Update

SCIB Umum Penstrukturan Semula di Peringkat Lembaga Pengarah

MHAB1990
Publish date: Wed, 28 Jun 2023, 10:51 PM

SCIB Umum Penstrukturan Semula di Peringkat Lembaga Pengarah

Syarikat telah melantik Abang Abdillah sebagai Pengerusi Eksekutif dan Marcus Chin Choon Wei sebagai Pengarah Eksekutif berkuat kuasa serta-merta pada EGM yang berlangsung hari ini

KUCHING (28 JUN 2023) – Pakar kejuruteraan awam Sarawak Consolidated Industries Berhad  ("SCIB" atau "Syarikat", Bursa: SCIB, 9237) hari ini mengumumkan pelantikan Abang Abdillah Izzarim bin Datuk Patinggi Tan Sri Abang Hj Abdul Rahman Zohari (“Abang Abdillah”) sebagai Pengerusi Eksekutif dan Marcus Chin Choon Wei (“Marcus Chin”) sebagai Pengarah Eksekutif.

Pengerusi Eksekutif SCIB Abang Abdillah Izzarim

Abang Abdillah Izzarim ialah Pengerusi PP Telecom dan pengarah untuk Cempaka Helicopter Corporation Sdn Bhd. Marcus Chin Choon Wei ialah Ketua Pegawai Kewangan Artroniq Berhad, serta Pengarah Eksekutif di APB Resources Berhad.

Pada masa yang sama, Syarikat juga mengumumkan pelantikan Encik Kang Wei Luen (“Encik Kang”), Dr. Dang Nguk Ling (“Dr. Dang”), dan Encik Liaw Way Gian (“Encik Liaw”) sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif, berkuat kuasa serta-merta.

Pengarah Ekeskutif SCIB Marcus Chin Choon Wei

 

Encik Liaw ialah Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif (“CEO”) Artroniq Berhad (“Artroniq”), manakala Encik Kang ialah Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Artroniq dan APB Resources Berhad. Dr. Dang Nguk Ling ialah Pengarah Bebas Bukan Eksekutif APB Resources Berhad di mana Encik Liaw juga berkhidmat sebagai Pengarah Eksekutif.

SCIB turut mengumumkan peletakan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan, Encik Rosland Bin Othman hari ini serta tiga Pengarah Bebas Bukan Eksekutif iaitu En. Noor Azri bin Azerai, En. Mohd Shakir bin Shahimi, dan En. Nuraiman bin Shaiful Annuar pada hari Isnin, 26 Jun.

Encik Ku ​​Chong Hong telah dilantik semula sebagai Pengarah Urusan, manakala En. Shamsul Anuar Bin Ahamad Ibrahim telah dilantik semula sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif berkuat kuasa serta-merta.

Pengarah Urusan SCIB Ku Chong Hong

Encik Ku Chong Hong, Pengarah Urusan yang baharu berkata, “Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Lembaga Pengarah SCIB di atas pelantikan ini, dan saya juga megalu-alukan kedatangan kepada Abang Abdillah sebagai pengerusi eksekutif kami yang baru dilantik. Saya juga ingin mengalu-alukan En. Marcus ke Lembaga Pengarah (“BoD”) bersama-sama dengan En. Kang, Dr. Dang dan En. Liaw. Kini, bersama Pengarah Bebas Bukan Eksekutif kami yang baru dilantik Cik Toh Beng Suan, sumbangan dan nasihat mereka akan membantu membawa Syarikat ke tahap kejayaan baharu. Saya berharap dapat bekerja rapat dengan mereka kerana SCIB pastinya akan dapat memanfaatkan pengalaman dan kepakaran mereka.”

"Kami juga ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada En. Rosland bin Othman atas dedikasinya selama bertahun-tahun terhadap SCIB, dan kepada En. Noor Azri bin Noor Azerai, En. Mohd Shakir bin Shahimi dan En. Nuraiman bin Shaiful Annuar dan terima kasih atas bimbingan dan nasihat mereka sepanjang menjadi pengarah SCIB."

SCIB telah memanfaatkan kepakarannya sebagai kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (“EPCC”) untuk mencari peluang dalam projek bersaiz kecil hingga sederhana di kawasan luar bandar di seluruh Malaysia. Anak syarikat milik penuh Syarikat, SCIB Industrialised Building System Sdn Bhd (“SCIBIBS”), awal tahun ini telah dianugerahkan dua projek sekolah, subkontrak EPCC bernilai RM16.8 juta untuk pembinaan Sekolah Kebangsaan Tambay, di Kota Samarahan dan pembinaan semula sekolah Daif di Serian bernilai RM20.65 juta, kedua-duanya di Sarawak.

Pada akhir 3QFY2023, buku pesanan SCIB berada pada nilai kontrak terkumpul sebanyak RM495.3 juta.


Discussions
Be the first to like this. Showing 0 of 0 comments

Post a Comment