2018 New Gov Market Tracking

PPA1M Protasco Bhd untuk anggota polis? Muka IGP (Fuzi) geram terasa diperdaya untuk kempen Barisan Nasional Najib? - BH Online

newgovnews
Publish date: Mon, 14 May 2018, 04:42 PM

14 May 2018 - Protasco Bhd sebuah syarikat yang terima hampir 100 peratus kontrak kerajaan dari (Barisan Nasional) di bawah pimpinan bekas Perdana Menteri Dato Seri Najib yang tergesa-gesa melancarkan 51% / 49% kononnya "joint venture" dengan Kop Mantap (Koperasi Bekas Polis) supaya mencari alasan menggunakan nama PDRM dan IGP Tan Sri Fuzi seolah-olah "menyokong" projek PPA1M kepunyaan Najib, sekarang menjadi tanda tanya rakyat Malaysia.

 

PPA1M kongsi "untung" dengan Kop Mantap.

Hantar (paksa) anggota polis beli 1,246 rumah (panjang) ? 

Wajar ke? 10,000 buah rumah lagi...? 

Niat siapa ini.. rompak ke?

 

Mengikut rekod PDRM, anggota Polis di hantar ke seluruh Malaysia, dan kurang dari 600 orang yang mungkin duduk di Putrajaya. Maka "feasibility" alokasi 1,246 (atau pun 50% dari 2,492 yang di lapor di Berita Harian) rumah tidak wajar. Projek PPA1M ini bukan sahaja mempunyai unsul "kempen politik" tertapi penglibatan 49% "profit sharing" kepada Kop Mantap dengan syarikat Protasco Bhd yang menjadi alat promosi politik seolah-olah berunsul "rasuah" jadi tanda tanya.

Tidak hairan muka IGP Tan Sri Dato' Seri Mohamad Fuzi Harun terasa "aneh (geram)" dan seperti diperbodohkan di sidang PPA1M khas untuk "PDRM", di bawah 'ajakan (arahan) Tan Sri Dato' Sri Dr. Ali bin Hamsa (Chief Secretary to the Government of Najib Razak), atas permintaan (wayang-kulit) Protasco Bhd.

(komen foto: Muka IGP Tan Sri Fuzi ternampak geram dan kurang senang hati apablia projek PPA1M kerajaan Najib Razak kini dijadikan alat kempen pilihan raya ke-14 Malaysia, seolah-olah PDRM (dan IGP Tan Sri Fuzi) sokong polisi kerajaan Barisan Nasional Najib Razak.)

 

Kenapa Protasco Bhd bergitu gelisah cepat-cepat menarik "tali persahabatan" dengan PDRM, dan apakah niat Protasco Bhd mengalu-alukan projek PPA1M yang seluruh rakyat Malaysia tahu "tidak bergitu menguntungkan", bermakna motif Protasco Bhd bukan semata-mata demi "kebajikan PDRM" atau kepentingan rakyat Malaysia tertapi "ada udang di sebalik batu".

 

 

Najib, PPA1M, Protasco Bhd, Kop Mantap, PDRM "buka Kes" SPRM?

PDRM Lapor-diri atau "di-lapor"?

Kop Mantap terus diperdaya sampai hari kiamat?

 

Syarikat zaman "kroni" kerajaan lama mungkin akan jadi bahan siasatan kerajaan Pakatan Harapan baru, terutamanya syarikat yang terima kontrak kerajaan Najib Razak. Mengikut laporan Bursa Malaysia, Protasco Bhd mendapat keuntungan hampir 100% dari kontrak kerajaan, termasuk "kontrak JKR (Jabatan kerjaraya) yang separuh monopoli" yang telah diperolehi dalam masa perintahan kerajaan Najib Razak, dan "PPA1M" yang dilancarkan demi kempen politik Najib Razak.

Mungkin matlamat Protasco Bhd adalah untuk mendapat kontrak JKR dari kerajaan Najib Razak, dan lakonan kartoon Protasco Bhd memperalatkan PDRM kini melibatkan "kepentingan unsul wang" PDRM terutamanya "kongsi untung" PPA1M dengan Kop mantap mungkin menjadi unsul siasatan "kroni" yang malangnya melibatkan IGP Tan Sri Fuzi secara "tidak rela". apakah Tan Sri Fuzi akan suara "fikiran sebenarnya" atau terus ikut berlakun di depan kerajaan baru? Bilakan PDRM menjadi alat main politik dan selebriti "selfie" ahli-ahli politik?

Mengikut rekod Bursa Malaysia, pengurus Protasco Bhd iaitu Dato Seri Ir. Chong Ket Pen yang diduga mengkhianat pemilik saham Protasco Bhd (iaitu ahli perniagaan dari golongan team Tun Daim dari Pakatan Harapan) dan menjual maruah diri kepada Barisan Nasional dan Najib Razak bermula sejak tahun 2014. Chong Ket Pen yang cuba sedaya-upaya "mendekati" bekas Perdana Menteri Najib Razak telah mendapati suatu lubang masuk melalui projek PPA1M yang diketahui pasaran modal projek yang "tidak menguntungkan", tetapi boleh dijadikan alasan mendekati (bekas) PM Najib Razak. Tingkah-laku Protasco Bhd telah mengabaikan dan "mengadaikan" kepentingan pemegang-pemegang saham Protasco bhd demi kepentingan "segolongan kroni" yang mahu jual diri kepada Najib demi pepentingan peripadi. Matlamat Protasco bergitu aneh sehingga mungkin adanya unsul-unsul potensi "jenayah" yang melibatkan kepentingan kroni Najib di dalam Protasco bersamaan dengan penyokong Najib Razak yang sekian pandai gosok kasut Najib dari tahun 2014-2018.

Sokongan Protasco Bhd kepada Najib bergitu ternyata dan ketara terutamanya dari kempen surat khabar April 2018 sampai 6 May 2018 (3 hari sebelum pilihan raya), nama PDRM dan "IGP Tan Sri Fuzi" telah di jadikan alat "sokongan Protasco dan PDRM kepada [projek] kerajaan Barisan Nasional Najib Razak" seperti dilapor di surat khabar seluruh Malaysia. Adakah memang ada sesuatu niat "kurang betul [jahat]" yang Protasco Bhd hendak mengunakan muka Najib Razak supaya "mempengaruhi" kerja PDRM atau cuba menutup sesuatu serta "memutar-alihkan" sesuatu yang dicurigai demi kepentingan "sekelompok orang yang sedang di siasat" di dalam Protasco Bhd, yang mungkin melibatkan SPRM?

Tan Sri Hadenan abdul Jalil, iaitu "chairman" Protasco Bhd telah lama di jangka di pergunakan oleh Chong Ket Pen menjadi "kambing hitam" Protasco bhd. Tan Sri hadenan telah diperalatkan untuk kempen politik Najib dalam bulan April-May 2018 sebelum Pilihan Raya ke-14 Malaysia, dan tunjuk muka "sokong Najib" bersamaan Ali Hamsa, sekurang-kurangnya 3 kali dalam masa yang singkat semata-mata tarik undi untuk Barisan Nasional dan Najib Razak.

 

(komen foto: Chong Ket Pen dari Protasco Bhd sejak tahun 2014 cuba sedaya-upaya mendekati (bekas) Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak dan angkat kaki Najib dengan melancarkan projek PPA1M, dimana rakyat Malaysia syaki melibatkan unsul politik demi perolehan kontrak JKR penyelenggaraan lebuh raya. Niat Protasco dengan menglibatkan PPA1M dengan Kop Mantap semata-mata mempengaruhi PDRM disyaki demi kepentingan peripadi dilihat sebagai penyelewengan kuasa dan mungkin adalah suatu unsul rasuah yang mungkin disiasat SPRM (MACC) di bawah kerajaan baru Pakatan Harapan.)

 

Maruah dan kredibiliti PDRM dan IGP Tan Sri Fuzi kini menjadi bahan ketawa dan disoal oleh rakyat Malaysia. PDRM sepatutnya jauhkan diri dari "alat-alat" komersial dan politik, bahkan "peuntungan" (Kop Mantap) dengan pihak swasta (Protasco Bhd) yang mungkin ada kes yang sedang di jalankan, terutamanya urusan kontrak kerajaan (lama) Perdana Mentari Najib Razak. Lebih-lebih lagi beberapa hari menjelang Pilihan Raya - dimana "BOS-BOS' Malaysia, iaitu rakyat Malaysia seharusnya "membuang undi" dengan minda yang tidak tercemar. Apa niatnya Protasco Bhd dan Ali Hamsa menarik IGP Tan Sri Fuzi buat "selfie" pada masa yang penting ini? Apa jawapan Tan Sri apabila Tun Dr. Mahathir mulai siasat ahli-ahli kroni Najib Razak? Cuba teka.

 

[Mahasiswa Bacaran Berita Harian Malaysia]

 

[Disclaimer: This is a personal news analysis blog. Any views or opinions represented in this blog are personal and belong solely to the blog owner and do not represent those of people, institutions or organizations that the owner may or may not be associated with in professional or personal capacity unless explicitly stated. Any views or opinions are not intended to malign any religion, ethnic group, club, organization, company, or individual. All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link  on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. ]

 

 

Berita awal: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/05/421102/ppa1m-untuk-anggota-polis

PPA1M untuk anggota polis 

 

Jumaat, 4 Mei 2018 | 9:42pm

Bharian Berita Nasional
Oleh Siti A'isyah Sukaimi
sitiaisyah@nstp.com.my
 
PUTRAJAYA: Lima puluh peratus daripada pembinaan 2,492 unit kediaman Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) Kenanga dan PPA1M Cempaka di Presint 19 di sini, akan diperuntukkan kepada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) terutama yang belum memiliki kediaman.
 
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, berkata ia bagi menghargai sumbangan dan jasa penjawat awam dalam menjalankan tugas terutama anggota keselamatan khususnya PDRM.
 
Katanya, dalam bajet 2018, kerajaan bersetuju menawarkan 10,000 unit PPA1M kepada anggota PDRM.
 
"Jadi, 50 peratus daripada unit kediaman projek Kenanga dan Cempaka ditawarkan kepada mereka.
 
"Malah, saya sudah berbincang dengan Ketua Polis Negara dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), jika ada tanah sesuai di bawah PDRM atau KDN, kita boleh membina lebih banyak rumah PPA1M untuk anggota PDRM," katanya.
 
Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis pecah tanah PPA1M Kenanga dan Cempaka di sini, hari ini.
 
 
 
KETUA Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa bergambar bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, Presiden Perbadanan Putrajaya, Datuk Seri Hasim Ismail (tiga kiri), Pengerusi Protasco Development, Tan Sri Hadenan A. Jalil (tiga kanan) dan Pengarah Urusan GN Homeland Sdn Bhd, Datuk Radin Mokhtar Md Yusof (kiri) selepas majlis Pecah Tanah Pembangunan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) Kenanga dan PPA1M Cempaka di Presint 19, Putrajaya. - Foto Mohd Fadli Hamzah
 
 
Turut hadir, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Zainal Rahim Seman; Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun; Presiden Perbadanan Putrajaya, Datuk Seri Hasim Ismail dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda.
 
Pada majlis itu turut diadakan upacara menandatangani perjanjian dua skim iaitu PPA1M Kenanga yang dibangunkan oleh Kop Mantap dengan usaha Protasco Development Sdn Bhd manakala PPA1M Cempaka dibangunkan GN Homeland Sdn Bhd.
 
Rumah bersaiz 850 kaki persegi, 1,000 kaki persegi dan 1,200 kaki persegi, yang dijual dengan harga RM120,000, RM220,000 dan RM260,000, dijangka siap sepenuhnya pada 2021.
 
Dalam pada itu, Ali berkata kerajaan menyasarkan membina 200,000 unit rumah di bawah Skim PPA1M dan sehingga kini, sebanyak 141,774 unit diluluskan untuk pembinaan.
 
Sebanyak 7,180 unit sudah siap manakala sebanyak 81,503 unit lagi dalam pelbagai peringkat pembinaan.
 
"Bagi kawasan Putrajaya, sebanyak 2,943 unit PPA1M sudah didiami di Presint 6, 11 dan 17, malah kunci juga akan mula diserahkan untuk 2,671 unit dalam tempoh Mei ini hingga Ogos membabitkan projek Melinjau di Presint 11, projek Jintan di Presint 16 dan projek Pudina di Presint 17.
 
"Selain itu, sebanyak 5,216 unit sedang dalam pembinaan di Presint 5, 15, 17 dan 18, manakala sebanyak 9,872 unit termasuk 2,492 unit pada hari ini dalam peringkat perancangan untuk dimulakan pembinaan," katanya.
 
Sementara itu, Ali mengumumkan kadar caj penyenggaraan bagi semua unit PPA1M di Putrajaya diturunkan daripada 20 sen sekaki persegi kepada 15.8 sen sekaki persegi.
 
"Kerajaan juga mengecualikan pemilik petak daripada menjelaskan caj penyenggaraan dan wang penjelasan untuk tempoh enam bulan dari 1 Mac hingga 31 Ogos bagi tiga projek yang sudah didiami iaitu Larai di Presint 6, Palma di Presint 11 dan Selasih di Presint 17.
 
"Justeru, kos penyenggaraan ini yang berjumlah hampir RM3.7 juta ditanggung oleh kerajaan," katanya.
Discussions
Be the first to like this. Showing 5 of 5 comments

TupaiKolam

Holly end of world. Protasco is Najib politic weapon now back fired. All contract review and cancel?

2018-05-14 17:46

TupaiKolam

Chong Ket Pen is rushing to get close to Najib. Not like airasia or Supermax being “forced”. He deserves it when diciplinary action kicks in to behead traitors.

2018-05-14 17:48

CatchCrook

Crook sleeping with crook? Cancel protasco illegal contracts left 20sen maybe. CKP cronies if smart will sell first. Get what ever they can before MACC kicks in.

2018-05-14 19:02

nich0las

What?? Sudah Dong Dong Qiang la this time. gila ni..

2018-05-14 19:39

goldenluck16

BN's crony counter...sell before it' too late.

2018-05-16 08:36

Post a Comment