Auto Pulse

BMW Malaysia umum harga rasmi bagi BMW 750e xDrive M Sport baharu.

newsroom
Publish date: Fri, 03 Nov 2023, 01:05 PM
newsroom
0 581
Latest news about automotives

Kenyataan Media

2 November 2023

BMW Malaysia umum harga rasmi bagi BMW 750e xDrive M Sport baharu.

Kuala Lumpur, 2 November 2023 – BMW Malaysia mengumumkan harga rasmi bagi BMW 750e xDrive M Sport baharu, kini disediakan di semua pusat pengedaran BMW bertauliah seluruh negara. Sedan hibrid ‘plug-in’ ultra mewah ini baru sahaja dirungkaikan bersama dengan variannya yang dinamakan Pure Excellence pada bulan Mei tahun ini, ia hadir dengan ambien bersofistikasi tinggi, turut disempurnakan dengan elemen-elemen keselesaan dan pemanduan yang amat mengagumkan.

Dengan pelan pembiayaan ‘Straight Line’ yang ditawarkan oleh BMW Group Financial Services Malaysia, BMW 750e xDrive M Sport baharu boleh dimiliki menerusi pelan ansuran bulanan yang bermula daripada RM8,102.00 (berdasarkan anggaran pinjaman sebanyak 80% bagi tempoh tujuh tahun).

Pemilik jentera BMW 750e xDrive M Sport baharu juga dapat menikmati Pengalaman Pemilikan Premium yang dijanjikan oleh BMW Group Malaysia, ia meliputi:

·         Waranti Tanpa Had Perbatuan 5 Tahun berserta Program Servis Berjadual Percuma oleh BMW

·         Bantuan Tepi Jalan dan Talian Kemalangan oleh BMW

·         Servis Dalam Talian BMW

Harga runcit bagi BMW 750e xDrive M Sport baharu dengan Pakej Servis dan Waranti Lanjutan 5 Tahun, termasuk Cukai Jualan dan Perkhidmatan (atas jalan, tanpa insurans) ialah:

BMW 750e xDrive M Sport Baharu -  RM 699,800.00

Para pelanggan boleh menghubungi wakil pengedar BMW bertauliah pilihan masing-masing atau melayari shop.bmw.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai BMW 750e xDrive M Sport baharu.

2 Nov 2023
BMW Group

More articles on Auto Pulse
大马BMW在PACE 2023呈献极致豪华电动车首创纯电BMW i5 eDrive40

Created by newsroom | Nov 04, 2023

大马BMW推出了极致豪华与创新的首创纯电BMW i5 eDrive40,进而在2023年优质汽车护理展(PACE)写下了电动行车全新标准。

BMW Malaysia persembahkan Kemewahan Elektrik yang Terunggul, BMW i5 eDrive40 yang sulung di PACE 2023

Created by newsroom | Nov 04, 2023

BMW Malaysia merungkai sebuah kemuncak dalam inovasi dan kemewahan, iaitu jentera elektrik tulen BMW i5 eDrive40 yang baharu dan akan menolak ukur industri dalam arena Mobiliti Elektrik...

BMW Malaysia presents the Ultimate in Electric Luxury, the First-Ever All-Electric BMW i5 eDrive40 at PACE 2023.

Created by newsroom | Nov 03, 2023

BMW Malaysia unveils a pinnacle of luxury and innovation, the First-Ever All-Electric BMW i5 eDrive40, setting new standards in Electric Mobility at the Premium Auto Care Expo (PACE) 2023.

Discussions
Be the first to like this. Showing 0 of 0 comments

Post a Comment