Pharmaceutical News and Info

Pharmaniaga: Logistik Pembekalan Ubat

kalofarmako
Publish date: Mon, 26 Aug 2019, 10:30 AM

Konsep penswastaan Kementerian Kesihatan yang dibuat masa kini melalui syarikat farmaseutikal bersepadu terbesar, Pharmaniaga Berhad adalah dalam menjaga logistik pembekalan ubat dan memastikan bekalan tiba di kawasan yang memerlukan di seluruh Malaysia.

Pharmaniaga diberi tanggungjawab berkenaan kerana ia memerlukan jumlah tenaga kerja yang banyak dan kepakaran tinggi. Selain itu, syarikat itu turut berperanan mengawal penyimpanan ubat-ubatan.

Walaupun Pharmaniaga diberi tanggungjawab oleh Kementerian Kesihatan untuk logistik tetapi kebanyakan daripada perolehan ubat-ubatan dilakukan melalui sistem tender terbuka yang dikawal oleh Kementerian Kesihatan.

Ini membolehkan ubat-ubatan boleh didapati pada harga yang berpatutan.

Discussions
Be the first to like this. Showing 0 of 0 comments

Post a Comment