Y.B. Tuan Haji Mohd Rashid Hasnon mendapat pendidikan awal di Muar High School serta Maktab Tentera Diraja Sungai Besi. Menyambung Pengajian di peringkat A-Level di Soumpthon Technical College, United Kingdom dan lulusan Bachelor of Control Engineering, University of Sheffield, UK. Seterusnya beliau mengambil Master of Business Administration (MBA) di Universiti Kebangsaan Malaysia (1990).
Working Experience
Y.B. Tuan Haji Mohd Rashid Hasnon memulakan kerjayanya sebagai Jurutera di PERNAS NEC pada tahun 1984. Pada tahun 1987, beliau dilantik sebagai Ketua di Jabatan Perancang Motorola seterusnya sebagai Pengurus di ASE Electronics pada tahun 1991. Mula menjadi Pengerusi Personal Managers Group di bawah Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas. Sehingga kini beliau telah menubuhkan syarikatnya sendiri dalam bahagian latihan kemahiran dan pengauditan ISO sebagai Pengarah Urusan.
Y.B. Tuan Haji Mohd Rashid Hasnon bergiat aktif sebagai YDP JIM Negeri Pulau Pinang sejak tahun 1990 dan melibatkan diri dalam politik sejak tahun 1999 sebagai Timbalan Pengerusi GERAK Pulau Pinang. Juga merupakan seorang Pengasas Parti Keadilan Nasional (PKN) Pulau Pinang pada tahun 2001. Menjadi pemidato Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Kongres PKR dan merupakan Bendahari yang pertama PKR Pulau Pinang. Pada tahun 2004 dilantik sebagai Naib Pengerusi Cabang PKR Bayan Baru dan pada tahun 2010 dilantik menjadi Timbalan Ketua Cabang PKR Bayan Baru. Beliau dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada pilihan raya umum 5 Mei 2013.
This book is the result of the author's many years of experience and observation throughout his 26 years in the stockbroking industry. It was written for general public to learn to invest based on facts and not on fantasies or hearsay....