Oil and Gas Malaysia News

Juruaudit patut berkomunikasi, bukan 'semberono' lapor

acinanatucer
Publish date: Fri, 25 Jun 2021, 04:06 PM
Serba Dinamik Holdings Bhd, yang harga sahamnya jatuh ke paras 46.5 sen pagi ini, mengulangi pendirian bahawa bekas juruaudit luarnya KPMG PLT sebenarnya telah melakukan pelanggaran kontrak.
Malah, syarikat itu menegaskan KPMG seharusnya menyampaikan keraguan profesionalnya kepada pelanggan dan bukan melaporkannya terlebih dahulu kepada pengawal selia.
Sebagai reaksi kepada kenyataan media yang dikeluarkan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Bursa Malaysia, firma minyak dan gas itu turut menyatakan bahawa KPMG telah mengeluarkan teguran mengenai isu audit kumpulan dengan cara yang tidak wajar.

 

Discussions
Be the first to like this. Showing 0 of 0 comments

Post a Comment