Syarikat melihat LBT mengecil sebanyak 65.3% dan sumbangan hasil daripada pembuatan meningkat sebanyak 26.8%
KUCHING (30 NOVEMBER) – Pakar kejuruteraan awam Sarawak Consolidated Industries Berhad (SCIB atau Syarikat) hari ini mengumumkan bahawa Syarikat mencatatkan peningkatan hasil sebanyak 14.5% kepada RM30.3 juta bagi suku pertama berakhir 30 September 2022 (S1 TK2023) berbanding RM26.5 juta pada suku yang sama tahun kewangan sebelumnya (S1 TK2022).
Bagi suku dikaji, kerugian sebelum cukai SCIB (LBT) mengecil sebanyak 65.3% kepada RM942,000 berbanding LBT sebanyak RM2.7 juta pada S1 TK2022.
Dari segi segmen, sumbangan hasil daripada pembuatan meningkat 26.8% kepada RM24.2 juta pada S1 TK2023 berbanding RM19.1 juta pada suku yang sama tahun kewangan sebelumnya manakala sumbangan hasil daripada perniagaan kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) turun 16.9% kepada RM6.2 juta daripada RM7.4 juta.
Encik Rosland bin Othman, Pengarah Urusan Kumpulan SCIB
Pengarah Urusan Kumpulan SCIB, Encik Rosland bin Othman (En. Rosland), berkata, "Perniagaan pembuatan terus menjadi tulang belakang pada suku yang dikaji. Ia juga telah kembali kepada keuntungan kerana terdapat keuntungan sebelum cukai sebanyak RM1.0 juta berbanding LBT sebanyak RM217,000 pada S1 TK2022 terutamanya disebabkan oleh peningkatan hasil dan margin sumbangan daripada jualan produk konkrit dan perbelanjaan pentadbiran yang lebih rendah. Perniagaan EPCC menyaksikan sedikit penurunan dan walaupun terdapat kerugian, keuntungan sebenarnya bertambah baik akibat perbelanjaan pentadbiran yang lebih rendah."
"Kami kekal optimistik secara berhati-hati kerana kami memanfaatkan kekuatan kami sebagai pengeluar sistem konkrit dan Sistem Binaan Berindustri (IBS) pratuang terbesar di Sarawak dan Sabah untuk terus mencari peluang di Semenanjung Malaysia dan Indonesia yang memberi tumpuan kepada infrastruktur bersaiz kecil hingga sederhana untuk projek air, elektrik, jalan raya, kesihatan dan pendidikan.
Encik Shamsul Anuar bin Ahamad Ibrahim, Pengerusi SCIB
Pengerusi SCIB, Encik Shamsul Anuar bin Ahamad Ibrahim (En. Shamsul Anuar), menambah, "Kami melihat kejayaan Sarawak Economic Development Corp meluluskan tender kontrak Pakej Dua Sistem bernilai RM448 juta untuk projek Sistem Pengangkutan Bandar Kuching fasa satu kerana projek tersebut mempunyai limpahan positif kepada ekonomi negeri."
"Syarikat baru-baru ini melancarkan rumah sampel IBS yang dibina dengan teknologi pencetak 3D untuk mempamerkan peranan penting teknologi telah dan akan terus ada dalam industri pembinaan. Inisiatif teknologi ini akan memainkan peranan yang semakin penting bagi kami apabila kami berubah untuk menghadapi cabaran masa kini dan masa depan," kata En. Shamsul Anuar.
Syarikat juga mengumumkan secara berasingan di bursa saham bahawa SCIB dan anak syarikat milik penuhnya, SCIB International (Labuan) Ltd., SCIB Properties Sdn. Bhd. dan SCIB Industrialised Building System Sdn. Bhd, telah mengeluarkan notis penamatan kepada empat pelanggan untuk bersama-sama menamatkan kontrak dengan mereka.
En. Rosland berkata, "Syarikat menguatkuasakan haknya di bawah kontrak dan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk melindungi kepentingan SCIB dalam mengurangkan risiko yang timbul daripada hutang tertunggak yang lama disebabkan oleh pelanggan atau pergerakan kemajuan yang perlahan atau tidak bergerak untuk projek-projek yang telah dilaksanakan oleh pelanggan-pelanggan ini disebabkan oleh ketidakpastian yang timbul daripada pandemik COVID-19 serta situasi ekonomi dan politik. Kami juga membuat keputusan ini selepas menyemak dan mengemas kini rekod buku pesanan Syarikat untuk mencerminkan keadaan semasa."
Setakat 30 November 2022, SCIB mempunyai buku pesanan berjumlah RM564.7 juta dengan pendapatan sehingga 2026.
Chart | Stock Name | Last | Change | Volume |
---|
2023-03-31
2023-03-29
2023-03-29
2023-03-28
Created by MHAB1990 | Mar 01, 2023
Created by MHAB1990 | Feb 27, 2023
Created by MHAB1990 | Jan 12, 2023