Update

Mercury Securities Group Berhad Buat Penampilan Di Pasaran ACE

MHAB1990
Publish date: Tue, 19 Sep 2023, 01:15 PM

MERCURY SECURITIES GROUP BERHAD BUAT PENAMPILAN DI PASARAN ACE

Kumpulan terus berinovasi, mendigitalkan dan mengembangkan penawaran produk dan perkhidmatannya

KUALA LUMPUR (19 SEPTEMBER 2023)Mercury Securities Group Berhad (“Mercury Securities” atau “Syarikat”), memulakan penampilannya  di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa Securities”), dibuka pada RM0.27 sesaham yang mewakili premium sebanyak 8% berbanding harga tawaran awam permulaan (“IPO”) sebanyak RM0.25 sesaham.

Mercury Securities disenaraikan di bawah nama saham "MERSEC" dengan kod saham "0285".

Mercury Securities ialah sebuah syarikat pegangan pelaburan dan melalui anak syarikat milik penuhnya, Mercury Securities Sdn Bhd (sebuah Organisasi Penyertaan Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa Securities”) dan sebuah Penasihat Utama yang Diiktiraf oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia) (secara kolektif “Kumpulan”) terlibat dalam penyediaan pembrokeran saham, khidmat nasihat kewangan korporat dan perniagaan lain yang berkaitan seperti perkhidmatan kemudahan pembiayaan margin, perkhidmatan taja jamin dan penempatan, serta penyediaan penama dan perkhidmatan penjaga.

Kumpulan memperoleh sejumlah RM39.27 juta melalui IPO, di mana RM26.86 juta daripada hasil itu diperuntukkan untuk perkhidmatan kemudahan pembiayaan margin. RM2.88 juta diperuntukkan untuk penambahbaikan program pendigitalan dan aktiviti pemasaran untuk perniagaan pembrokeran saham dan operasi Kumpulan. RM4.63 juta daripada hasil itu akan digunakan untuk tujuan modal kerja manakala baki RM4.90 juta diperuntukkan untuk anggaran perbelanjaan penyenaraian.

Lembaga Pengarah Mercury Securities Group Berhad (L-R): Datin Chua Suat Kim, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif; Encik Chan Kim Hing, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif; Dato' Baharom Bin Talib, Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif; Dato' A. Rahman Bin Safar, Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif; Encik Chew Sing Guan, Pengarah Urusan dan Cik Himahlini A/P M. Ramalingam, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif.


Pengarah Urusan Mercury Securities, En. Chew Sing Guan berkata, “Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada SC dan Bursa Securities atas pengawasan berterusan mereka terhadap pasaran modal kami. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh pasukan Mercury Securities dan kumpulan kerja ketekunan wajar atas kerja keras mereka dalam menjayakan hari ini.”

Selepas penyenaraiannya di Pasaran ACE, Mercury Securities akan mempunyai permodalan pasaran sebanyak RM223.25 juta berdasarkan harga terbitan RM0.25 sesaham dan modal saham terbitannya yang diperbesarkan sebanyak 893.00 juta saham.

Related Stocks
Market Buzz
Discussions
Be the first to like this. Showing 0 of 0 comments

Post a Comment