rakyat Malaysia,” kata Mohd. Shafie.

Sementara itu, Ketua Menteri berkata, produk-produk pelancongan baharu perlu diwujudkan di negeri ini bukannya bergantung kepada apa yang sedia ada jika mahu sektor pelancongan terus mantap.

“Kalau kita bergantung dengan yang sedia ada seperti pulau-pulau yang cantik dan gunung yang ada serta makanan, mungkin tiba masanya nanti pelancong kata cukuplah, maka kita perlu cipta produk baharu supaya mereka akan datang balik.

“Di Imbak Canyon ada pokok besar dan tertinggi di Asia, ada orkid setinggi 20 kaki jadi tempat seperti ini kita mahu maklumkan dan pamerkan kepada masyarakat antarabangsa,” katanya.

BorneoToday

 
https://www.sabahpost.net/2019/10/20/airasia-mahu-beli-terminal-2-kkia/
Share this
Labels: AIRASIA

Related Stocks

Chart Stock Name Last Change Volume 
AIRASIA 1.86 +0.02 (1.09%) 1,516,700 

  Be the first to like this.
 


 

429  281  549  742 

ActiveGainersLosers
Top 10 Active Counters
 NameLastChange 
 SAPNRG 0.30+0.01 
 ARMADA 0.525+0.035 
 DGB 0.15-0.015 
 PWORTH 0.04-0.005 
 MLAB 0.065+0.02 
 HSI-H8F 0.420.00 
 HSI-C7K 0.315-0.02 
 VELESTO 0.380.00 
 ISTONE 0.21-0.015 
 FPGROUP 0.54+0.045 
Partners & Brokers