#Gamestop kebelakangan ini saham Gamestop amat panas di pasaran Amerika, harga dari 10$ hingga kini 325$ kenaikan melebihi 3200%. pertarungan antara Retailer vs Fund Companies. telah mencatat sejarah dalam saham US.
Selepas membuat kajian lebih dalam mengenai pertarungan ini mungkin akan mencetus krisis ekonomi di Amarika, berikut merupakan senario yang mungkin akan berlaku :
GME harga saham tolak ke 700$ - 800$ Fund companies kehabisan duit dalam akaun dan terpaksa menjual saham yang lain untuk membayar balik kerugian dalam GME ianya akan terus membabitkan sham di dalam pasaran, kerugian ini kebesaran akan mencetus (fund companies) muflis.
Retail investor pada tahap ini mungkin ada segelintir pelabur tidak dapat menahan tekana pada pasaran dan mula mengambil untung (Take profit), bila harga saham mula mengoyah dari sudut psikologi golongan pelabur akan mula menjual, harga saham akan mula jatuh mendadak, maka Fund companies akan mendapat keuntungan dan mencapai kenemangan tersebut.
Berikut hanya pandangan saya, bagaimana pula pandangan anda?
Mungkinkah ia akan terpengaruh saham tempatan kami?
Pada masa sekarang jikalau saham yang ada pada tangan anda, mungkin masa untuk merancang pada senario terbaik dan terburuk.