Raja138

Raja138 | Joined since 2023-04-10

Investing Experience -
Risk Profile -

Followers

0

Following

0

Blog Posts

0

Threads

1

Blogs

Threads

Portfolio

Follower

Following

Summary
Total comments
1
Past 30 days
1
Past 7 days
1
Today
0

User Comments
Stock

22 hours ago | Report Abuse

Pada tahun 2022, Najib sudah minta kerajaan bantu Sapura Energy supaya rizab minyak milik mereka tidak jatuh ke tangan asing.

Bekas Perdana Menteri, Najib Razak menegaskan kerajaan perlu menawarkan pinjaman kepada Sapura Energy Bhd bagi menyelamatkan rizab minyak daripada jatuh ke tangan asing sebelum potensi sepenuhnya dapat direalisasikan.

Beliau berkata, anak syarikat syarikat itu, Sapura OMV, memiliki rizab minyak dan gas sebanyak 264 juta tong dengan nilai kasar RM110.8 bilion.

“Jika baki 50% pegangan dalam Sapura OMV dijual untuk menyelesaikan hutang, rizab minyak akan jatuh ke tangan asing sebelum potensi sepenuhnya dapat direalisasikan.

“Ini adalah salah satu sebab saya kata kerajaan patut beri jaminan pinjaman agar telaga dan rizab minyak dan gas dari muka bumi negara tetap dimilik Malaysia. Alternatif lain ialah kerajaan boleh arahkan Petronas mengambil alih Sapura dari PNB secara sementara,” katanya di Facebook.

Sapura OMV mengendalikan pelantar minyak di perairan Malaysia.

Najib berkata, penjualan aset jangka panjang yang sangat bernilai untuk menyelesaikan masalah aliran tunai jangka pendek adalah tidak munasabah dan merugikan.

Ketua Eksekutif Kumpulan Sapura Energy, Anuar Mohd Taib yang dipetik awal hari ini sebagai berkata, syarikat itu telah mula membincangkan mengenai penstrukturan semula pinjaman berjumlah RM10.3 bilion daripada sembilan bank dan merancang untuk menjual beberapa asetnya.

“Sapura Energy tidak mampu lagi mengekalkan operasinya akibat bebanan hutang semasa, yang mana perlu membayar hampir setengah bilion faedah setiap tahun. Lagi cepat kita membuat menyusun semula hutang, lagi baik,” katanya yang dipetik sebagai berkata.

Beliau berkata, kumpulan itu mahu menumpukan pada perkhidmatannya, yang bermakna kurang memberi tumpuan kepada penerokaan dan pengeluaran (E&P).

“Ini bermakna aset dalam kategori terakhir berkemungkinan untuk dijual,” kata laporan itu.

Namun tidak didengar kerajaan.

Semalam, Sapura umum mereka menjual baki 50% pegangan dalam SapuraOMV mereka kepada kepada TotalEnergies Holdings SAS (TotalEnergies) milik Perancis dengan harga berjumlah AS$705.3 juta (RM3.37 bilion).

Paling mengecewakan ialah TotalEnergies Holdings baru sahaja beli kepentingan 50% pertama dari syarikat Austria OMV dengan harga US$903 juta (RM4.3 bilion) pada bulan Febuari 2024.

Tetapi kini Sapura terpaksa jual baki 50% kepada pembeli sama hanya dengan harga US$705.3 juta (RM3.37 bilion) iaitu US$198 juta (RM946 juta) lebih rendah dari jualan 50% pada bulan Februari.

Entah kenapa harga boleh pulak jatuh US$198 juta (RM946 juta) dalam masa dua bulan sahaja bila jumlah kepentingan yang sama dalam syarikat yang sama dijual kepada pembeli yang sama.

Dan ianya juga US$494.7 juta (RM2.4b) lebih rendah berbanding nilai US$1.2 bilion sebenar yang Sapura tawarkan.

Begitu sahaja kebimbangan Najib pada tahun 2022 menjadi realiti.

Rizab minyak Malaysia dijual dan pada harga yang murah pada ketika harga minyak dunia tinggi dan industri Oil dan Gas sedang matap hanya sebab Sapura milik PNB terdesak dan tertekan kerana kerajaan tidak mahu bantu Sapura.