Followers
2
Following
0
Blog Posts
0
Threads
330
Blogs
Threads
Portfolio
Follower
Following
2023-03-03 21:34 | Report Abuse
Just relax
saya masih ni sini hihi
2023-02-28 11:54 | Report Abuse
Haha
Ayam nampak merah ber kok kok lagi
Apapun terima kasih kalau tak sunyi je.....
Bagi sikit masa akan nampak perbezaannya
Buaya nak makan saya jerung akan makan buaya itu
2023-02-27 23:20 | Report Abuse
Klci turun lebih 1 mata walaupun institusi telah memberi sokongan , begitu takutnya
Biasalah tak boleh nampak laut merah sampai terkencing tak senang duduk cepat cepat cabut lari hihi
Esok akan lebih baik always positif lihat ke arah yang berbeza baru mampu melihat dengan lebih jelas.
Mrcb turun tutup 320 sangat baik , ada beli boleh buat untung beli nasi lemak .
Bila kita dapat atasi ketakutan melihat arah yang berbeza maka kita mampu mengatasi setiap kesilapan yang selalu kita lakukan .
Jika melabur hanya ingat untung tanpa pernah merasai keunikan kerugian sedalamnya tidak akan mampu merasai kejayaan .
Hanya berbicara di waktu lapang
Harap maaf jika ada silap kata
2023-02-25 20:30 | Report Abuse
Perbagai analisis memberi pandangan berbeza terhadap prestasi KLCI minggu depan, ada yang mengatakan klci akan berlegar 1450-1470 kerana pelabur masih dalam mood berhati-hati atas sebab luaran pasaran dunia dan ada pula mengatakan akan bergerak naik secara perlahan kerana Bajet telah diumumkan dan tiada yang tidak baik terhadap pasaran yakin pelabur akan mula kembali ke pasaran . Klci turun pada awal dagangan pada jumaat namun telah naik kembali sebelah petang di tutup merah kurang dari 1 mata.
MRCB di awal dagangan dilihat pembelian 330-335 sangat memerangsangkan namun telah di tekan ke bawah sehingga tidak mampu naik menembusi 325 kerana tekanan terus menerus menambah stok di 325 .
Walaupun begitu pembelian berterusan hingga selesainya dagangan dan ada pihak telah membeli sejumlah besar melebihi 3 million sebelum bajet bermula .
Mrt3 belum disahkan bila akan diluluskan namun telah diumumkan dengan meneliti semula nilai projek 50 billion boleh diturunkan 45 billion ke bawah .
MRCB berpeluang besar dalam bidaan mrt3 malah dengan kemampuannya dalam projek sebelum ini .
Minggu depan dilihat harga berpeluang naik atas 335 di mana harga telah bertahan 320-330 minggu ini . Bagi yang masih was was belum bermula membeli tetapi ingin membeli agar tidak sia siakan peluang minggu depan sebelum harga mulai naik .
Walaupun RHB memberi TP 450 ianya akan berubah selepas suku pertama tahun ini dan jika mrt3 diluluskan dan mrcb mendapat bidaan tersebut TP baru akan di naikkan .
Jangan tunggu lama-lama nanti harga naik lagi
Hold will win buy now will also profit more
Hanya berbicara di waktu lapang
Harap maaf jika ada silap kata
2023-02-23 22:33 | Report Abuse
Haiyoyo
KLCI turun lebih 6 mata support pun dah pecah masih tak mahu ambil tindakan sewajarnya ke??? Harap esok pump banyak wang masuk sebelum bajet bermula.
Tidak cantik oh merah merah petanda pasaran tidak yakin akan Bajet kerajaan perpaduan yang cuba mengorek kekayaan golongan vip kaya-raya demi rakyat dan ekonomi negara.
Biasalah orang kaya-raya mana mahu kekayaan mereka disedut hanya mahu bertambah kaya adalah ketamakkan manusia .
MRCB naik 1 mata ditutup 330 Lilin penuh petanda baik , Pembelian meningkat mendadak sebelah petang sepatutnya hari ini akan tersentuh 335 tetapi operator menekan dengan menambah stok pada 330 .
Esok buka 335 petanda apa ya??? jika harga lepasi 345 wow....good signal
Operator telah menguasai laluan harga 320-360 senang macam kacang nak lepasi hanya bila bertindak??? semoga esok lilin hijau dan bermulalah kenaikkan seterusnya.
Ada dapat untung buat beli nasi lemak tak??
Buka 320 tutup 330 3% untung oh
Operator hari ini ko orang buat baik saya tak tegur esok buat benda sama ya. hihi
Hold will make u win more
2023-02-23 19:59 | Report Abuse
Inikalilah bagi pecah tembok 300 hihi
Uems dah untung bagi dividen haha
2023-02-22 23:51 | Report Abuse
Walaupun harga turun bawah 320-315 tetapi tidak banyak menjual hanya pelabur ketakutan sebab tidak tahu apa operator mahu lakukan asyik tekankan harga ke bawah sedangkan pelabur tidak menjual . Operator harus hentikan tekanan menjual tanpa sebab yang munasabah berterusan dua hari ini QR telah di umumkan boleh diterima tetapi esok tiada sebab harus di naikkan harga MRCB telah untung dan banyak projek tiada berita tidak baik maka apa sebabnya lagi Operator Oii .
Esok turun saya tegur lagi ya....
2023-02-22 23:33 | Report Abuse
KLCI hari ini merah turun 10 mata ini kerana biarkan pasaran tentukan maka jual lo tunggu lo tidak yakin sama Bajet hanya takut TAX SST GST dll walaupun ini belum disahihkan tetapi di war warkan .
PM Anwar Ibrahim menteri kewangan harus minta pandangan PM joko widodo di lihat bijak mengatur dan mengambil langkah bagaimana menangani pasaran .
Harap esok ada tindakan sepatutnya sebelum pasaran berterusan menjual
Semoga esok lebih baik
2023-02-22 23:15 | Report Abuse
Bro shines ,
Div 1 sen ex date 26 april jadi masa masih panjang jadi operator boleh manipulasikan harga agar short play takut lalu jual lo.
Lagi pelabur suka tunggu saat akhir baru masuk sebelum ex date
Hanya dapat tunggu saja lo....
2023-02-22 23:04 | Report Abuse
Market lembab terlalu berhati-hati di harapkan esok lebih baik
Kot sebab Bajet byk tax itu ini buat pelabur takut entah pihak mana war war kan berita yang belum sahih
2023-02-22 14:03 | Report Abuse
Mr law tiada masalah bagi pandangan asal berasas mana baik buruknya bila masa beli bila masa jual tetapi bukan mengata pandangan orang lain
Sebab tiada salah atau betul hanya pandangan berbeza
Good luck
2023-02-22 13:56 | Report Abuse
Bersabar harga akan naik balik memang perlukan sikit masa lo
Tidak semesti percayai berapa TP hanya rasa cukup untung jual lo
Operator tekan ke bawah agar menjual sampai titik sokongan tiada menjual akan di tolak naik balik
Kalau tidak naik sehari dua ni akan sideway bulan march akan mulai naik
Kita hanya perlu fahami rentak operator agar lain kali dapat tahu bila sell bila beli
Lagi bukann hanya MRCB turun saham lain juga turun
Tengok tutup petang nanti 315 atau 325
2023-02-21 23:03 | Report Abuse
Haha
Harga sekarang 320 masih atas EMA50 masih atas garisan aliran menaik dan terlebih-lebih jual sudah
Esok operator tidak dapat tiket murah dari penjual akan naikkan harga jua hihi
Bajet sangat dekat sudah operator sudah tekan habisan ke bawah tak cukup kumpul stok murah 320 terpaksa juga tolak naik ke atas hihi
Mari mari Lilin panjang hijau lama tunggu sudah , usah susah susah pecah lantai hanya bagi pecah bumbung baru boleh tengok langit cerah .
Hanya berbicara di waktu lapang
Harap maaf jika ada silap kata
2023-02-21 22:01 | Report Abuse
Mrcb bermula pembelian kuat 330 di awal dagangan tetapi lewat 3pm operator tekan harga ke bawah akhirnya tutup 320
Walaupun tindakan operator berkali-kali menekan harga ke bawah sejak 5 hari dagangan dapat di lihat tidak banyak yang menjual sebaliknya membeli semakin meningkat .
Bilakah lampu hijau akan diberikan agar tidak makin banyak yang akan ketakutan menekan jual .
Bagi yang masih bersama HOLD dan yakin dan dapat bersabar tanpa takut harga turun anda adalah Fighter pelabur berpandangan jauh dapat melihat masa depan
MRCB akan memulakan kerja di taman perindustrian bersepadu Ipoh Raya seluas 810.57 ekar enam fasa di Perak.
Juga akan melancarkan Residensi Tujuh, sebuah projek kediaman bertingkat 573 unit di Kwasa Sentral dengan nilai pembangunan kasar RM325 juta tahun ini.
Di luar negara akan melancarkan VISTA sebuah projek kediaman 51 tingkat dengan 280 unit pangsapuri dengan nilai pembangunan kasar A$391 juta di Gold Coast, Australia dan memulakan pembangunan The Symphony Centre, projek sulungnya di New Zealand, yang menampilkan 21 tingkat pembangunan bercampur dengan nilai pembangunan kasar NZD452 juta dan pengubahsuaian Bledisloe House, juga di New Zealand dengan nilai pembangunan kasar NZD137 juta).
Penjualan hartanah tidak dibilkan sebanyak RM536.5 juta pada 31 Dis 2022 .
Bagi tahun fiskal berakhir 31 Dis 2022 MRCB mencatatkan hasil RM3.2 bilion dan keuntungan sebelum cukai RM154.3 juta berbanding hasil RM1.4 bilion dan keuntungan sebelum cukai RM61.3 juta dalam 2021.
Melebihi dua kali ganda tak bagus ke????
Pinjaman jangka panjang telah berkurang
Cash telah meningkat
Nak Jual nak melabur terpulang
2023-02-21 21:02 | Report Abuse
Saya ingat ah law berpendidikan rupanya chicken bila nampak merah kok kok kok kok
Baca pun malas mana faham macammana tidak merasa muntah muntah kepala pusing kesian..... pi main jauh sana kot boleh jumpa geng setaraf bolehlah kok kok kok kok
2023-02-20 22:05 | Report Abuse
Klci turun melebihi 3 mata keyakinan pasaran masih was was sangat berhati-hati mengatur langkah sebelum membuat keputusan ke depan. Apakah tindakan mereka untuk kembalikan keyakinan pasaran agar klci naik tidak terlalu jauh dari 1500.
Atau terpulang kepada pasaran sendiri membuat keputusan nak turun atau naik ???
Prestasi hari pertama minggu ini di lihat ada pembelian yang meningkat dan operator tidak melakukan tekanan kuat ke bawah kemungkinan sebab telah melakukan penjualan habisan stok minggu lepas .
Sekali lagi melakukan doji tidak mahu juga menolak naik sedikit tutup 330 , tindakan yang sama sebelum ini. Adakah masih mahu menolak ke bawah ?? Atau belum cukup stok murah yang di kumpulkan ??
Tak ku sangka QR hari ini dan jauh dari ramalan dan pasti ada yang akan menjual dan takut esok akan turun ?? mungkin sebab inikah harga di tutup 325 ?? agar bisa mengumpul 315-320 esok??
Maka sekarang akan wujud perbagai pemikiran jual atau hold .
Pening pening hihi.....
Jangan melihat sebelah mata guna dua mata melihat akan nampak lebih jelas
Ya lo hanya bagi dividen 001 saja.... Apa nak buat untung sikit je.... Revenue je tinggi lebih 3 billion .... ya ke hanya untung sikit macam tu ???
Biarlah pasaran tentukan keputusan mereka kerana jual ada yang akan membeli dan membeli akan ada yang menjual
Kita tengok esok tutup merah atau hijau
Just relax
Hanya berbicara di waktu lapang
Harap maaf jika ada silap kata
2023-02-19 16:48 | Report Abuse
Sekadar Pengetahuan
Sejak akhir tahun lepas pandangan sinis bahawa harga tidak akan naik kaunter sampah dan sebagainya namun bila harga mendaki naik pandangan sinis telah hilang .
Dan bila harga turun kerana perlu melakukan pengimbangan harga di mana harga telah naik dan pembelian berlebihan , pandangan sinis datang kembali.
Tanya diri anda adakah anda melakukan sesuatu yang berasas ??? Atau anda hanyalah si pengecut membeli waktu harga naik jual waktu harga turun ??? kamu hanyalah short player. Bukan seorang pelabur sebenar tidak mampu melihat sesuatu dengan lebih jelas dan berpandangan jauh. Saya dapat merasakan sesiapa yang mengikut dan percaya pandangannya tidak akan membawa anda sejauh mana .
Pergerakan harga telah melakukan dua sentuhan bahagian bawah dan telah melakukan tinggi lebih tinggi dan sekarang sedang melakukan corak w bila kembali naik ke atas melepasi 345 kekuatan melonjak naik semakin besar .
Jerung telah bersama kita maka kita hanya perlu mengikuti jerung dari belakang tunggu kenaikan seterusnya. kenapa kita perlu membeli waktu harga sudah naik tinggi sedangkan boleh membeli di harga murah sekarang .
Saya selalu melihat banyak short player di perbagai kaunter berkata tersangkut kat atas sebab bila harga sudah naik tinggi dan tinggi lagi baru mereka berani membeli akhirnya tersangkut di atas tetapi kita relax je sebab kita sudah lama di bawah .
Penjualan pasaran pengambilan untung minggu ini akan terhasilnya pelabur akan mencari kaunter yang berpeluang naik ke atas
Kenapa akan semakin ramai pelabur akan melihat kaunter ini dan melabur
Kerana terlebih jualan , harga belum naik tinggi , carta semakin cantik , QR belum diumumkan , berkemungkinan besar dapat projek besar , ada dividen dll
Bila anda faham maka anda akan membeli sekarang bukannya selepas harga sudah naik tinggi
Saya mahu kita bersama buat untung dan saya pernah kata tidak menjual sebarang stok walaupun saya telah untung kerana saya berpandangan juah ke depan bukan ke belakang
Hanya masa mampu membuktikan
Good Luck
Hanya berbicara di waktu lapang
Harap maaf jika ada silap kata
2023-02-19 12:14 | Report Abuse
Bersabar minggu depan akan lebih baik
Bila lepasi 270 akan mula naik
2023-02-18 16:33 | Report Abuse
Sekadar pandangan
Bagi pelabur jangka panjang dan masih hold pertahankan stok murah yang dibeli agar tidak di jual begitu saja kerana harga sekarang sudah 320-325 .
Saya merasakan harga turun bawah 315 peratusannya rendah dan operator mula membuat pengumpulan 320-330
Harga akan naik minggu depan dan bagi yang ingin membeli untuk tambah stok atau membuat keuntungan kecil buat beli nasi lemak sementara menunggu kenaikkan melepasi 340 atau mungkin akan melepasi 340
Walaupun Bajet di lihat tidak mampu menyakinkan pasaran tetapi kita tidak tahu di saat akhir sebelum tibanya 24 feb minggu depan . ( pasaran boleh berubah arah )
Saya yakin operator akan berhenti menekan harga ke bawah minggu depan sebaliknya akan menolak naik harga melonjakkan Klci ke atas sebelum Bajet bermula.
2023-02-18 15:22 | Report Abuse
Terima kasih ulasan anda bro speakup hanya sekadar informasi kebarangkalian dan kejatuhan harga saham bank berkemungkinan BNM tidak naikkan kadar walaupun menteri kewangan tidak mencampuri dalaman BNM tetapi ada desakan luaran agar kadar tidak di naikkan tahun ini bagi mengurangkan tekanan kemelesetan.
Sekadar pandangan semata-mata
2023-02-17 22:16 | Report Abuse
Klci turun lebih 7 mata sebahagiannya disebabkan sentimen Fed ingin melanjutkan kenaikan kadar selain pelabur masih berhati-hati walaupun bajet semakin hampir
Dan pengambilan untung pada khamis dan jumaat . ( kenapa saya tak ambil untung leh haizz )
Prestasi MRCB minggu ini sedikit lemah dimana pembelian yang rendah dan operator mengambil keputusan menolak harga ke bawah bagi mengeluarkan stock lebihan
Walaupun ada pelabur mula membeli pada harga 335-340 namun operator tetap menolak ke bawah 330.
Hari ini operator lebih kejam menolak sebanyak 1 mata ke bawah namun diharapkan jangan terikut menjual atau membeli sebaliknya menunggu keadaan sedikit reda bila operator berhenti menolak ke bawah minggu depan baru anda mula membeli secara berperingkat.
Masih dalam chart trend kenaikan walaupun harga telah turun bawah ema200 tidak bermaksud akan terus ke bawah perlu tunggu isnin depan berkemungkin akan ada signal pembalikan kembali atas ema200 .
Jika anda pelabur jangka panjang maka tidak perlu risau sebaliknya relax je..biar operator jalankan tugas mereka ( mereka juga perlu cari makan )
Bagi pelabur hanya melihat sejarah chart hanyalah pelabur biasa pemikiran cetek tidak dapat melihat masa depan hanya masa silam tidak akan maju
Bagi pelabur baru saham ini adalah saham baik buat permulaan melabur secara sedikit beli waktu harga masih murah belajar bersabar menunggu membeli secara berperingkat kerana risiko rendah syarikat GLC tidak akan tutup kedai sudah mula membuat untung akan semakin baik dari masa ke semasa . kalau beli saham risiko tinggi syarikat rugi tak baik walaupun harga naik terbang langit tapi silap hari terus limit down untung seribu rugi sepuluh ribu jadi jangan short play kalau masih baru dalam saham . Jangan nak cepat kaya sebab lagi banyak yang nak jadi kaya raya akhirnya rugi teruk.
kesabaran membawa kejayaan
Biar lambat membuat hasil tetapi tidur lena
Hanya berbicara di waktu lapang
Harap maaf jika ada silap kata
2023-02-17 16:06 | Report Abuse
Haha.....
Biasalah hari jumaat pasaran selalunya lautan merah
Turun tiada masalah besar masa mengumpul bila ketakutan kita beli
Akan naik balik hanya masa saja.... baru sampai garisan kenaikan
Kita beli dari bawah sampai naik masih di sini
Hanya sabar menunggu hasilnya
2023-02-16 22:40 | Report Abuse
Haha....
Dah banyak bicara sekian lamanya entah anda faham atau separa sedar dan ada pula yang mengata umpama saya bicara banyak semuanya tak betul hanya akan merugikan pelabur baru yang percayai bicara saya. saya tidak perlukan sesiapa percaya atau terikut kata-kata saya hanya memberi pandangan sahaja wang tetap wang anda risiko tetap anda tanggung sendiri dan tetap anda sendiri buat keputusan.
Prestasi hari ini masih baik tidak memberi signal akan kebawah dan hanya bermain 330-340
Bagi memudahkan untuk difahami kenaikan lonjakan pada 2 feb adalah 330-365 tutup 355 . 330 adalah titik awal dan sekarang 330 adalah titik akhir kembali tempat asal maka akan bermulalah pergerakan baru bagi memulakan kenaikan atau penurunan .
Seperti saya katakan tadi tiada signal turun dan rsi oversold bila stock habis dijual kena ada pembelian stock baru maka akan berlakunya kenaikan .
Kemungkinan keyakinan pelabur kepada Bajet PM Anwar Ibrahim tidak tinggi maka berhati-hati dalam pasaran memilih saham tertentu dan hanya membeli sebahagian kecil dan menunggu dan lihat bentangan Bajet 24 Feb ini
Bagi MRCB QR4 akan diumumkan hujung feb diramalkan keuntungan melebihi 100++ Juta revenue tahunan melebihi 3 billion berkemungkinan dividen 1.5-1.75 sen dan 2023 QR seterusnya akan bertambah baik.
Dalam bajet kali ini kemungkinan besar akan ada bentangan projek MRT3 diteruskan dan akan dilaksanakan hujung tahun ini.
Maka adakah dengan berita sebaik ini harga akan turun kembali downtrend ???
MRCB masih trend naik dan sekarang berusaha berubah up trend dari downtrend maka memang adalah sedikit liku-liku perlu dilalui . walaupun naik lambat tetapi jika masih bertahan dan teruskan kenaikan akan sampai jua destinasi 400-500
Belum EPF beli tambah stock dan tabung haji beli stock yang dijual tahun lepas
Mrcb masih ramai pelabur suka hanya keyakinan kurang sebab downtrend selama bertahun-tahun ini semua salah kerajaan terdahulu tetapi sekarang kerajaan perpaduan mungkin mampu buat perubahan besar kepada ekonomi negara dan silap bulan HSR dilaksanakan tahun 2024 entah masih ada tak harga ini lagi 330 kot dah 1000 hahaha.... Jangan campurkan market CRASH ya.
Yakin dan bersabar kunci kejayaan
HOLD WILL WIN
Hanya berbicara di waktu lapang
Harap maaf jika silap kata
2023-02-16 18:40 | Report Abuse
Klci naik sebelah pagi turun pula sebelah petang haizz
Awal juga pengambilan untung
Kot Bajet feb ni tidak bisa memberi peransangan yang baik buat pasaran
Tak yakin kot kerajaan perpaduan tak mampu rancakkan ekonomi negara sebab bajet demi rakyat lebih di utamakan
Namun saya yakin akan ada rancangan memajukan merancakkan ekonomi dalam Bajet kali ini.
Walaupun harga di tutup merah 330 namun masih atas ema200 dan ma20 dan Rsi oversold
Jika esok tidak naik akan bermain side way tunggu sambung minggu depan
Perhatikan penjualan dan pembelian 330-335 siapa membeli siapa menjual bukan kita pelabur biasa ada pihak mengumpul terus membeli di 330-335
Hari ini nak naikkan harga tetapi sebelah pihak pula kata saya banyak tiket kena clear dulu, yang satu lagi kata kena naiklah bila lagi naik maka berkatalah begini berapa banyak lagi tiket kamu tu saya beli jadi masuklah pembelian 330 ding ding dong dong.
Nanti ada masa saya bicara lagi sekarang nak masak buat makan malam
Hanya berbicara di waktu lapang
Harap maaf jika ada silap kata
2023-02-16 18:13 | Report Abuse
Rajin juga bro Law tengok harga mrcb kaunter bergerak ada main ke.....hihi
Tapi baca baik-baik komen saya tiada suruh short play just for longtime and wait
Apapun terima kasih komen dan nasihat anda biar masa tentukan tiada keuntungan sekelip mata
2023-02-15 22:24 | Report Abuse
Haha
Berita harian keluar berita sebelum pasaran tutup kata index klci tidak dapat meneruskan kenaikan akhirnya tetap tutup naik 4 mata....belum saat akhir apa juga boleh jadi.
Esok harap naik lagi
Buka tutup 335 tetap masih atas ema200 dan tidak lama lagi ema50 akan bertemu cintanya ema200 yang lama dah tak bertemu sejak 2019
Esok lusa terhasilnya candle hijau panjang dengan volume tinggi bermulalah pelayaran ke destinasi seterusnya ( Perlukan kekuatan mental yakin dan kesabaran )
Jika tutup merah hari ini juga tidak perlu risau harga tetap masih atas ema200
Lihat chart pergerakan rentak jangan hanya tengok harga dan penjualan sahaja ini boleh membuat anda takut mengerabah risau bimbang akhirnya anda akan menjual begitu saja
Kena tahu mana support mana resistance kalau hanya harap kata kata orang silap percayai orang ke lautlah jawapnya
Tiada sesiapa mampu memberi nasihat memberi anda tip atau sebagainya setiap masa.... di luar sana semua mahu bayaran baru mengajar memberi nasihat tip namun tidak akan memberi banyak ajaran hanya sedikit mahu lebih tambah wang lagi dan lagi.
Inilah dunia pasaran saham ikan bilis makanan jerung datang pula buaya kita hanya dapat mengikuti dari belakang kalau tidak mahu di telan .
banyak cakap....hihi ( Nanti mr law lanyak lagi hahaha )
Operator kan dah siap tu esok bagi naiklah tinggal dua hari dagangan saja
Bajet dah dekat QR tak lama lagi , lain semua dah naik kesian tiada nasi lemak berapa minggu dah tak makan .
Naik ok...ok ya janji ya hihihi
Hanya berbicara di waktu lapang
Harap maaf jika ada silap kata
2023-02-15 12:05 | Report Abuse
Haha
Banyak merasa nak terkencing..... play hold will win
Nanti tutup green doji lo kita berdoa ya
2023-02-14 18:01 | Report Abuse
Klci naik lagi pertanda baik harap naik lagi esok
MRCB masih baik tidak perlu takut masih atas landasan trend naik esok datanglah candle hijau
Masih bermain atas support lepas siap naiklah tu
Selagi support masih bertahan landasannya tidak bermaksud pecah
Kalau tutup hijau masa penutupan memang cantiklah signal pembalikan , mungkin ada sebabnya kenapa tidak mahu tutup 340 hijau .
Walaupun tutup merah tidak bermaksud tidak baik bukan bermaksud signal turun
Boleh Tengok rsi turun tapi harga masih di atas support itu maknanya apa?( sendiri fikir )
Nampak macam jual kuat kenapa tak turun turun
Mungkin operator boring kot buatlah jual beli bertukar tangan bagi short play terkejut maka juallah.... bila harga naik balik mereka akan kata apa?? haha si pei ka bo
Kita lihat lagi esok apa operator melakukan langkah seterusnya
Hanya berbicara di waktu lapang
Harap maaf jika ada silap kata
2023-02-14 17:27 | Report Abuse
Haha
Bro prudent saya juga tunggu dia komen kelmarin tapi tak ada.....hari ini dia komen
Entahlah apa silap saya bicara kat sini.... Not Open Forum Ke hihi
2023-02-14 15:31 | Report Abuse
Nanti tengok tutup hijau tak hari ni?
2023-02-14 14:34 | Report Abuse
saya semalam juga ada terfikir mungkin harga tolak bawah bagi stable harga dan turunkan rsi sebelum mulai naik . sebab tu saya kata kelmarin banyak beratur 335-340.....kita hanya perlu bersabar sahaja.
2023-02-14 13:53 | Report Abuse
Haha jangan buat diri di lihat kurang cerdik
Tengok sampai habis jalan ceritanya
Apa yang kamu nampak sekarang tidak bermaksud ianya akan turun kena lihat habis dulu .
Apapun tq lah bagi komen
sama sama kita tunggu dan lihat
2023-02-13 21:13 | Report Abuse
Klci turun pagi naik petang di tutup hijau diharapkan esok naik lagi
Pelabur asing entah apa asyik jual jual beberapa minggu ini , diharapkan akan melabur balik selepas ini . Pasaran memang melemah bila pelabur masih menunggu lihat kiri lihat kanan tunggu berita us cpi dan sebagainya.
Haha
Jangkaan saya meleset diharapkan naik 1 mata jatuh pula 1 mata tutup 335
Walaupun begitu masih bertahan atas support 335 dan DEMA 30
Harga masih bertahan atas EMA 200 dan esok lusa jika naik adalah signal buy ( harap naik 1 mata keatas )
Kenaikan corak begini adalah baik bagi trend naik . Biar support dikuatkan sebelum kenaikan seterusnya.
Sejak minggu lepas penjualan semakin rendah dan pembeli pula tidak tinggi ( harap esok lusa akan lebih baik prestasi )
Sebenarnya saya dapat merasakan ramai pelabur yang nak masuk beli dah hanya tunggu masa dan ada yang tunggu harga naik lepasi 355-365 kerana itu signal buy . Malah ada yang beratur 335-340 hari ini....
Apakah langkah operator seterusnya esok kita lihat
Hanya berbicara di waktu lapang
Harap maaf jika ada silap
2023-02-12 23:44 | Report Abuse
ya ya jangan lupakan saya ya....tunggu buy 225
2023-02-11 18:18 | Report Abuse
Saya merumuskan
Prestasi Klci sedikit lemah pada minggu ini mungkin disebabkan pelabur masih berhati-hati dan juga pengambilan untung sambil menunggu peluang membeli waktu harga lebih murah. Selain suasana pasaran dunia yang tidak menentu , gempar bumi turki dan sebagainya. Walaupun begitu klci naik lebih 10 mata pada hari jumaat adalah pertanda baik minggu depan akan meneruskan kenaikan .
Bagi prestasi MRCB saya merasakan masih baik dengan pembalikan harga yang melonjak naik minggu lepas dan penjualan pengambilan untung , pencucian dan pengumpulan minggu ini di lihat masih stabil di mana support 340 masih bertahan walaupun telah melewati 335 sebanyak dua kali namun tetap tutup 340 di akhir dagangan . ( support sebenar adalah 335 kerana bermulanya kenaikan )
Bajet semakin dekat pelabur akan mula mencari kaunter berkaitan bagi memulakan pelaburan mereka minggu depan dan klci akan perlahan naik .
Harga akan naik mulai minggu depan ( ya saya sangat yakin )
Isnin akan tutup atas 345-350 ( pintu 340 akan tertutup )
Bersabar tunggak kejayaan ( kena ada keyakinan tinggi)
MRCB Saham berkaitan construction dan property dua dalam satu
Akan ada kenaikan melambung minggu depan melepasi 365
Biar lambat akan mengejar dengan cepat ( Melonjak-lonjak )
Baik buat pelabur kuat bersabar melabur banyak-banyak ( sleep well )
Baru kenaikan bulan feb belum kenaikan march-april ( ya ke )
Mari melabur bersama-sama kita buat profit ( Pasti profit )
Belum keluar Berita hangat lagi ( naik lagi )
Belum mula belian dari pihak tertentu lagi ( naik lagi )
Hahaha banyak juga naiknya ya hihi
Apapun keputusan di tangan anda ( risiko sendiri tanggung )
Hanya berbicara di waktu lapang
Harap maaf jika ada silap kata
2023-02-10 23:11 | Report Abuse
Ya lo... No buyer bro
Only can wait lo
2023-02-10 00:33 | Report Abuse
Klci merah lagi walaupun diharapkan naik sedikit, pelabur masih berhati-hati menanti peluang beli murah kot ?? Haraplah esok naik sedikit kalau tak pecahlah support .
Tidak disangkakan bila harga jatuh bawah 340 ada pula terkejut jual murah C82 020 maka belilah saya hihi.
hari ini jumaat buka hijau panggilan signal buy minggu depan harga akan mula bergerak naik.
Biar bergerak perlahan macam kura kura tetapi kekuatan semakin membesar akan melonjak tinggi bila tiba masanya . Kita melabur jangka panjang bukan short play jual bila perlu tunggu harga sesuai masa signal jual tiba . Jangan sia-siakan peluang yang ada meningkatkan keuntungan ikut corak trend kenaikan.
Saya tidak jual stock yang ada sebaliknya hanya mengumpul stock murah macam saya beli c82 020 bila harga naik saya jual adalah duit buat beli nasi lemak .
Kita sebagai pelabur biasa tidak akan mampu menolak naik harga sebaliknya mengikut rentak operator umpama irama dan lagu hahaha
Bersabar menanti itu kunci kerjayaan
Hanya berbicara di waktu lapang
Harap maaf jika ada silap kata
2023-02-09 15:17 | Report Abuse
Haha tak apa bro....siapa betul siapa penipu jokers sekarang sudah boleh sah kan
Green bro....hihi
2023-02-09 12:16 | Report Abuse
Haha
Prudeninvestor ( Jangan kata pasal post forum ahli baru macam baru dalam dunia saham)
Kena hormat memang pandangan setiap pelabur berbeza
Kita tidak akan tahu siapa orang itu?? walaupun di lihat ahli baru...
Saya juga ahli baru forum ni tetapi untuk tahun 2022 jan .....adakah saya orang baru??
Walaupun saya sudah pernah sebagai ahli forum bertahun dahulu...hanya tidak active saja.
2023-02-09 11:32 | Report Abuse
Haha
Terima kasih bro law... datang bohhh harga pasti naik ( pendapat yang bernas) Hope you make money ya.
Hanya masa akan buktikan jadi tunggu dan lihat ( wrong or right )
See close green or red
See you soon
2023-02-08 23:50 | Report Abuse
Haha
Harapkan Klci tutup hijau hari ini namun tetap merah tetapi masih di atas support
Walaupun telah jatuh bawah MA200 dua hari dagangan masih ada peluang esok naik balik
Bagi pelabur sedang mencari kaunter property dan construction bolehlah perhatikan kaunter ini , pasti akan memberi hasil keuntungan melabur jangka panjang mahupun jangka pendek .
Boleh cuba labur sedikit beli dalam minggu ini akan dapat pulangan 10%++ minimum tidak sampai sebulan. Walaupun begitu harga semestinya akan ada naik turun lihat chart dah faham....boleh beli waktu harga masih murah dan jual bila harga naik merasakan keuntungan dah cukup target anda .
Dalam pelaburan memang ada rugi dan untung tetapi kalau ikut trend chart mana support mana resistance kerugian sangatlah rendah keuntungan sangatlah tinggi .
walaupun begitu ramai pelabur rugi kerana suka membeli waktu harga melonjak naik dan harga sudah naik tinggi sebaliknya harga masih murah baru mendaki tidak akan di beli ??? Selalu akan di katakan stock downtrend mana akan naik nanti akan turun lagi murah ??? Haha ( Jangan biarkan kebijakan perbodohkan diri sendiri )
Tidak salah kata begitu tetapi bila stock downtrend sudah berubah uptrend naik tinggi berebut pula membeli sebab pasti berfikir akan naik lagi jadi belilah mudahnya buat untung ya ya....hihi.... hanya sebagai contoh stock getah beli beli naik naik tinggi dividen hold lama boleh untung 100 kali ganda ( beli waktu harga sudah tinggi ) tak rugi 100 kali ganda sudah baik lo ha ha.
Kalau stock ni dah harga rm 1.00 saya tidak akan memberitahu anda membeli stock ini sebab akan ada berita berita desa desus memanggil anda membeli tetapi saya mungkin sudah menjualnya .
Sebabnya mudah setiap pelabur berbeza cara mereka cari makan sebagai contoh... sini suruh anda beli sana mereka jual sebab harga sudah naik tinggi mereka perlu jual stock mereka anda pula hati berkobar-kobar tengok stock naik tinggi up trend pasti akan naik lagi senangnya buat untung ya ya...hihi.
Saya cakap benar atau menipu semua orang boleh baca bicara saya dan membeli waktu harga masih murah dan baru mendaki ada yang rugi ??? ( tapi belum untung besarlah hihi )
Ada saya padam komen saya ??? cuba tengok komen lain??? saya pasti anda akan faham maksud saya kalau anda active kat blog i3.
Saya tidak kisah pandangan orang lain asal kita perolehi rezeki halai dan membawa rezeki kepada orang lain makin melimpahlah rezeki didunia dan akhirat .
Haha
Saya berbicara lebih saja penuhi masa terluang
Tiadalah paksa beli hanya memberi pilihan buat pelabur yang sedang mencari kaunter construction dan property yang berpeluang berubah trend turun ke trend naik
Melabur 10k 100k 500k 1juta pun boleh... 5k pun boleh
Risiko atas keputusan sendiri ya!
T1 40sen pasti sampai sebelum BAJET 24 FEB
Hanya berbicara di waktu lapang
Harap maaf jika ada silap kata
Selamat Berehat
2023-02-08 22:01 | Report Abuse
Harga hari ni baru sampai sentuh supportnya 255 tutup 260 esok pasti hijau akan ding ding dong dong naik balik resistance berapa hari tak tahulah..... just wait and see
saya masih hold tak jual pun.
Relax je....just follow the trend play
Maaf ya kalau silap hanya cari makan buat nasi lemak lapar lama tak makan
Heng ah Ong ah Huat ah
2023-02-08 17:24 | Report Abuse
Dagangan telah selesai
Klci merah ke bawah di lihat kurang keyakinan pelabur dan banyak masih melihat dahulu sebelum kembali ke pasaran. Dan penjualan pengambilan untung sementara mencari Kaunter pilihan.
Walaupun begitu MRCB sudah selesai perseimbangan dan pencucian juga di lihat seakan selesai . Bermulalah pengumpulan dengan signal buy kali kedua bagi yang belum tetapi ingin membeli . ( Jangan tunggu lama lama harga akan naik lagi )
Bersabar kunci kejayaan
Hanya berbicara di waktu lapang
Harap maaf jika ada silap kata
2023-02-08 00:02 | Report Abuse
Klci menghadapi penjualan kuat mungkin sebahagiannya disebabkan berita gempar bumi turki dan LD myeg selain pengambilan untung dan fasa menunggu penawaran.
Esok kita harapkan ada pembelian kuat menaikkan kembali index Klci
Walaupun kita tahu harga akan turun sedikit bagi mengimbangi lebihan pembelian pembalikan dari resistance ke support sebelum adanya signal perubahan pembalikan.
Sama samalah kita menunggu rentak pergerakannya esok
Bersabar rezeki akan datang mencari kita
Hanya berbicara di waktu lapang
Harap maaf jika ada silap kata
2023-02-07 21:49 | Report Abuse
Haizz
kenapa turun sikit sangat haha
2023-02-07 12:48 | Report Abuse
Aiyoyo
Harga turun datanglah lalat.... apapun tetap berterima kasih pendapat anda
Penurunan memang sudah di jangka saya suka corak kenaikan secara perlahan dengan kenaikkan konsisten umpama tangga mendaki
Bagi pelabur boleh bersabar saya tetap bagi signal buy TP1 400 TP2 450 TP3 500
Keputusan tetap di tangan anda
Boleh beli kecil C82 020-025 selagi boleh dapat ( Keyakinan tinggi berani sahut )
Boleh beli WB 070-075 selagi boleh dapat ( Play safe )
Ada berani???
Good Luck
2023-02-06 13:20 | Report Abuse
Ha....sudah cukup bercuti panjang
Esok bermulalah sinar baru menuju ke arah impian yang kita harapkan
Terima kasih operator berusaha menaikkan harga cuba membuat perubahan trend bersama kita usahakan agar bersinar bersama melihat cahaya disebalik kegelapan
KLCI akan cuba melewati 1500 minggu ini dengan kembalinya pelabur selepas bercuti panjang ke pasaran sebelum cuba melepasi atas 1500 minggu depan
Oleh kerana lonjakan tinggi harga di mana pembelian melebihi penjualan terjadinya pembalikan berlakunya keseimbangan . Selepas habis pengimbangan harga akan mula naik , sama-samalah kita melihat rentak pasaran minggu ini .
Pendapat dan pandangan semua sangatlah di alukan
Good Luck
Hanya berbicara di waktu lapang
Harap maaf jika ada silap kata
Stock: [MRCB]: MALAYSIAN RESOURCES CORPORATION BERHAD
2023-03-03 21:43 | Report Abuse
Bro theyoungman
jangan campurkan saya dengan ah law sebab berbeza laluan , beliau lihat sejarah saya pula lihat masa depan . Saya tidak sakiti sesiapa atau mengata hanya memberi pandangan agar pelabur baru boleh lebih memahami MRCB bukanlah kaunter seburuk yang disangkakan hanya kerana tidak memahami dan takut lalu menjauhi tanpa tahu bila masa sesuai membeli bukannya bila dah melambung tinggi baru membelinya.
Walaupun bro tidak membeli MRCB tetapi membeli uems adalah sama sahaja hanya rentak berbeza . ok tq