Update

Leon Fuat Rekod Hasil RM1.03 Bilion untuk TK2022

MHAB1990
Publish date: Wed, 01 Mar 2023, 12:32 PM

Leon Fuat Rekod Hasil RM1.03 Bilion untuk TK2022

Kumpulan berhati-hati terhadap prospek 2023 dan akan mengambil langkah yang perlu untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan

SHAH ALAM (28 FEBRUARI) – LEON FUAT BERHAD (Leon Fuat atau Kumpulan), pengeluar dan peniaga produk keluli yang mengkhusus dalam keluli bergulung panjang dan rata, hari ini mengumumkan bahawa Kumpulan melaporkan peningkatan hasil sebanyak 15.6% kepada  RM1.03 bilion untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 (TK2022) berbanding RM886.58 juta yang direkodkan untuk tahun kewangan sebelumnya (TK2021).

Bagi tahun kewangan dalam tinjauan, Kumpulan melaporkan keuntungan sebelum cukai (PBT) sebanyak RM36.92 juta, penurunan 78.6% berbanding RM172.85 juta untuk TK2021.  Bagi TK2022, Kumpulan mencatatkan keuntungan selepas cukai (PAT) sebanyak RM29.54 juta, penurunan 78.3% berbanding RM135.98 juta untuk TK2021.

Kumpulan melaporkan hasil sebanyak RM238.15 juta untuk suku keempat berakhir 31 Disember 2022 (Q4FY2022), iaitu penurunan 6.3% berbanding RM254.21 juta yang dilaporkan untuk suku yang sama tahun kewangan sebelumnya (Q4FY2021).

Bagi S4TK2022, Kumpulan mencatatkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM7.49 juta berbanding dengan PBT sebanyak RM38.61 juta yang didaftarkan untuk S4TK2021 manakala kerugian bersih sebanyak RM5.14 juta dilaporkan untuk S4TK2022 berbanding PAT sebanyak RM29.09  juta yang direkodkan untuk Q4FY2021.

Bagi suku dalam tinjauan, segmen dagangan menyumbang 32.7% kepada hasil manakala segmen pemprosesan menyumbang 67.2%.

Calvin Ooi Shang How, Pengarah Eksekutif Leon Fuat 

Calvin Ooi Shang How, Pengarah Eksekutif Leon Fuat berkata, “Walaupun terdapat peningkatan dalam hasil bagi TK2022 disebabkan oleh peningkatan hasil bagi kedua-dua segmen dagangan dan pemprosesan Kumpulan, margin keuntungan kasar menurun kira-kira 14.8 mata peratusan  berbanding TK2021 dan itu telah memberi kesan kepada keseluruhan keuntungan kasar (GP) Kumpulan, yang menurun 58.8% kepada RM91.26 juta.  GP keseluruhan juga terjejas oleh inventori yang diturunkan sebanyak RM12.93 juta berbanding RM0.37 juta untuk TK2021 kerana inventori tertentu diukur pada anggaran nilai boleh direalisasi bersihnya.”

“Kumpulan akan terus mengembangkan capaian pasaran dengan memanfaatkan asas pelanggannya yang pelbagai yang terdiri daripada perusahaan kecil-sederhana (PKS) merentasi pelbagai industri.  Kami kekal berhati-hati terhadap unjuran 2023 walaupun momentum pertumbuhan ekonomi domestik pada 2022 kerana eksport menghadapi masalah sementara landskap operasi terus terjejas oleh tekanan inflasi dan ringgit yang lemah, yang turut menjejaskan PKS.  Kami akan terus mengambil langkah proaktif yang diperlukan untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan operasi kami.”

Discussions
Be the first to like this. Showing 0 of 0 comments

Post a Comment