Highlights

Oil and Gas Malaysia News

Author: acinanatucer   |   Latest post: Fri, 29 Oct 2021, 12:18 PM

 

Harga minyak mentah lepasi AS$80 setong, rancakkan kaunter Sapura Energy

Author:   |    Publish date:


 

Sapura Energy Bhd., muncul antara kaunter minyak dan gas (O&G) paling aktif diniagakan di Bursa Malaysia dalam dagangan pagi ini berikutan kenaikan harga minyak melepasi paras AS$80 setong.

Setakat 11.02 pagi, harga sahamnya menokok 0.05 sen atau 4.76% kepada 11 sen dengan 67.8 juta saham diniagakan.

Pada Isnin, Reuters melaporkan harga minyak mentah Brent meningkat AS$1.26, atau 1.5% kepada AS$83.65 setong manakala West Texas Intermediate (WTI) menokok AS$1.17, atau 1.5% kepada AS$80.52 setong.

Selain Sapura Energy, saham Hibiscus Petroleum juga rancak diniagakan dengan harganya menokok 0.05 sen kepada 89.5 sen manakala KNM Group Bhd. juga menokok 0.05 sen kepada 23.5 sen.

Menurut CGS-CIMB dalam nota kajian hari ini, kenaikan harga minyak mentah global melepasi paras AS$80 setong baru-baru ini, meletakkan kedudukan akaun semasa Malaysia yang lebih baik berbanding negara lain di rantau ini.

Namun, firma itu berkata, pemberian subsidi bahan bakar secara blanket pula mempengaruhi kedudukan fiskal kerajaan. 

Sebagai pengeksport bersih minyak, Malaysia menyaksikan lebihan dagangan bagi sektor minyak dan gas (O&G) Malaysia yang lebih besar, meningkat kepada RM26.6 bilion dalam tempoh 8 bulan bagi tahun ini.

Sebahagian besar lebihan dagangan ini disumbang menerusi gas asli cecair (LNG) meningkat kepada RM21.5 bilion dalam tempoh berkenaan diikuti petroleum (RM3.7 bilion) dan produk berasaskan petroleum (RM1.6 bilion).

"Dengan mengandaikan LNG bergerak seiring dengan harga minyak mentah, setiap kenaikan AS$10 bagi setong bagi harga minyak mentah akan meningkatkan kedudukan akaun semasa Malaysia kepada 0.4% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).  

"Bagi Malaysia, kami menganggarkan tambahan hasil kerajaan sebanyak RM430 juta untuk setiap kenaikan AS$1 setong harga minyak mentah selepas mengambil kira kelemahan tukaran asing (ringgit/dolar AS), adalah lebih tinggi berbanding anggaran rasmi, RM300 juta," katanya.  

Menurut CGS-CIMB, kerajaan mula menanggung subsidi bahan bakar apabila harga minyak mentah mencecah AS$60 setong dengan tambahan subsidi dianggarkan sebanyak RM650 juta untuk setiap kenaikan AS$1 setong. 

"Oleh itu, keseluruhan subsidi bagi petrol RON95 dan diesel mendedahkan kemerosotan baki fiskal Malaysia sebanyak RM2.2 bilion atau 0.1% daripada KDNK untuk setiap kenaikan AS$10 setong melebihi AS$60 setong," jelasnya. 

Sementara itu, bagi negara di rantau ini, firma itu mendapati sebagai pengimport bersih minyak, Indonesia, Singapura dan Thailand akan dikenakan bil import O&G yang lebih tinggi. 

Tetapi, katanya, ia melihat risiko yang berkurangan dari segi kemerosotan akaun semasa bagi Indonesia untuk tempoh ini dengan mengambil kira lebihan dagangan lebih tinggi menerusi minyak sawit mentah, arang batu dan harga logam asas. 

Situasi ini tidak menyamai seperti yang berlaku pada 2012-2014 dan 2018-2019 apabila defisit dagangan semakin meningkat disebabkan lebihan dagangan bukan O&G yang rendah. 

"Bagi Thailand pula, akaun semasanya jatuh kepada defisit buat kali pertama sejak 2013, susut AS$10.2 bilion dalam tempoh 8 bulan tahun ini berbanding peningkatan AS$20.3 bilion bagi tempoh sama tahun lalu, yang mungkin terus merosot memandangkan kedatangan pelancong yang kurang," katanya.

Share this
Labels: SAPNRG

Related Stocks

Chart Stock Name Last Change Volume 
SAPNRG 0.055 0.00 (0.00%) 129,951,100 

  Be the first to like this.
 


FEATURED POSTS

1. MQ Trader - Introduction to MQ Trader Affiliate Program MQ Trader Announcement!
APPS
I3 Messenger
Individual or Group chat with anyone on I3investor
MQ Trader
View candlestick stock charts with Technical indicators
MQ Affiliate
Be rewarded by being an MQ Affiliate
 
 

345  340  560  1051 

ActiveGainersLosers
Top 10 Active Counters
 NameLastChange 
 SAPNRG 0.0550.00 
 AIRASIA-LR 0.0050.00 
 ATAIMS 0.505+0.01 
 G3 0.115-0.035 
 KGROUP 0.015-0.005 
 MMAG 0.09-0.005 
 WZSATU 0.225+0.01 
 HSI-CI2 0.37+0.04 
 DNEX 0.77+0.005 
 NWP 0.265-0.01 
PARTNERS & BROKERS