sahamku

Masa yang teruja akan berlaku terhadap G NEPTUNE Berhad (GNB)

dessmond1
Publish date: Sat, 03 Sep 2022, 11:58 AM

Masa yang teruja akan berlaku terhadap G NEPTUNE Berhad (GNB)

GNB telah mengumumkan 2 kenyataan yang penting kepada para pelabur pada 1 September 2022:

1. PRACTICE NOTE 17 / GUIDANCE NOTE 3 : PENGUMUMAN BULANAN

Kita merujuk kepada semua pengumuman GN3 yang dibuat oleh GNB sebelum ini serta pengumuman yang dibuat pada 16 Januari 2020, 30 Januari 2020, 15 Oktober 2020, 4 Disember 2020, 31 Disember 2020, 12 April 2021, 30 Jun 2020, 30 Jun 2021, 9 Julai 2021 8 September 2021, 26 Januari 2022, 18 Mei 2022, 23 Mei 2022, 8 Julai 2022, 12 Julai 2022, 28 Julai 2022, 8 Ogos 2022, 12 Ogos 2022, 19 Ogos 2022, 22 Ogos 2022 dan 1 September 2022 selaras dengan Cadangan Pelan Regularisasi (“Pengumuman”). Melainkan ditakrifkan sebaliknya, takrifan yang dinyatakan dalam Pengumuman hendaklah digunakan di sini.

GNB telah memaparkan kenyataan kepada pemegang saham pada 22 Ogos 2022. Cadangan Pelan Regularisasi dan Cadangan Pertukaran Nama dan Mesyuarat Agung Luar Biasa berkenaan dengan cadangan tersebut dijadualkan diadakan pada 13 September 2022.

Pada 1 September 2022 pula, Kenaga IB sebagai perwakilan pihak Lembaga GNB mengisytiharkan bahawa Majlis Penasihat Syariah SC telah mengklasifikasikan sekuriti GNB sebagai syarikat patuh Syariah atau Shariah-compliant berdasarkan penyata kewangan daripada Southern Score yang telah diaudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021. Klasifikasi sekuriti GNB tersebut diluluskan oleh Majlis Penasihat Syariah SC melalui surat yang bertarikh 30 Ogos 2022.

G NEPTUNE BHD akan memaparkan pengumuman lanjut apabila ia mempunyai pembangunan material seiring dengan Cadangan Pelan Regularisasi.

2. PRACTICE NOTE 17 / GUIDANCE NOTE 3: PELAN REGULARISASI

Kita merujuk kepada pengumuman GNB yang bertarikh 9 Julai 2021, 8 September 2021, 26 Januari 2022, 18 Mei 2022, 23 Mei 2022, 8 Julai 2022, 12 Julai 2022, 28 Julai 2022, 28 Julai 2022, 12 Ogos 2022, 19 Ogos 2022 dan 22 Ogos 2022 berkaitan dengan Cadangan Pelan Regularisasi (“Pengumuman”). Melainkan ditakrifkan sebaliknya, takrifan yang dinyatakan dalam Pengumuman hendaklah digunakan di sini.

Kenaga IB sebagai perwakilan pihak Lembaga GNB ingin mengumumkan bahawa Majlis Penasihat Syariah SC telah mengklasifikasikan sekuriti GNB sebagai syarikat patuh Syariah (“Shariah-compliant Status”) berdasarkan penyata kewangan daripada Southern Score yang telah diaudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021. Klasifikasi sekuriti GNB tersebut diluluskan oleh Majlis Penasihat Syariah SC melalui surat yang bertarikh 30 Ogos 2022.

“Shariah-compliant Status” diluluskan untuk mencapai Cadangan Pelan Regularisasi dan status tersebut akan disahkan sehingga semakan lanjut dilaksanakan oleh Majlis Penasihat Syariah SC berdasarkan penyata kewangan yang diaudit terkini.

Berdasarkan pengumuman yang dinyatakan oleh GNB, kami yakin terhadap pengesahkan pemegang saham akan diluluskan pada 13 September 2022 dan GNB akan ditukar kepada syarikat Shariah-compliant. Untuk pengetahuan, syarikat patuh Syariah mempunyai kelayakan dan keizinan untuk dilaburkan oleh pelabur peringkat institusi.

Gambar di bawah menunjukkan 79% daripada sekuriti yang disenaraikan di Bursa Malaysia adalah Shariah-compliant menurut laporan Suruhanjaya Sekuriti pada November 2021:



Sebagai pelabur yang mempunyai keyakinan yang kukuh terhadap syarikat yang memenuhi undang-undang Syariah, saya berasa bangga untuk berkongsi informasi yang teruja bahawa GNB akan menjadi sebuah syarikat yang sangat berbaloi melabur kepada semua pelabur terutamanya pelabur Bumi.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari https://cutt.ly/8CsDzFH untuk memahami cara-cara memohon penempatan MITI untuk GNB. Jangan lepaskan perluang untuk mendaftar sementara harga masih diiktiraf rendah dan murah.

Sila nantikan dan pasti ada berita yang teruja akan berlaku terhadap G NEPTUNE BHD pada masa yang akan datang!

#GNB

Related Stocks
Market Buzz
Discussions
1 person likes this. Showing 0 of 0 comments

Post a Comment