Followers
0
Following
0
Blog Posts
0
Threads
2
Blogs
Threads
Portfolio
Follower
Following
2014-08-30 23:46 | Report Abuse
Saya tak pernah post di sini lagi tapi ada kawan desak bagi pandangan sikit. Siapa yang dapat kontrak memang belum umum lagi tapi cuba kami fikir.
1 : Siapa kata Dato Dahlan jual? eTRS dan Dato Dahlan buat 'private placement' dengan MPAY 9.99% masa tu. Selepas 'private placement', Dato ambil separuh (50%) jadi 'direct interest', separuh lagi untuk 'pelabur2' lain. Sebelum raya, 64% MPAY shares yang dipegang oleh eTRS dah disapu. Lepas raya yang tinggal disapu habis. Tiada rekod Dato jual. Sebaliknya Dato beli 500,000 lagi dengan harga RM0.30 pada 03 April. Sekiranya Dato dah jual habis, broker yang handle sudah lama balun stok ni, you ingat boleh naik dari 0.22 lagi?
2: Jadi eTRS takde share MPAY? So what? Yang nak projek ni JV eTRS(20%)-MPAY(50%)-GTF(30%). Kalau dapat projek, eTRS sapu 20% untung. Siapa nak teka kos / untung bersih eTRS dalam projek ni?
3: Siapa kata Director Mr. Chew jual RM0.30 tak bagus? Mr. Chew jual direct bukan kurang tapi 5.5mil shares pada harga RM0.30 (Jumlah RM1.65mil). Yang paling penting dalam berita ni, ada orang besar yang nak beli. Siapalah yang nak beli 2mil 2 hari lalu (27 Ogos) kalau tak dapat projek? Ada main kotor ke tak, yang tu kena tanya Mr. Chew.
4: MPAY ada bisnes dengan SMECorp dan MDEC. Dah ada rangkaian payment yang kuat, boleh settle ePayment dalam T+1 melalui bank2. Sebab tu lah mereka berani bid projek ni. Kira I, dengan pengalaman Dato Dahlan dan GTF, JV ni memang kuat. Siapa pula nak teka siapa yang buat projek ePOS (sebelum you beli rokok kan kena scan paspot) di kedai2 duti free lapangan terbang.
5: Khabar2 angin yang terlampau. 2 minggu lalu berita Focus Malaysia kata dapat projek, sehari lepas tu, ada orang tertentu kata tak dapat SELEPAS MPAY umum kata tak ada berita lagi. Lepas tu, datang pulak, 2 hari lalu sebelum closing, kata dapat, petang semalam tak dapat pulak kata ditipu, MOF 'snookered' kontrak ni dan macam2 lagi. You ingat kerajaan Malaysia kerja macam ni ke? Saya berani kata orang2 MOF kebanyakannya berkaliber. Orang yang sebar tu, I tak tahu la.
6: Khabar2 angin ni masa market tengah tension Ukraine dan MPAY ramai yang beli Isnin, Selasa dah T3, T4 hari Jumaat. Campur lagi dengan pelabur yang kejar pagi Jumaat - panik. Volum pun tinggi.
7: SEKIRANYA JV ni dapat, TheEdge kata revenue tahun pertama boleh sampai RM50mil dan 2019 boleh x2. Agak2 kalau margin keuntungan konservatif 30% dan separuh masuk poket MPAY, dapatlah rezeki RM7.5mil setiap tahun, EPS dari projek ni saja boleh bertambah +RM0.0186. Jumlah EPS <> RM0.0212. Sekiranya guna PE 20 (MYEG,DSONIC), TP 0.53. Kalau guna PE 30 (IRIS), boleh capai TP RM0.63 kut. Ini baru tahun pertama, tahun kedua tak perlu beli komputer baru lagi dah, margin keuntungan tak tahu la.
Siapa dapat, tak tahu lagi. Yang penting, jangan main kontra. Kalau percaya, pegang kuat2. Kalau tak, jual aje.
Stock: [MPAY]: MANAGEPAY SYSTEMS BERHAD
2014-08-31 10:16 | Report Abuse
Saudara ufis
1 : Kalau tak buat homework, manalah I tahu peratusan yang dijual beli oleh eTRS? Dato bukan lagi 'substantial shareholder' sebab 'indirect interest' dia kat eTRS yang habis disapu tapi Dato tak pernah jual direct interestnya sebelum bulan Mei. Lepas tu, Dato kena file Borang 29C lepas raya sebab jumlah 'direct' dan 'indirect interest' Dato dah kurang dari 5%. 'Indirect interest' Dato sebab Dato ialah director syarikat eTRS bukan sebab dia jual direct. Yang hairannya, kalau Dato tak perlu file transaksi jual-belinya lepas raya, mengapa saudara ufis begitu pasti Dato dah jual? Khabar angin?
2: Mr. Chew jual setiap tahun. Cuba cari co. announcement tahun lepas (2013) bulan Ogos juga - 4mil shares dijual juga. Masa tu belum ada eTRS lagi. Tak dapat projek juga ke?
3: Cuba lihat Buy/Sell% dan 'price spread' hari Jumaat. Siapa-siapa saja yang dah main stok market lama pasti tahu, pattern macam ada orang 'short sell' dengan saham sedia-ada, ataupun takde di tangan. Tengah market tension Ukraine dan T3, T4 hari Jumaat, tak perlu banyak saham untuk jatuhkan harga - sentuh dengan hujung jari pun dah mencukupi.
4: Syarikat IRIS memang syarikat yang baik bukan sebab eTRS tetapi sebab projek IC di Africa, projek bina rumah dengan Felda, kat Papua New Guinea dan lain2. Walau takde eTRS pun, harga IRIS tak sepatutnya di bawah RM0.41. Pada pandangan saya, yang jual IRIS sejak minggu lalu tu sebab mereka dah tahu Quarterly report tak begitu memuaskan bukan sebab eTRS. Projek2 IRIS beratus juta bukan berjuta saja. Impact eTRS atas EPS IRIS tak banyak. Kalau lihat chart IRIS, pasti tahu yang harga IRIS dah 'extremely oversold' masa mencecah 0.33 intra-day sebelum melantun balik.
Pandangan saudara ufis bukan tidak berasas. Soalan saya ialah mengapa begitu pasti sedangkan takde announcement lagi. Yang hairan lagi, pandangan orang yang sebar khabar angin di forum ni lebih diambil berat dari akhbar mingguan. Orang yang main stok market lama pun dapat teka apa niat mereka. Akhbar mingguan tak dapat tukar pendapat sesuka hati.