save malaysia!

Sentimen Orang Melayu Terhadap Pakatan Harapan By Rafizi Ramli

savemalaysia
Publish date: Fri, 11 Nov 2022, 03:29 PM


https://www.youtube.com/watch?v=Or8G4oGpXZk

 

Saya selalu ditanya oleh kawan bukan melayu untuk memahami perasaan orang melayu. Mengenai rasuah, mengenai kegagalan pentadbiran kerajaan, mengenai menteri-menteri melayu yang tidak berfungsi.
 
Ada yang berpandangan orang melayu tidak kisah mengenai rasuah. 
 
Ada yang lebih teruk, mereka kata pengundi melayu boleh dibeli dengan sogokan RM50.
 
Kita perlu terima hakikat bahawa pengundi Melayu kadang-kadang takut untuk mengundi PH kerana beberapa tindakan segelintir dari kalangan PH yang tidak sensitif kepada perasaan orang Melayu.
 
Jumlah mereka yang tidak sensitif ini tidak ramai, tetapi bila mereka tidak berhati-hati membuat kenyataan, perkara itu dibesar-besarkan oleh UMNO, PAS dan BERSATU untuk memainkan isu perkauman dan menutup rasuah dan kelemahan pentadbiran mereka.
 
Ia satu kerugian besar kepada rakyat dan negara kerana akibat nila setitik rosak susu sebelanga.
 
Apa yang kita perlu buat untuk menangani senjata perkauman UMNO PAS dan BERSATU ini?
 
Ada rakan dalam PH yang meminta supaya kami yang Melayu di dalam PKR ini menerangkan keadaan sebenar kepada orang Melayu.
 
Ini memang kami buat secara berterusan. Saya antara yang paling lantang menolak perkauman dan mendedahkan kepincangan rasuah dan kerosakan pentadbiran kerajaan supaya orang Melayu tidak alpa dengan permainan perkauman UMNO PAS dan BERSATU.
 
Tetapi saya meminta supaya semua rakan-rakan dalam PH supaya turut mendalami perasaan dan sensitiviti orang Melayu supaya jangan bagi peluru kepada UMNO PAS dan BERSATU.
 
Untuk prospek PH membentuk kerajaan menjadi lebih cerah, ini adalah disiplin yang diperlukan dari semua pemimpin, pendukung dan pengundi PH dari pelbagai kaum:
 
SATU 
Elakkan dari menyentuh hal-hal perkauman. Sebaiknya yang bukan Melayu jangan menyerang peribadi pimpinan lawan yang Melayu, tambah-tambah kalau pimpinan itu ada latar belakang agama. Itu sensitif kerana boleh diputar belit seperti bukan Islam menghina orang Islam. Biar kami yang Islam ini yang jawab dan dedahkan mereka.
 
KEDUA
Elakkan dari menyentuh perkara-perkara yang dikira institusi Melayu, termasuk Raja Berperlembagaan, bahasa kebangsaan, kedudukan Islam. Kepada sahabat-sahabat bukan Melayu, percayalah bahawa kami yang Melayu akan melawan mereka yang menyalahgunakan kuasa yang ada dalam UMNO PAS dan BERSATU. Kami bukan jenis yang bersembunyi di sebalik nama agenda Melayu untuk merosakkan negara.
 
Jadi apa yang sebenarnya pengundi Melayu mahu dari pimpinan PH terutamanya yang Melayu.
 
Pengundi Melayu mahukan pimpinan PH yang jujur, amanah, cerdik, cekap mentadbir, ada idea menyelesaikan masalah, tetapi juga tegas menegur bila ada rakan-rakan yang dilihat kurang sensitif kepada perasaan orang Melayu. 
 
Mungkin ada yang di dalam PH yang tidak selesa dengan kelantangan saya, tetapi saya anak Melayu dari kampung di Terengganu. Saya juga faham sensitiviti pengundi Melayu. 
 
Sama-sama kita kekalkan keharmonian dan saling hormat menghormati setiap saudara pelbagai kaum dalam negara kita. Bersama-sama kita mematikan anasir perkauman yang dibawa UMNO, PAS, dan BERSATU.
 
#AyuhMalaysia #KitaBoleh #KEADILAN #UndiPakatanHarapan
Discussions
1 person likes this. Showing 40 of 40 comments

Income

SATU
Elakkan dari menyentuh hal-hal perkauman. Sebaiknya yang bukan Melayu jangan menyerang peribadi pimpinan lawan yang Melayu, tambah-tambah kalau pimpinan itu ada latar belakang agama. Itu sensitif kerana boleh diputar belit seperti bukan Islam menghina orang Islam. Biar kami yang Islam ini yang jawab dan dedahkan mereka.

KEDUA
Elakkan dari menyentuh perkara-perkara yang dikira institusi Melayu, termasuk Raja Berperlembagaan, bahasa kebangsaan, kedudukan Islam. Kepada sahabat-sahabat bukan Melayu, percayalah bahawa kami yang Melayu akan melawan mereka yang menyalahgunakan kuasa yang ada dalam UMNO PAS dan BERSATU. Kami bukan jenis yang bersembunyi di sebalik nama agenda Melayu untuk merosakkan negara.

Jadi apa yang sebenarnya pengundi Melayu mahu dari pimpinan PH terutamanya yang Melayu.

Pengundi Melayu mahukan pimpinan PH yang jujur, amanah, cerdik, cekap mentadbir, ada idea menyelesaikan masalah, tetapi juga tegas menegur bila ada rakan-rakan yang dilihat kurang sensitif kepada perasaan orang Melayu.


Ini kalilah
Ini kalilah
Ini kalilah

2022-11-12 20:58

Income

Tidak ada Lain kalilah

2022-11-12 20:58

StartOfTheBull

Rafizi is right, don't criticize on race and religion, it will get backfire and cause PH to lose in the election.

2022-11-12 21:23

Tapa Mamat

Macam dah melampau nampak RAFIZI nie.... berlebih-lebih pula... takabur juga tu... cakap macam tu.

2022-11-12 21:42

DickyMe

Depa boleh cemuh bukan Melayu tapi bila kena kat dia, marah ke?
Banyak songeh lah! Dah muak dengan alasan yang sama.
Kerbau pun boleh berubah tapi ...

2022-11-12 21:52

izoklse2022

Memang melampau PH dan Rafizi ni. Ayuh mari kita orang Melayu bangkit ajar Rafizi dan PH. Orang UMNO dan Barisan kita bersatu bagi sokongan pada Peja biar tumbang Anwar di Tambun. Kita ajar PH di seluruh negara supaya tidak lagi usik hak orang islam dan melayu dan Jangan Menipu Ketika berkempen. Kita turun GE15 untuk misi balas dendam pada PH. Bangkit org Melayu. Asalkan bukan DAP dan PH.

2022-11-12 21:53

Up_again

Senang saja, in areas PN has better chance, vote them
Vote BN and Bossku don’t even need a pardon
Walk out saja

2022-11-13 11:29

stockraider

U need the overall votes & not just only malay votes loh!

Vote for PH loh!

2022-11-14 07:41

LossAversion

@stockraider, dont worry. High chances that Chinese and Indian voters already decided on PH!!! Sabahans, Sarawkians, Kelantanese, Kedahans, Perakians are the high determinants of victory!

2022-11-14 08:26

stockraider

Correctloh....Hidup PH ! Hidup PH...!

2022-11-14 08:28

markgold

For Malay, all Umnoooo from top to division youth chief makan duit are OK, but Rafizi make money in business world must explain.

2022-11-14 08:48

markgold

BIG issue :Ladyboy run to Thailand or Australia MUST catch them back. Malaysian Ringgit from RM2.50 to RM4.70 is NOT an issue.

2022-11-14 09:01

markgold

Whatever PASSS said is not sensitive issue but NOT other race.

2022-11-14 09:31

markgold

They are very selective on all issues

2022-11-14 09:32

brightsmart

Rafizi is a gift for malaysia

2022-11-14 11:06

brightsmart

Rafizi siddeq KJ join forces defeat the old then Malaysia bright future

2022-11-14 11:08

brightsmart

Izok represent the old.

What Malaysia need is the new

2022-11-14 11:09

stockhunter55

playing race card is always a bad move... politician need to have a better integrity ...

2022-11-14 15:00

investor77

latest Merdeka survey says PH can win election. Hope this is true.

2022-11-14 16:08

Undi_PH

Only race, religion matters in GE15 not other things? BN perfect government every1 think?

2022-11-14 16:16

Undi_PH

Only PH offer new PM after GE15 whereas BN, PN or even GTA you all have tried their PM.

2022-11-14 16:22

zhangwin

Latest intel from one prominent blogger: PN is leading. 2) PH 3)BN
This is why DAP Ngah panic of taliban govt.

2022-11-14 16:50

BILLC

Politic and stock market are the same,,,,comes
GE or market bull run,,,,all sorts of sinka jumped out and sing bla bla bla,,,everyone is fbi ,kgb,special intelligence,,,,wakakaka,,,

2022-11-14 17:17

izoklse2022

Latest Info we got :

KJ is leading in Sungai Buloh

Surprising info :

PEJA from PN is leading in Tambun really surprising also.
BN is on the 2nd Place really surprising.
Anwar is on 3rd Place really surprising also.

First analysis done on why the situation become like that is PEJA org tempatan, Many young voters prefer him when we interview them and Many UMNO voters who supposed to give vote to BN candidate decided to give their vote to PEJA out of angry on PH attack against UMNO, Its leader and revenge due to BN lost in GE 14. We shock to hear this. BN voters also decide to give PEJA their vote because in their view PEJA will have high chances against Anwar instead of BN candidate. While PH having problem with Malay trust vote and also Non-Malay who are decided not to vote. Really Suprise.

2022-11-14 20:37

izoklse2022

Anwar should concentrate more on winning people heart by visiting them and meeting them and not only showcase his face in billboard if want to win against PEJA.

2022-11-14 20:41

markgold

Anwar should step down and let young leader to lead Keadilan.

2022-11-14 21:44

brightsmart

anwar is long pass prime.

2022-11-14 22:01

brightsmart

UK can have young PM............no reason why not malaysia.

2022-11-14 22:02

izoklse2022

I agree. Vote KJ for PM.

2022-11-14 23:46

izoklse2022

STRONG WIND FROM SUNGAI BULOH TO PUTRAJAYA. BN NOW CONSIDERING KJ FOR DPM FOR WEST MALAYSIA. HIDUP KJ! HIDUP KJ! HIDUP KJ! HIDUP KJ!

2022-11-15 00:51

icecool

opposition voters must unite and vote for PH then only PH can win if they split their votes among the candidates then BN will win as no one is splitting BN votes. this is a key factor for opposition voters to remember.

2022-11-15 19:10

izoklse2022

You can see how BN defend their current seat. They are not going for mega ceramah and all that. They stay on the ground and their seat. Why because if the fight is between 1 vs 1 i.e 50% (BN) vs 50% (Other Party). Chances of BN winning is low because BN is not leading in social media campaign. So maybe the other party will win 40% (BN) vs 60% ( Other Party). However now we have 3 conner fight and 4 conner fight. So you can imagine how split the opposition votes. Opposition votes can be reduce from 60% to just 30% due to other vote go to other party. And this will give BN easy win because BN already know where are their base i.e GE14 vote and now those abandoned BN before now split their vote to PN,PH,GTA and back to BN. This we talk about Malay vote base. So you see. End up BN going to win not because they are strong but because opposition fracture and their vote also fractured across the boat. How they going to win ? Thay is why BN defending what they have, get all their supporters to go out, welcome the return vote which previously vote for PH now back to BN and welcome the young voters vote which depend on the constituencies and number of young voters. So that is why tok mat can easily say BN is leading. This is the same strategy in Johor.

2022-11-15 20:50

markgold

Changing to PN or PH so that new government will dare not to makan duit banyak.

2022-11-16 14:47

markgold

Malaysian become the laughing stock of whole world because of BN.

2022-11-16 14:48

izoklse2022

Anwar preparing PH to lost. Invoke kena serbu SPRM because rafizi issue hahahah. kesian.l Dah kantoi sakau. PH PH. Apa yang takde dalam PH. Semua ada. Sakau,kecing,Penipu,penghasut,katak, incompetent,Sijil Palsu dan lain lain. hahaha. Apa nak jadi dengan PH. Kena revamp PH ni.

2022-11-16 17:56

izoklse2022

Latest info Anwar still behind at 3rd Place in Tambun against PEJA & UMNO candidate. PEJA is leading and surprisingly with UMNO voter's support. This is crazy. UMNO people willing to let their party BN lost in Tambun and throw their support to PEJA. Anwar only have 2 days. PEJA going to be the first giant killer.

UMNO Razali Ibrahim now also leading in Pagoh. Mooo is in 2nd place but far behind and now risk of losing Pagoh.

2022-11-17 00:30

ooi8888

I heard Anwar may lose his deposit, haha...

2022-11-17 10:46

ben0303

Actual results can only b known after polling day. D rest r all propaganda to outdo each other.

2022-11-17 10:58

Michael Kwok

Rafizi is lying.Last term was the peak.expect ph lost 10-15 percent net vote(going to perikatan and pejuang).Kita boleh no use.every peak will come down few terms.uts like stock market.if no,lge will not be in tokong chanting die,die,die.

2022-11-17 11:25

TreeTopView

Rafizi getting the same treatment as the Edge Newspaper's staff in 2015.
Nothing will ever change with these people in charge.

"Tong: Najib's media adviser told me 'PMO is all-powerful, be careful'"

https://www.theedgemarkets.com/article/tong-najibs-media-adviser-told-me-pmo-allpowerful-be-careful

2022-11-17 11:35

Post a Comment