I am not paying

Selepas mungkir janji, BN takut “digulingkan”

sulaimanab1955
Publish date: Fri, 27 Dec 2013, 03:01 PM

Tahun 2014 sudah pastinya bukan berita gembira bagi majoriti rakyat Malaysia berpendapatan rendah kerana kenaikan kos sara hidup yang bakal mereka hadapi.

Semasa berkempen menjelang Pilihan Raya 2013 lalu, Barisan Nasional melalui “Manifesto: Menepati Janji, Membawa Harapan” memberikan pelbagai janji indah seperti mengurangkan kos sara hidup.

Di antaranya adalah penurunan harga kereta secara berperingkat, menyediakan sejuta rumah mampu milik, pendidikan lebih baik, pembangunan luar bandar secara agresif dan keselamatan awam.

Akan tetapi selepas pilihan raya 5 Mei, apa yang rakyat dapat?

Bermula September lalu, subsidi minyak dan gula dipotong, menyebabkan kenaikan harga kedua-dua bahan berkenaan.

Perlu diingat, kenaikan harga minyak dan gula mempunyai kesan berantai kepada barangan lain. Dalam erti kata lain, janji kerajaan harga barang lain tidak akan naik selepas subsidi minyak dan gula dipotong tidak boleh digunapakai.

Tidak cukup dengan itu kerajaan mengumumkan tarif elektrik dinaikkan sebanyak 15% dan cadangan kenaikan harga tol juga pada 2014.

Dalam Bajet 2014 yang diumumkan pada Oktober, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bermula pada kadar 6% yang akan berkuatkuasa pada April 2015.

Ertinya, selepas tamat 2014 juga, kehadiran 2015 belum tentu memberikan kebahagian kepada majoriti rakyat Malaysia dengan pengenalan GST.

Tindakan “ganas” pentadbiran Najib dalam memotong subsidi dan menaikkan harga barang dan perkhidmatan yang menjadi keperluan asas turut membimbangkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar).

“Kita faham kerajaan memerlukan lebih wang tetapi itu tidak bermakna peningkatan seperti yang diumumkan.

“Adalah lebih baik mengurangkan kos, mengekalkan atau mengurangkan harga. Perkara sama boleh dilakukan kerajaan,” katanya dalam tulisan di blog Che Det semalam.

Menurut Dr Mahathir, banyak dapat dijimatkan jika kerajaan serius bertindak terhadap Laporan Ketua Audit Negara 2012 mengenai ketirisan  dan pembaziran kerajaan.

“Kerajaan biasanya melakukan pembaziran kerana tidak memikirkan pulangan dalam apa juga bentuk perbelanjaan. Jika kerajaan berhasrat mengurangkan kos urus tadbir, mereka boleh melakukannya,” katanya.

Dr Mahathir menulis menggunakan hujah yang sering dipakai pemimpin pembangkang.

Sebagai orang yang sudah memerintah Malaysia selama 22 tahun dan mengikuti perkembangan sejarah negara-negara jiran seperti Indonesia dan Filipina, Dr Mahathir sudah tentunya bimbang dengan tindakan pentadbiran Najib.

Dr Mahathir menyaksikan bagaimana rakan-rakan baiknya seperti Ferdinand Marcos dari Filipina dan Jeneral Muhammad Soeharto dari Indonesia digulingkan melalui demonstrasi jalanan selepas gagal mensejahterakan hidup rakyat.

Sudah pasti hujah Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hassan Malek mengatakan kenaikan kos sara hidup merupakan masalah kecil tidak dibeli bekas perdana menteri itu.

Maka tidak hairanlah Putrajaya juga dilihat begitu takut sekali dengan perhimpunan pada malam ambang Tahun Baru 2014 yang dikatakan berniat untuk menggulingkan kerajaan.

Semalam polis menahan pemilik akaun Facebook yang beroperasi dengan nama Asmaelz Hadzeny II yang diburu sejak minggu lepas kerana menghasut orang ramai menyertai perhimpunan dikatakan untuk menggulingkan kerajaan pada 31 Disember ini.

Sebelum itu polis menahan pengerusi Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) Azan Safar selepas seorang pengguna Facebook memberikan komen mengatakan akan berlaku rusuhan pada malam ambang Tahun Baru.

Selepas memungkiri janji, Putrajaya kelihatan begitu takut sekali dengan kemarahan orang ramai di atas tindakan mereka itu.

Yang hairannya, yang ditahan adalah orang yang marah kerana janji dimungkiri dan bukan yang memungkiri janji.

 

 

 

 

 

 

 

Discussions
1 person likes this. Showing 8 of 8 comments

ahtan

demi negara........... talk east talk west ...talk cock

2013-12-27 21:41

Ariffong

Hei sulaimanab 1955,kita semua duduk dalam neraga yg aman ,apa sebab nak buat rusuhan,kerajan selangor naik lesen 400 percent mulut you tutup sahaja.my view is semua barang mesti nak dah lama.gaji pun naik,cost brang pun naik .kita tak boleh harap subsidi sahaja berapa lama kita nak free .fikir dulu sebelum cakap .GTS mesti dilasakan. Where as other countries like indonesia singapore,thailand dan negara asia pun sudah jalankan GTS.kita nak tinggalkan.face the reality.they have the mandate so wait for pru 14, why must cost havoc to a peaceful country like malaysia.if you dont like it here than dont stay here!you try gulingkan negara ini infront of me seewhat you get .

2013-12-27 23:11

alenac

Nasi dah jadi bubur? Rakyat pilih kerajaan yang cita2 "high income economy" tapi yang rakyat terima "high inflation economy".

2013-12-27 23:20

liong888

ariffong u sudah cakap byk lah ya gaji naik besar cuma pekerja gorment u cakap apa lan ji

2013-12-28 13:48

esegaban

Bukan gts tapi gst.....semoga kerajaan naik kan lagi harga barang....baru lah aman...

2013-12-28 13:54

Ariffong

Face factsh lliong888,i dont have any pay my income come from the market,you understand the market,you know about the stock market,why you guys talk about pollitic.our goals is to make money.why getcarry away by this political issue.do they help us to make money!,,,,,.....???

2013-12-28 14:05

Ariffong

Esegaban,lately saya tukar tyres they charge me 6 percent.before they 10percent sales tax and 5 percent service charges.which is cheaper..alenac buy what you need.if the resturant charge you expensive dont eat there pergi tempat lain .For you ikan bilis mind your words dont talk cock and thing like an ant

2013-12-28 14:18

alenac

6% is for labor charge to change tyre and 10% is charged by the manufacturer for the tyres you purchased. The said tax has been there for years wake up. Now GST is different. The scope is wider. If you buy a shoplot or premise deemed commercial to stay, besides RPGT you will pay 6% on sales price. Therefore say if you sell your commercial property the price is RM1.5 mill@6% plus gains or profit from the sales, the % depending on your holding period. Bread and cakes are also proposed to be subject to GST at the moment.

2013-12-28 15:33

Post a Comment