Auto Pulse

BMW Malaysia persembahkan Kemewahan Elektrik yang Terunggul, BMW i5 eDrive40 yang sulung di PACE 2023

newsroom
Publish date: Sat, 04 Nov 2023, 10:04 AM
newsroom
0 581
Latest news about automotives

BMW Malaysia persembahkan Kemewahan Elektrik yang Terunggul, BMW i5 eDrive40 yang sulung di PACE 2023.

BMW Malaysia merungkai sebuah kemuncak dalam inovasi dan kemewahan, iaitu jentera elektrik tulen BMW i5 eDrive40 yang baharu dan akan menolak ukur industri dalam arena Mobiliti Elektrik di acara Premium Auto Care Expo (PACE) 2023.

Kuala Lumpur, 4 November 2023 – BMW Malaysia hari ini telah mempersembahkan sebuah era baharu dalam arena Mobiliti Elektrik dengan jentera elektrik tulen BMW i5 eDrive40 yang sulung di Premium Auto Care Expo (PACE) 2023. Langkah tersebut bakal menyimpulkan tahun ini dengan penuh gilang, menekankan komitmen BMW ke atas Mobiliti Elektrik menerusi usaha berterusannya untuk memperkayakan lagi portfolio kenderaan BMW i, dan memacu jenama ini lebih jauh ke arah alaf elektrik yang didambakan.

Hans de Visser, Pengarah Urusan di BMW Group Malaysia menyatakan, “BMW Malaysia teruja untuk memperkenalkan BMW i5 eDrive40 baharu, yang dilihat sebagai satu anjakan yang besar dalam dunia Mobiliti Elektrik. Perungkaian jentera ini turut berjajaran dengan ulang tahun kita yang ke-20 dalam komitmen organisasi ini untuk menunaikan janji ‘Sheer Driving Pleasure’, di samping membuktikan kejayaan kita sebagai pengeluar Kenderaan Elektrik (EV) Premium Nombor Satu di Malaysia, dengan bilangan penyerahan yang menjangkau 1,600 unit melibatkan jenama BMW, MINI dan BMW Motorrad pada tahun ini. Dengan membentuk usaha sama bersama para penggiat industri, BMW Malaysia kekal komited dalam misinya untuk mencorak alaf mobiliti masa hadapan di Malaysia. Hari ini, kita meraikan detik bersejarah ini sebagai bukti kepada dedikasi BMW Malaysia untuk memacu usaha pengelektrifikasian ke hadapan di negara ini. Dengan perungkaian jentera elektrik tulen BMW i5 eDrive40 yang baharu, kita bukan sahaja sedang meluaskan portfolio kenderaan BMW i, tapi juga memperkenalkan inovasi-inovasi baharu yang akan menginjak kita lebih dekat ke arah alaf elektrik yang lebih lestari untuk semua.”

BMW i5 eDrive40 akan menjadi ahli baharu dalam portfolio BMW 5 Series yang terkenal, membuka satu lembaran kecemerlangan yang baharu dalam dunia automotif. Kenderaan rintis ini bukan sahaja melambangkan aspek kemewahan yang tiada bandingannya, tapi turut memberi nafas baharu kepada inovasi canggih serta bahasa rekaan dalam famili kenderaan BMW i; menyulam unsur sofistikasi, inovasi dan reka bentuk yang memahat satu tanda aras yang lebih tinggi.

BMW i5 eDrive40 baharu menarik perhatian dengan prestasi kuasa yang luar biasa, mampu menjana output maksimum sebanyak 250kW / 340kk. Dengan jarak operasi elektrik sejauh 582 kilometer (WLTP), daya upaya elektriknya boleh ditingkatkan lagi dengan fungsi Max Range yang inovatif, ia menaikkan efisiensi sebanyak 25 peratus melalui penyahaktifan fungsi keselesaan dan dengan menyesuaikan had kuasa dan kelajuan. Bukan itu sahaja, BMW i5 eDrive40 baharu mempunyai puncak tork bernilai 430Nm dalam mod Sport Boost, memacunya dari kelajuan 0 hingga 100 km/j dalam masa 6.0 saat sahaja, serta mampu mencatat kelajuan tertinggi mencecah 193km/j. Setiap perjalanan bersama BMW i5 eDrive40 baharu juga dapat memberi kepuasan kepada pengguna dari sudut auditori, disumbang oleh sistem Iconic Sounds Electric yang dirumus oleh penggubah muzik tersohor, Hans Zimmer, ia membekalkan maklum balas bunyi yang autentik serta mengadaptasi mengikut tetapan My Mode yang dipilih – menambah dimensi yang lebih imersif dalam setiap pergerakan kenderaan tersebut.

Menunjangi BMW i5 eDrive40 baharu ialah bateri voltan tinggi yang terletak di segmen bawah kenderaan tersebut, yang mempunyai kapasiti setinggi 83.9kWh, menjadi asas kepada jarak operasi sedan premium ini yang benar-benar mengagumkan. Keefisienan bateri berkenaan turut ditambah baik dengan rekuperasi adaptif serta penggunaan teknologi pam haba serba pintar.

Jentera elektrik tulen BMW i5 eDrive40 yang baharu ini hadir dengan pelbagai keupayaan pengecasan yang hebat, ia menawarkan opsyen pengecasan DC berkuasa tinggi yang mampu mencapai 205kW dan 500A untuk membolehkan pengecasan pantas dibuat sehingga 80% kapasiti dalam masa 34 minit sahaja. Apabila dipasangkan dengan 11kW AC Wallbox Charger, BMW i5 eDrive40 baharu dapat dicas sehingga 100% hanya dalam masa 8 jam 15 minit, menawarkan sebuah pengalaman pengecasan yang mudah lagi versatil buat para pengguna. Sebagai pengeluar EV premium di Malaysia, BMW Malaysia terus mengepalai usaha memajukan ekosistem EV – komitmen organisasi ini diperkukuhkan dengan meluaskan rangkaian pengecasannya yang menjangkau lebih 1,000 stesen pengecasan di seluruh negara, justeru melapangkan dada pengguna yang sebelum ini mungkin khuatir tentang jarak operasi kenderaan mereka. Kolaborasi strategik bersama para penggiat industri seperti Gentari, Leader EV, dan Handal DC mencerminkan komitmen BMW Malaysia untuk mewujudkan sebuah rangkaian komprehensif yang memastikan pemilik kenderaan BMW dapat menikmati pengalaman pemilikan EV premium yang lancar dan cemerlang, tidak kira di mana jua mereka berada.

BMW i5 eDrive40 baharu hadir dengan ciri-ciri yang paling unik, dengan jalur LED vertikal yang menghiasi lampu hadapan – menzahirkan satu identiti yang benar-benar memukau pada waktu siang dan juga malam. Komponen gril “kidney” yang memetik inspirasi daripada rekaan “Sharknose” yang ikonik serta garisan kontur BMW Iconic Glow juga membuat jentera ini mencuri perhatian melalui penampilan eksteriornya. Turut menaik taraf estetika sedan premium ini ialah Garisan Bayang (Shadow Line) M berglos tinggi, memberi satu sentuhan yang menarik pada BMW i5 eDrive40 baharu.

Hadir dengan set roda 954 aerodinamik BMW Individual bersaiz 21 inci dalam bentuk Bicolour Jet Black dengan tayar bercampur, ia menyempurnakan watak berkarisma jentera ini. Lengkok Hofmeister serba klasik yang sinonim dengan BMW 5 Series dilihat mengunjur secara halus ke seksyen belakang, memberi sedan premium ini sebuah iras coupé yang benar-benar menawan. Lampu hadapan LED adaptif serta lampu LED di belakang yang tampak langsing merupakan satu konsep rekaan yang unik, mencerminkan gaya yang lebih segar dan kontemporari bagi jentera BMW 5 Series yang klasik ini. Dari segi dimensi, BMW i5 eDrive40 baharu berukuran panjang 5,060mm, lebar 1,900mm dan tinggi 1,515mm, manakala jarak rodanya (wheelbase) pula berukuran 2,995mm. Berbanding model terdahulu, ia merupakan peningkatan sebanyak 97mm dalam ukuran panjang, 32mm dalam ukuran lebar, 36mm dalam ukuran tinggi, dan 20mm bagi jarak roda. Untuk ruang muatan pula, BMW i5 eDrive40 baharu menawarkan kapasiti seluas 490 liter.

Bagi mereka yang lebih berperwatakan sporty, Pakej M Sport memperkayakan lagi tarikan dinamik BMW i5 eDrive40 baharu dengan apron hadapan berciri aerodinamik, skirt sisi yang tampak garang, serta apron belakang dengan komponen peresap yang menawan. Adoptive Suspension Pro turut menaik taraf prestasi roda dengan mengintegrasikan penyerap hentak yang dikawal secara elektronik, lengkap dengan tetapan Comfort dan Sports – yang membekalkan dua sistem pemetaan yang berlainan untuk pilihan pemandu. Di dalam, sebuah stereng inovatif dengan dasar yang mendatar dapat dilihat di ruang kabin, pertama kali dibawakan oleh ahli famili BMW 5 Series. Stering Aktif Integral, menampilkan 4 sistem stering, menambah baik aspek kebolehgerakan dan kelincahan pada kelajuan sederhana, dengan bulatan membelok yang direndahkan sebanyak lebih 0.6 meter kepada 11.7 meter – meningkatkan keyakinan pemandu semasa menukar laluan atau membelok pada kelajuan tinggi.

Kemewahan moden yang menitikberatkan aspek keselesaan dan keterhubungan.

BMW i5 eDrive40 baharu menampilkan BMW Operating System 8.5, yang hadir dengan pelbagai inovasi digital yang unik, seperti BMW Intelligent Personal Assistant, BMW Maps dan Digital Key Plus dengan teknologi radio Ultra Wideband (UWB) yang telah dioptimumkan tahap sekuritinya – menjadikan penggunaan lebih selamat lagi mudah melalui telefon-telefon pintar yang serasi dengannya.

Untuk menjadikan perjalanan para pengguna lebih imersif, BMW i5 eDrive40 didatangkan dengan bumbung kaca Panorama yang terbentang luas di atas dan membawakan konsep ruang udara terbuka bagi mengisi interior dengan cahaya natural, membuat kenderaan ini tampak lebih luas selain memberi peluang kepada penumpang untuk menatap langit di atas. Bukan itu sahaja, kamera interior turut dipasang di bahagian bumbung untuk membolehkan pengguna mengambil gambar bersama ahli keluarga atau rakan mereka, yang kemudiannya boleh dipindahkan serta dilihat di peranti lain melalui kod QR yang terjana pada skrin paparan kawalan. Pemilik juga boleh mengakses aplikasi My BMW untuk melihat rakaman daripada kamera interior berkenaan melalui telefon pintar mereka, di samping rakaman antikecurian yang akan diaktifkan secara automatik melalui teknologi yang sama sebagai langkah sekuriti.

Bahasa rekaan mewah dapat dilihat dari depan hingga ke belakang, dan BMW Curved Display menjadi tumpuan yang utama, ia digandingkan dengan panel instrumen 12.3 inci serta Paparan Kawalan sentuh 14.9 inci – merangkumi kemudahan interaksi serba intuitif dan komunikasi dalam bentuk 100% digital melalui bahasa natural dan operasi sentuhan. BMW Interaction Bar, yang diperkenalkan buat pertama kali di dalam BMW i7, dilihat melandai merentasi papan pemuka yang turut mempunyai pencahayaan ambien, dan dengan hujung jari sahaja, pemandu boleh mengawal operasi penyaman udara serta fungsi-fungsi yang lain. Interior BMW i5 eDrive40 baharu turut memperlihatkan kaca Crafted Clarity dengan elemen-elemen berbentuk kristal, sementara aksen Dark Silver M bersama Aluminium Rhombicle menambah sentuhan yang bersofistikasi tinggi. Kemudahan pengecasan tanpa wayar disediakan melalui talam pengecas, manakala iDrive Controller dan elemen-elemen konsol sentral yang telah diperbaharui menaik taraf aspek teknologinya sementara ia masih mengekalkan pelbagai karakteristik yang bersifat mesra pengguna. Dari sudut hiburan, jentera ini didatangkan dengan sistem bunyi keliling Bowers & Wilkins, berserta 18 pembesar suara dan output amplifier berjumlah 655 watt. Ia membekalkan sebuah pengalaman akustik yang mengagumkan, penumpang dapat mengalami bunyi yang jelas dan berkualiti tinggi dari setiap sudut.

Jentera elektrik tulen BMW i5 eDrive40 yang baharu juga dilengkapi dengan aneka teknologi keselamatan dan sistem bantuan pemandu yang canggih, dirumus untuk memperkayakan pengalaman pengguna. Diperkenalkan buat julung kali dalam portfolio BMW 5 Series ialah Proactive Care, sebuah sistem perkhidmatan pelanggan serba baharu yang luar biasa, kini diintegrasikan ke dalam BMW i5 eDrive40. Proactive Care menaik taraf pengalaman pemilikan BMW dengan membekalkan pelbagai perkhidmatan, ia termasuk Servis Berasaskan Kondisi (CBS), Bantuan Kemalangan (A-Call), Diagnosis Secara Langsung, dan Diagnosis Tayar Digital, disesuaikan mengikut keperluan pengguna. Sistem yang inovatif ini mewujudkan satu bentuk komunikasi secara terus dengan pengguna dan menawarkan pelbagai solusi melalui saluran-saluran yang paling efisien berdasarkan situasi pengguna, menjamin pengalaman yang lancar. Jika khidmat segera diperlukan semasa perjalanan, sistem tersebut akan menggera lalu membimbing pemandu ke pusat pengedaran BMW yang terdekat.

Menyempurnakan sistem Proactive Care tersebut ialah Driving Assistant Professional yang didatangkan secara standard, di samping aneka teknologi keselamatan dan bantuan yang dirumus untuk memudahkan pemandu dalam perjalanan panjang mahupun dalam kawasan trafik yang padat; ia termasuk Kawalan Jarak dengan fungsi Henti dan Mula, serta Bantuan Stering dan Kawalan Laluan untuk kemudahan pemanduan yang optimum. Fungsi-fungsi lain yang didatangkan secara standard meliputi Bantuan Had Kelajuan automatik, kawalan laluan dan panduan navigasi aktif, Perlindungan Perlanggaran Sisi, Amaran Keutamaan Jalan dan Amaran Laluan Salah, serta Amaran Rentasan Trafik dengan fungsi pembrekan.

Bahasa rekaan yang mewah dapat dilihat di ruang kabin yang hadir dengan opsyen upholsteri seperti Leather Merino Black yang unik dan Leather Merino Copper Brown, bersama kerusi sport serba baharu yang didatangkan secara standard. Tawaran warna-warna eksterior yang standard bagi BMW i5 eDrive40 baharu meliputi Black Sapphire Metallic, Mineral White Metallic, Brooklyn Grey Metallic, dan Phytonic Blue Metallic.

Program pembiayaan dinamik.

Dengan Pelan Pembiayaan ‘Easy Drive’ daripada BMW Group Financial Services Malaysia, BMW i5 eDrive40 baharu boleh dimiliki menerusi pelan ansuran bulanan yang bermula daripada RM 4,855.00 (berdasarkan pelan Easy Drive bertempoh 5 tahun dengan aras perbatuan 100,000 km pada nilai pinjaman sebanyak 80%). Bukan itu sahaja, para pelanggan juga boleh menikmati Rebat Tunai Easy Drive sebanyak RM10,000 dengan membuat pendaftaran bagi Pembiayaan Easy Drive tersebut, menjadikan pelan ansuran bulanan pelanggan bermula daripada RM 4,677.00.

Pengalaman pemilikan premium yang menyeluruh.

Para pemilik jentera elektrik tulen BMW i5 eDrive40 yang baharu juga dapat menikmati Pengalaman Pemilikan Premium yang dijanjikan oleh BMW Group Malaysia, ia meliputi:

  • Waranti Tanpa Had Perbatuan Bertempoh 5 Tahun oleh BMW serta Program Servis Berjadual Percuma
  • Waranti Bateri BMW 8 Tahun / 160,000 km (mana-mana yang dipenuhi dahulu)
  • Bantuan Tepi Jalan dan Talian Kemalangan oleh BMW
  • Servis Dalam Talian BMW

Untuk maklumat lanjut mengenai jentera elektrik tulen BMW i5 eDrive40 yang baharu, sila layari laman sesawang iniatau hubungi pusat pengedaran BMW bertauliah pilihan anda.

More articles on Auto Pulse
大马BMW在PACE 2023呈献极致豪华电动车首创纯电BMW i5 eDrive40

Created by newsroom | Nov 04, 2023

大马BMW推出了极致豪华与创新的首创纯电BMW i5 eDrive40,进而在2023年优质汽车护理展(PACE)写下了电动行车全新标准。

BMW Malaysia presents the Ultimate in Electric Luxury, the First-Ever All-Electric BMW i5 eDrive40 at PACE 2023.

Created by newsroom | Nov 03, 2023

BMW Malaysia unveils a pinnacle of luxury and innovation, the First-Ever All-Electric BMW i5 eDrive40, setting new standards in Electric Mobility at the Premium Auto Care Expo (PACE) 2023.

Discussions
Be the first to like this. Showing 0 of 0 comments

Post a Comment