Update

Malaysia Genomik Agih Ujian Saringan Genetik di Singapura

MHAB1990
Publish date: Tue, 11 Jul 2023, 10:51 PM

Malaysia Genomik Agih Ujian Saringan Genetik di Singapura

Kumpulan terus memberi tumpuan kepada mempelbagaikan akses merentas pasaran geografi

PETALING JAYA (11 JULAI  2023) Malaysian Genomics Resource Centre Berhad (“Malaysian Genomics” atau “Kumpulan”; Bursa: MGRC, 0155), pakar genomik dan biofarmaseutikal terkemuka, hari ini mengumumkan bahawa anak syarikat milik penuh Kumpulan, MGRC Healthcare Sdn Bhd (“MGRC-H”), telah memeterai perjanjian pembekalan dengan DLF Engineering Pte Ltd (“DLF”) untuk pengedaran ujian saringan genetik dan perkhidmatan pengeluaran makmal sel di Singapura.

DLF ialah perkhidmatan kejuruteraan terpelbagai dan syarikat pengedaran perdagangan dengan rangkaian rantaian bekalan bersepadu doktor penjagaan kesihatan swasta dan awam, pusat estetik dan kesihatan, serta penyedia insurans dan faedah pekerja di Singapura. MGRC-H ialah pakar genomik dan biofarmaseutikal dengan rangkaian produk penjagaan kesihatan termasuk ujian saringan genetik, suplemen terkompaun dan perkhidmatan pengeluaran makmal sel untuk sel stem mesenchymal, sel NK, eksosom dan kosmeseutikal berfungsi.

Encik Azri Azerai, Pengerusi Eksekutif Malaysian Genomics

Encik Azri Azerai, Pengerusi Eksekutif Malaysian Genomics berkata, “Perjanjian pembekalan dengan DLF berkait rapat dengan strategi Kumpulan untuk mempelbagaikan secara geografi dan berkenaan dengan asas pelanggan. Kami gembira mendapat perkongsian ini dengan DLF dan mengharapkan kerjasama selanjutnya.”

“Selain daripada ujian saringan genetik dan produk sel, kami sedang mencari untuk membawa masuk lebih banyak dan mendaftarkan produk tersebut di Singapura. Bersama-sama, kami akan terus mengukuhkan jangkauan kami di Singapura dan seluruh Asia Tenggara”

Fan Dexter, Ketua Perkhidmatan Kejuruteraan Penjagaan Kesihatan & Kesejahteraan Kumpulan DLF berkata, “Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan Genomics Malaysia untuk penerokaan strategik DLF dalam penjagaan kesihatan moden yang merangkumi sinergi genomik dengan penjagaan kesihatan primer dan kesejahteraan am. MGRC sedang membina rangkaian geografi yang luas di seluruh Asia dan kami gembira menjadi rakan kongsi Singapura yang dihormati bagi produk dan perkhidmatannya kerana perkongsian ini melengkapkan visi menyeluruh kami untuk menyediakan kesihatan dan kesejahteraan kepada semua sepanjang peringkat kehidupan dan penuaan seseorang.”

Malaysian Genomics sebelum ini, pada Mei 2023, memeterai perjanjian kerjasama strategik dengan Toticell Limited, pakar penjagaan kesihatan regeneratif yang berpangkalan di Dhaka, Bangladesh yang memberi tumpuan kepada rawatan untuk keadaan muskuloskeletal seperti arthritis, kecederaan berkaitan sukan dan tendinopati.

Related Stocks
Market Buzz
Discussions
Be the first to like this. Showing 0 of 0 comments

Post a Comment