Chong Ket Pen (alter ego Protasco Bhd) sued by PT Anglo Slavic Utama for fraud and cheating?

Syarikat Indonesia (PT Anglo Slavic Utama) buat laporan polis, dakwa 'Datuk Seri' tipu RM138 juta | Utusan Borneo 28 November 2018

insidefact
Publish date: Fri, 30 Nov 2018, 09:51 AM

ORIGINAL NEWS:

https://www.utusanborneo.com.my/2018/11/29/syarikat-indonesia-buat-laporan-polis-dakwa-datuk-seri-tipu-rm138-juta

 

Syarikat Indonesia buat laporan polis, dakwa 'Datuk Seri' tipu RM138 juta

 

KUALA LUMPUR: Sebuah syarikat Indonesia mendakwa telah ditipu oleh seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri dengan kerugian berjumlah US$33 juta (RM138 juta) membabitkan projek minyak dan gas di Aceh, Indonesia. 

Syarikat terbabit PT Anglo Slavic Utama (PT ASU) menerusi (ratified) Wakil Pemegang  Saham Syarikat Ronie Tangkong dalam satu kenyataan di sini berkata individu berkenaan memalsukan  beberapa proses perjanjian dan Akuan Berkanun untuk kepentingan dirinya dalam satu perjanjian  perniagaan antara PT ASU dan syarikatnya. 

"Satu laporan polis juga sudah dibuat (pada 2 Nov 2018) oleh PT ASU terhadap individu berkenaan di Ibu pejabat Polis Kontinjen Selangor,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pada 3 Nov 2012, satu perjanjian ditandatangani di antara Global Capital Limited (GCL) dengan individu bergelar Datuk Seri terbabit untuk satu projek membangun dan menghasilkan minyak dan gas di Kuala Simpang Timur, Aceh Indonesia. 

Syarikat GCL dilantik dan diberi kuasa oleh PT ASU untuk menjual dan menguruskan aset milik PT ASU dan perjanjian itu dibuat selepas dipelawa Datuk Seri berkenaan. 

Menurut Ronie, perjanjian berkenaan membabitkan nilai US$55 juta yang membolehkan syarikat  Datuk Seri terbabit memiliki aset PT ASU dan sejumlah AS$22 juta sudah dibayar kepada PT ASU. 

Menurut perjanjian sebelumnya Datuk Seri terbabit telah meminta GCL mencari pelabur untuk mengambil alih saham syarikat awam di mana Datuk Seri berkenaan kerja dan mengukuhkan kuasanya di syarikat tersebut. 

“Satu perjanjian jual beli aset PT ASU dibuat di sebuah hotel di Petaling Jaya pada 28 Dis 2012 di antara Datuk Seri terbabit dengan wakil PT ASU, iaitu seorang daripada pengarah syarikat warga Indonesia, perjanjian itu kemudian dipersetujui bagi manfaat projek menghasilkan minyak dan gas berkenaan. 

“Bagaimanapun perjanjian itu kemudian dibatalkan oleh syarikat Datuk Seri berkenaan sekali gus menyebabkan syarikat kami kerugian sebanyak AS$33 juta dan Datuk Seri terbabit dengan niat jahat berpakat dengan pengarah kami yang mewakili syarikat dalam perjanjian awal dengan  menandatangani dua perjanjian baharu untuk menukar terma perjanjian asal yang ditandatangani pada 3 Nov 2012.

“Kedua-duanya juga membuat Akuan Berkanun palsu dan akuan berkenaan menjadi alasan pembatalan perjanjian yang dibuat pada 28 Dis 2012,” katanya. 

Dalam pada itu jurucakap polis Selangor ketika dihubungi Bernama mengesahkan telah menerima laporan polis itu dan ia masih dalam siasatan polis.  

 

Tag berita lain: 

Major shareholder Global Capital of Indonesia sues Protasco managing director(Chong Ket Pen), claims RM368m

https://www.thesundaily.my/archive/major-shareholder-global-capital-indonesia-sues-protasco-managing-director-claims-rm-MUARCH586660

 

Related news:

Global Capital Ltd claim against Chong Ket Pen RM368 million breach of contract (Protasco MD sued) Oct 2018

https://judgement.law.blog/2018/10/29/globalcapital-sue-chongketpen-368million/

 

Chong Ket Pen “bites the hand who feeds”. Any hope for Protasco Bhd? Why EPF is selling? (Translation)

https://chongketpentruth.wordpress.com/2018/02/05/chong-ket-pen-bites-the-hand-who-feeds-any-hope-for-protasco-bhd-why-epf-sold-translation-张吉平过桥拆板证据/

 
Discussions
Be the first to like this. Showing 0 of 0 comments

Post a Comment