Keputusan yang diambil Serba Dinamik Holdings Bhd. melantik firma terkemuka, Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn. Bhd. bagi menyelesaikan pertikaian auditnya yang sudah berlarutan selama 3 minggu dilihat tepat pada masanya dalam usaha syarikat itu mengembalikan keyakinan pelabur.
Selain itu, pemerhati pasaran juga berpendapat, keputusan melantik tiga pengarah bebas bukan eksekutif baharu, dilihat sebagai tindakan proaktif bagi memastikan isu berkenaan dapat diselesaikan dengan telus.
Ketua Pegawai Eksekutif Badan Pengawas Pemegang Saham Minoriti (MSWG), Devanesan Evanson berkata, lembaga pengarah mengetahui dengan lebih mendalam sejauh mana keupayaan, kecekapan, kebebasan dan kemampuan anggotanya, justeru, mereka berada dalam kedudukan terbaik untuk membuat keputusan bagi syarikat.
Namun, katanya, Serba Dinamik berhak mendapatkan pendapat kedua berhubung isu yang dibangkitkan juruauditnya, KPMG.
"Apa yang penting ketika ini, adalah untuk menangani isu ini dengan pantas memandangkan pemegang saham minoriti terkesan dengan penurunan saham Serba Dinamik akibat masalah yang timbul.
"Malah, ketidaktentuan berhubung ketepatan dan kebenaran mengenai isu yang dibangkitkan KPMG ini turut memberi kesan kepada mereka," katanya kepada DagangNews.com hari ini.
Beliau bagaimanapun, berkata, tiada jaminan isu ini dapat diselesaikan dengan baik menerusi semakan bebas yang akan dijalankan kelak.
"Semuanya bergantung kepada bagaimana lembaga pengarah menyelesaikan masalah dengan juruaudit luaran berdasarkan semakan bebas ini," tambah beliau.
Semalam, Serba Dinamik mengumumkan pelantikan firma audit EY sebagai penilai bebas ke atas ketepatan dan kebenaran perkara-perkara yang dibangkitkan oleh KPMG.
Tiga anggota Lembaga Pengarah baharu yang dilantik ialah Datuk Mohamed Ilyas Pakeer Mohamed, 65, yang merupakan pengerusi eksekutif Koperasi Amanah Pelaburan Bhd, Hartanah AP Rakyat Bhd, CTG Capital Sdn Bhd, HAF Automotive Sdn Bhd, AP Holdings Bhd dan Awesome TV (subsidiari Awesome Media Network Sdn Bhd).
Yang kedua ialah Johan Mohamed Ishak, 46, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Bhd (2017-2020) dan bekas CEO MyCreative Ventures Sdn Bhd, entiti pelaburan milik Kementerian Kewangan (2012-2017).
Sementara itu, yang ketiga ialah Masleena Zaid, 46, merupakan seorang peguam dan pernah menjadi pendakwa raya di Suruhanjaya Sekuriti dari 2001 hingga 2007. Beliau kini adalah rakan kongsi pengurusan di firma tetuan Masleena, Yee & Partners selain menjadi pengarah bebas bukan eksekutif di AP Holding Bhd dan Eastland Equity Bhd.
Dalam pada itu, penganalisis Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research, Low Jin Wu menyifatkan langkah yang diambil Serba Dinamik itu adalah positif sekali gus mencerminkan keyakinan kepada pemegang saham.
"Kami percaya pelantikan EY adalah langkah positif syarikat memandangkan kedudukan firma itu sebagai antara 4 firma perakauan terbesar," katanya dalam nota kajian hari ini.
HLIB Research menyemak naik penarafan Serba Dinamik kepada 'pegang' berbanding 'beli' sebelum ini dengan harga sasaran tidak berubah pada 78 sen.
Mengenai pelantikan Masleena, Jin Wu berpendapat, ia menunjukkan betapa komitednya Serba Dinamik untuk membuktikan bahawa syarikat bebas daripada sebarang penyelewengan.
"Meskipun Serba Dinamik dilihat mengambil beberapa langkah positif bagi membersihkan namanya, tetapi audit bebas yang dijalankan itu dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya 3 bulan.
"Oleh itu, pelabur mungkin tidak mahu membuat sebarang keputusan terburu-buru," jelasnya lagi.
Namun, menurut beliau, langkah yang diambil Serba Dinamik baru-baru ini mencerminkan keyakinan terhadap pemegang saham.
"Sehingga kebenaran dan ketepatan berhubung isu perakaunan ini diselesaikan, kami percaya ketidaktentuan masih akan berlaku," kata beliau.
Ketika mengakhiri dagangan tengah hari ini, saham Serba Dinamik susut 6.71 peratus kepada 69.5 sen sesaham.
Created by acinanatucer | Oct 29, 2021
Created by acinanatucer | Oct 12, 2021
Created by acinanatucer | Oct 06, 2021
Created by acinanatucer | Oct 01, 2021
Created by acinanatucer | Oct 01, 2021
Created by acinanatucer | Oct 01, 2021
Created by acinanatucer | Sep 23, 2021
DickyMe
Ya gah?
Auditor tanya bukti, tunjuk sajalah.
Pasai apa buat kecoh untuk hal kecil.
Sori bro, my money no invest in you.
Something to hide?
2021-06-15 15:24