Docile Investing

KANGER (KLSE: 0170) - Perubahan dalam landskap pelaburan

docileinvestor
Publish date: Sat, 23 Oct 2021, 08:10 AM

Pengeluar lantai buluh dan pembekal vaksin telah mengalami perubahan radikal dalam asasnya, namun pasaran menetapkan harga dari sudut pandangan KANGER yang lama. Walau bagaimanapun, sekarang ialah masanya untuk pelabur melabur KANGER dengan penglibatan baru mereka dalam segmen hartanah dan pembinaan.

 

Pemulihan Sektor Pelancongan di Genting

Saya percaya ramai pelabur telah menonton video tempat kegemaran Uncle Lim di Genting, selepas Genting dibuka kita mungkin menentukan bahawa penerima manfaat utama ialah GENM (KLSE: 4715) dan GENTING (KLSE: 3182 ). Tetapi pada sudut pandang yang lebih rasional, kedua-dua syarikat telah melihat kenaikan harga saham yang cukup besar sejak program vaksinasi dan pengurangan jumlah kes COVID-19.

Dalam kata lain, ganjaran pelaburan untuk GENM dan GENTING telah menjadi lebih rendah.

Pemaju hartanah yang mempunyai projek di Genting boleh dimanfaat dari pemulihan sektor pelancongan, seperti syarikat TROP (KLSE: 5401) dan NCT (KLSE: 0056).

Tetapi di antara semua syarikat yang disebut, KANGER ialah syarikat yang paling dinilai rendah dari semua syarikat tersebut.

Pada Februari 2021, KANGER telah menandatangani SPA dengan Aset Kayamas Sdn Bhd, sebuah syarikat yang mempunyai potensi pengambilalihan terbalik (RTO), dan memperolehi 126 pangsapuri servis di Antara @ Genting Highlands, dengan harga RM 142.87 juta.

Statistik telah menunjukan bahawa aliran penumpang di Genting telah meningkat. GENM juga melabur US $ 800 juta GENM di Genting Sky World yang akan dilancar, harga hartanah di kawasan Genting akan dijangka meningkat dengan kenaikan aliran penumpang dan pendapatan sektor pelancongan.

Melalui perkongsian strategik dengan Aset Kayamas, Kanger boleh menyewakan 126 unit sementara menunggu keuntungan modal dari pelaburan tersebut. Pelaburan ini akan membawa pendapatan yang lebih stabil kepada Kanger, dan menperoleh keuntungan dengan cara operasi, pengurusan, dan keuntungan besar melalui pelupusan aset.

 

Pemulihan sektor pembinaan

Pada bulan Oktober, wang yang berjumlah besar telah dilabur ke dalam sektor pembinaan kerana pasaran beryakin pada sektor pembinaan akan mendapat keuntungan besar dengan pembukaan pasaran dan ekonomi. Pelan Pemulihan Negara dan Bajet 2022 yang akan datang juga mungkin memberi kesan positif kepada sektor pembinaan.

KANGER sedang memohon lesen kontraktor gred tertinggi dari CIDB , G7, untuk melaksanakan projek pembinaannya yang bernilai sekitar RM1 bilion. Angappan tentang projek tersebut akan berlangsung selama 3 tahun, KANGER akan menerima 333.3 juta ringgit pada setiap tahun, pendapatan ini merupakan 20 kali ganda berbanding dari prestasi normal pada suku pertama tahun 2022.

KANGER juga membeli 51 peratus saham pembekal bahan binaan, Sung Master Holdings Sdn Bhd pada harga RM 94.8 juta.

Untuk makluman anda, Sung Master terlibat dalam pembekalan bahan binaan dan dijangka keuntungan operasi bersih bernilai 20 juta ringgit pada tahun 2021.

Saya telah menjalan pemeriksaan CTOS untuk Sung Master (disebabkan alasan yang jelas, saya tidak dapat berkongsi laporan ini dengan pembaca-pembaca) dan menyedari bahawa salah satu pelanggan utama Sung Master ialah Aset Kayamas. Sekiranya anda mengaitkan perbelian aset di Genting, kebarangkalian tinggi KANGER akan menerima projek pembinaan dari Aset Kayamas, dan membekalkan bahan binaan kepada Aset Kayamas, ini akan mewujudkan perkongsian strategik antara kedua-dua pihak tersebut.

 

Potensi pengambilalihan terbalik

Pada 4 Oktober, kemunculan pemegang saham utama baru, Cik Cai Wen yun, yang memegang sekitar 9.3% saham KANGER setelah terbitan hak. Setelah melakukan pemeriksaan latar belakang untuk Cik Cai Wen Yun, saya menyedari bahawa dia sebenarnya adalah anak perempuan kepada pengasas Aset Kayamas.

Terlampir di sini adalah tangkapan skrin mengenai kemunculan pemegang saham utama baru.

Jika kita berfikir secara rasional, KANGER telah melakukan perkara-perkara berikut:

 

    Pembelian aset dari Aset Kayamas.

 

    Projek pembinaan yang bernilai RM1 bilion (mungkin dari Aset Kayamas).

 

    Pembelian 51% saham Sung Master, yang membekalkan bahan binaan kepada Aset Kayamas.

 

    Kemunculan pemegang saham utama baru yang dijangka PAC Aset Kayamas.

               

Sekiranya pengambilalihan terbalik telah ditentukan, Aset Kayamas, yang telibat dalam projek pembangunan hartanah, merangkumi rumah pangsapuri mewah dan projek harta tanah lain, seperti Axon, The Hipster, The Hermington, dll. Dengan pengalaman Aset Kayamas selama bertahun-tahun dalam pembangunan harta tanah,  pengambilalihan terbalik ini akan mengubah KANGER selamanya.

Harga semasa KANGER 6 sen sesaham adalah sama dengan harga terbitan hak, dan tahap harga kemasukan semasa adalah sama dengan PAC Aset Kayamas. Sebenarnya, risiko kerugian sangat rendah. Saya percaya bahawa sebelum pengambilalihan terbalik ditentukan, nilai KANGER adalah lebih daripada dua kali ganda harga saham semasa.

Sekiranya berlaku pengambilalihan terbalik, terlambatlah untuk kita melabur Kanger.

 

Related Stocks
Market Buzz
Discussions
Be the first to like this. Showing 0 of 0 comments

Post a Comment