Kumpulan bekerjasama dengan KLCFC untuk meningkatkan prestasi pemain bola sepak melalui pemeriksaan genetik untuk sukan berprestasi tertinggi
PETALING JAYA (27 Februari) – Malaysian Genomics Resource Centre Berhad (Malaysian Genomics atau Kumpulan), pakar genomik dan biofarmaseutikal terkemuka, mengadakan kerjasama dengan KL City FC Sdn Bhd (KLCFC), pengurus KL City FC football club, berkaitan penggunaan ujian saringan genetik Kumpulan untuk sukan berprestasi tertinggi.
Kerjasama itu akan menyaksikan Kumpulan menjalankan analisis DNA pemain dan menyediakan perundingan kepada pemain dan kakitangan kejurulatihan mengenai keputusan genetik berhubung peluang praktikal untuk meningkatkan fisiologi sukan, pemakanan, kekuatan dan penyesuaian, pencegahan kecederaan dan pemulihan. KLCFC akan berkongsi maklum balas dengan Kumpulan berkaitan keputusan dan hasil pengubahsuaian kepada protokol latihan, pemakanan dan pemulihan sedia ada pasukannya selepas penggabungan keputusan genetik.
Dr. Nurul Aqma Anis, Ketua Projek Khas dan Kualiti Malaysian Genomics berkata, “Pihaknya telah mula menawarkan ujian saringan genetik pada 2012, Malaysian Genomics ialah syarikat DNA yang paling mantap di Asia Tenggara dan ujian genetik kami untuk prestasi olahraga puncak adalah salah satu terkini dalam portfolio ujian kami. Bekerjasama dengan pasukan sukan profesional seperti KLCFC, antara lain, kami boleh memantau kesan dan hasil pengesyoran berasaskan genetik untuk latihan dan pemulihan olahraga, memastikan ujian genetik kami dan pengesyoran yang terhasil menawarkan maklumat dan faedah praktikal untuk atlet profesional dengan aksi perlawanan hujung minggu.”
Stanley Bernard Stephan Samuel, Ketua Pegawai Eksekutif KLCFC berkata, " Daya saing atlet dalam sukan profesional terkemuka berada pada kelebihan tertinggi justeru maklumat yang diperolehi daripada ujian genetik akan secara langsung membantu atlet memahami diri mereka dengan lebih mendalam dalam matlamat mencapai tahap prestasi optimum."
Pertahanan KLCFC, Giancarlo Gallifuoco berkata beliau kagum dengan banyaknya maklumat yang dijana dalam laporan saringan genetik dirinya daripada Malaysian Genomics. “Hanya dalam semakan pertama laporan saya, pasukan Genomics Malaysia dan saya dapat mengenal pasti perubahan yang praktikal dan boleh diambil tindakan segera pada rejim suplemen saya serta latihan memanaskan badan, yang saya tidak tahu untuk melakukan tanpa ujian ini. Saya tidak sabar untuk merasai kesan positifnya terhadap saya di atas padang,” katanya.
Created by MHAB1990 | Nov 21, 2024
Created by MHAB1990 | Nov 21, 2024
Created by MHAB1990 | Nov 16, 2024
Created by MHAB1990 | Nov 13, 2024
Created by MHAB1990 | Nov 13, 2024
Created by MHAB1990 | Nov 08, 2024