wongkl

wongkl | Joined since 2023-12-18

Investing Experience -
Risk Profile -

Followers

0

Following

0

Blog Posts

0

Threads

18

Blogs

Threads

Portfolio

Follower

Following

Summary
Total comments
18
Past 30 days
0
Past 7 days
0
Today
0

User Comments
Stock

2024-02-22 13:41 | Report Abuse

Agensi penguatkuasa membuat serbuan aktiviti perlombongan haram di Bukit Mintri Tawau

TAWAU : Beberapa agensi penguatkuasa kini menjalankan pemeriksaan secara terperinci berkaitan perlombongan milik syarikat Wullersdorf Resources di Bukit Mintri dan lombong Southsea Gold Sdn Bhd yang akan beroperasi di bukit Tundung, Balung, Tawau hari ini.

Menurut sumber, dipercayai beberapa kenderaan milik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Perhutanan Sabah, Kastam Di Raja Malaysia serta Jabatan Tanah dan Jabatan Imigresen Malaysia telah memasuki tapak Wullersdorf Resources di Bukit Mintri, Tawau.

Sehingga kini, Southsea Gold Sdn Bhd masih belum menjalankan aktiviti perlombongan di Bukit Tundung berikutan masih menunggu kelulusan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) manakala Wullersdorf Resources sedang giat beroperasi melombong di Bukit Mintri walaupun tidak memiliki sebarang kebenaran melombong yang sah.

Pihak Sabah News Today sedang mendapatkan pengesahan daripada Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin.

Stock

2024-02-08 10:53 | Report Abuse

Goodbye bahvest, illegal gold trading caught red handed by Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Confiscated over 110KG of gold at Sabah Airport.

Stock

2023-12-29 10:28 | Report Abuse

*KRONOLOGI LOMBONG HARAM BAHVEST RESOURCES BHD DI BUKIT MANTRI TAWAU*

*Latar Belakang*

Tanah seluas 2500 ekar di Bukit Mantri Tawau, Sabah dimiliki oleh Southsea Gold S/B telah di subleas selama 30 Tahun kepada Syarikat Bahvest Resources Bhd yang tersenarai di ACE Market Bursa Malaysia dan Operasi melombong dijalankan oleh Syarikat anak syarikatnya bernama Wullersdorf Resources Bhd.

Pada masa yg sama, Pemilik tanah iaitu Southsea Gold S/B membeli share dari syarikat Bahvest Resources Bhd seterusnya, Wullersdorf dibenarkan menjalankan operasi melombong kerana lesen melombong emas dimiliki oleh Southsea Gold.

Pada Mei 2023, Southsea Gold telah menjual share nya dan tidak lagi memiliki sebarang kaitan dengan Bahvest Resources kerana lesen melombong Southsea Gold tamat tempoh pada 28 Ogos 2023.

Selepas dipertimbangkan, Jabatan Mineral telah mengeluarkan surat penyambungan pada 29 Ogos 2023 untuk tempoh 2 bulan dan akan berakhir pada 31 Okt 2023.

Syarikat Wullersdorf diarah untuk membuat permohonan semula dan seperti dalam pra-syarat OMS @ Operational Mining Scheme yg telah ditetspkan oleh Jabatan Mineral dan Geosains.

Pada 18 September 2023, Jabatan Perlindungan Alam sekitar Sabah telah mengarahkan Southsea Gold untuk mematuhi ketidakpatuhan seperti dalam Lampiran A jadual Status Penatuhan.

Oleh kerana Southsea Gold tidak lagi memiliki share dalam Bahvest Resources dan Wullersdorf, Southsea Gold selaku pemilik tanah harus membuat permohonan baru bagi pihak wullersdorf kerana tanah tersebut telah di sublease kepada Bahvest Resources.

Akan tetapi Bahvest dan Wullersdorf enggan membuat permohonan baru dan terus melombong secara haram sehingga hari ini walaupun Jabatan Mineral telah membatalkan lesen OMS pada 24 November 2023.

setelah dibahas dalam Dewan Undangan Negeri Sabah pada November 2023, Speaker Dewan telah mengarahkan ADUN Merotai untuk membuat laporan SPRM dan ADUN tersebut terus membuat laporan SPRM pada 29 November 2023 pada hari yg sama.

Namun begitu, tiads sebarang tindakan diambil sehingga hari ini olh SPRM dan Wullersdorf terus melombong secara haram tanpa mematuhi keperluan Alam Sekitar.

Pada 21 December 2023, Orang Kampung Balung Kokos telah membuat laporan Polis kerana sungai mereka tercenar akibat operasi lombong haram tersebut.

Namun, sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil terhadap syarikat Wullersdorf/Vahvest hingga hari ini.

Hampir kesemua datipada 321 pekerja di lombong tersebut adalah penduduk Kampung Balung Kokos yg terletak tidak jauh dari lombong tersebut. Mereka juga telah nembuat laporan Polis kerana khuatir anak2 mereka yg bekerja d lombong tersebut tidak dilindungi insurans sekiranya berlaku kemalangan semasa belerja d lombong tersebut.

Penduduk Kampung cuma mahukan Syarikat Wullersdorf/Bahvest mematuhi keperluan Jabatan Alam Sekitar kerana takut dengan penggunaan TOKSIK SODIUM CYNIDE yang tidak terkawal seperti dalam laporan Jabatan Perlindungan Alam Sekitar Sabah No. 5.4.2.

Penduduk kampung juga risau dengan cerun yang tidak stabil ruj. 5.2.4 kerana pergerakan tanah boleh menyebabkan rumah org kampung d lereng bukit akan terjejas.

Penduduk kampung juga risau dgn perkara 5.2.1 dan 5.2.2 kerana Jabatan Parit dan Saliran Sabah masih belum neluluskan operasi lombong ini kerana pencemaran sisa buangan akan mengalir ke sungai berhampiran.

Penduduk kampung sangat positif dengan lombong ini kerana dapat menyediakan peluang pekerjaan. Akan tetapi, Syarikat mestilah mematuhi Keperluan EIA. Sedangkan kerabat Diraja pun ikut undang2 dan memohon kelulusan EIA untuk melombong. Tapi kenapa Wullersdorf:Bahvest ni dibenarkan melombong secara haram.

Penduduk Kg Balung Kokos Memberi peringatan kepada Ketua Menteri Sabah Hajiji agar tidak bersekongkol dengan perosak alam sekitar.

Stock

2023-12-28 10:10 | Report Abuse

I am just sharing.... nobody force u to believe

Stock

2023-12-28 10:09 | Report Abuse

@CKMNOP01 your phone hacked still can use? Lol

Stock

2023-12-28 10:08 | Report Abuse

It's so obvious the links are from legitimate news company... @CKMNOP01 why want to hide all these news from the innocent people