Update

AmanahRaya REIT Umum Peningkatan 160.5% dalam Pendapatan Direalisasi Bersih Sebelum Cukai bagi Suku Ketiga 2024

MHAB1990
Publish date: Mon, 02 Dec 2024, 08:09 AM

AmanahRaya REIT Umum Peningkatan 160.5% dalam Pendapatan Direalisasi Bersih Sebelum Cukai bagi Suku Ketiga 2024

Kuala Lumpur, 29 November 2024 – AmanahRaya Real Estate Investment Trust (“AmanahRaya REIT”) dengan sukacitanya mengumumkan keputusan kewangan bagi suku ketiga berakhir 30 September 2024 (“S3 TK2024”), yang menunjukkan pertumbuhan kukuh dalam hasil sewa kepada RM18.8 juta dan 160.5% pertumbuhan dalam pendapatan realisasi bersih sebelum cukai kepada RM3.1 juta, disokong oleh peningkatan kadar penghunian dan pengurusan aset yang proaktif.

Text Box:  YM Tunku Rozita Binti Tunku Abdul Malek, Pengarah Urusan AmanahRaya Kenedix REIT Manager Sdn. Bhd. (Pautan)

YM Tunku Rozita Binti Tunku Abdul Malek, Managing Director of AmanahRaya Kenedix REIT Manager Sdn. Bhd.

Untuk S3 TK2024, AmanahRaya REIT mencatatkan hasil sewa sebanyak RM18.8 juta, mencatatkan peningkatan 6.3% (atau RM1.1 juta) berbanding RM17.7 juta pada S3 TK2023. Pendapatan Hartanah Bersih (“NPI”) meningkat kepada RM12.1 juta, meningkat 5.3% tahun ke tahun daripada RM11.5 juta pada suku yang sama tahun lepas. Pendapatan bersih sebelum cukai meningkat sebanyak 160.5% tahun ke tahun kepada RM3.1 juta, didorong oleh perbelanjaan amanah yang lebih rendah sebanyak 5.7% tahun ke tahun dan pengurangan 13.1% dalam kos pinjaman, berikutan penebusan RM78 juta dalam pinjaman berjangka dan nota jangka sederhana (“MTNs”).

Prestasi memberangsangkan itu disokong oleh peningkatan sebanyak 22.5% dalam kadar penghunian Menara Vista, yang mencapai 58.0% pada akhir S3 TK2024 (daripada 35.5% pada S3 TK2023). Pertumbuhan ini disokong oleh enam penyewa baharu yang memulakan pajakan pada suku tersebut, menyumbang tambahan RM0.6 juta dalam hasil bulanan, dengan tiga lagi penyewa dijangka komited menjelang akhir tahun, menyumbang RM0.4 juta lagi dalam pendapatan sewa bulanan. Selain itu, Selayang Mall juga mendapat manfaat daripada usaha pemasaran aktif Pengurus REIT, yang menarik 10 penyewa baharu, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 173 penyewa pada 2024 (berbanding 163pada 2023). Penambahan ini, bersama dengan pembaharuan penyewaan dan kenaikan sewa yang komited daripada 41 penyewa sedia ada, menambah RM0.09 juta dalam hasil sewa bulanan, selain peningkatan pendapatan dari sewa tempat letak kereta.

YM Tunku Rozita Binti Tunku Abdul Malek, Pengarah Urusan AmanahRaya Kenedix REIT Manager Sdn. Bhd. (AKRM) selaku Pengurus Amanah, berkata, “Keputusan suku ini mengesahkan kekuatan portfolio dan fokus strategik kami dalam memaksimumkan prestasi aset. Usaha kami dalam meningkatkan kadar penghunian dan mendapatkan penyewa berkualiti tinggi telahmenghasilkan hasil yang positif, , dan kami kekal komited untuk memastikan pertumbuhan dan nilai yang mampan untuk pemegang unit kami. Dengan pengambilalihan akan datang dan peningkatan operasi yang berterusan, kami yakin dapat mencapai keputusan yang lebih kukuh.”

Memandang ke hadapan, AmanahRaya REIT kekal optimistik terhadap prospeknya, disokong oleh beberapa inisiatif strategik. Pengurus sedang memuktamadkan pemerolehan Sekolah Tinta, aset pendidikan di Glenmarie dengan pajakan jangka panjang, yang akan menyumbang kepada pendapatan berulang yang stabil. Selain itu, rancangan pelupusan Contraves sebanyak RM42.5 juta akan meningkatkan aliran tunai untuk pemerolehan masa depan dan mengurangkan penggearan keseluruhan REIT. Kadar penghunian purata portfolio, pada masa ini pada 75.0%, dijangka meningkat kepada 80.0% menjelang S4 TK2024, disokong oleh komitmen penyewa baharu di Menara Vista, Dana 13.

 Pengurus juga memajukan inisiatif ESG, termasuk pelaksanaan sistem cekap tenaga dan peningkatan keselamatan di Universiti Help dan Menara Vista, penggantian lampu LED, dan projek memasang semula penyejuk di Menara Vista. Selain itu, Sistem Pengurusan Hartanah Sentuhan ARREIT proprietari telah diperkenalkan untuk menambah baik perkhidmatan penyewa.

Dengan baki tunai RM43.3 juta dan kemudahan pembiayaan belum dikeluarkan sebanyak RM400 juta, kedudukan kewangan REIT kekal teguh, memberikan fleksibiliti untuk pertumbuhan masa hadapan. Sehingga S3 TK2024, AmanahRaya REIT menyelia portfolio 11 hartanah di seluruh negara, merangkumi sektor utama seperti pendidikan, perindustrian, kesihatan, pejabat, peruncitan dan hospitaliti. Prestasi suku ini menekankan komitmen berterusan Amanah untuk menyampaikan pengagihan pendapatan yang stabil dan nilai jangka panjang kepada pemegang unitnya.

Related Stocks
Market Buzz
Discussions
Be the first to like this. Showing 0 of 0 comments

Post a Comment