Auto Pulse

BMW Malaysia Kembali Sebagai Rakan Automotif Rasmi bagi Kejohanan Maybank 2023.

newsroom
Publish date: Fri, 03 Nov 2023, 12:59 PM
newsroom
0 581
Latest news about automotives

Kenyataan Media

23 Oktober 2023

BMW Malaysia Kembali Sebagai Rakan Automotif Rasmi bagi Kejohanan Maybank 2023.

Pengeluar kenderaan premium kembali ke dunia golf, menaik taraf suasana dan pengalaman di temasya golf bertaraf dunia ini dengan barisan kenderaan elektrik BMW yang tercanggih.

Kuala Lumpur, 23 Oktober 2023 - BMW Malaysia hari ini telah mengumumkan bahawa ia bakal kembali sebagai rakan automotif premium yang rasmi bagi acara Kejohanan Maybank 2023 (Maybank Championship 2023), menjadi satu detik yang bermakna dalam komitmen mereka untuk mendukung acara-acara bertaraf dunia di samping memajukan usaha kelestarian menerusi kenderaan BMW i yang dikuasakan elektrik. Acara ini, yang diluluskan oleh Persatuan Golf Profesional Wanita (LPGA), adalah berjajaran dengan visi Maybank dalam menjulang kegiatan sukan melibatkan wanita, menghimpunkan atlet-atlet wanita yang terhandal di dunia, dan memberi ilham kepada mereka untuk terus menggapai kecemerlangan. Menerusi tema 'Retake the Green', kejohanan ini menampilkan pemain-pemain golf terbaik dari serata dunia untuk sebuah persaingan yang mengujakan di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC).

Hans de Visser, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia mengambil peluang untuk berkongsi, “Kami berbesar hati untuk menjadi rakan automotif premium yang rasmi sekali lagi untuk Kejohanan Maybank 2023. Usaha sama ini bukan sahaja menekankan sokongan padu kami ke atas sukan golf, tapi turut menunjukkan komitmen BMW Malaysia dalam memacu inovasi dan kelestarian melalui kenderaan elektriknya. Di samping itu, kami juga berasa teruja untuk mengambil bahagian dalam pertandingan ini yang memperkasakan atlet-atlet golf wanita, menonjolkan impak mereka dalam dunia golf selain terus menyalakan cita dan semangat mereka terhadap sukan ini. Ia merupakan antara prinsip yang kami genggam erat di BMW Group Malaysia, di mana Diversiti, Kesaksamaan, dan Keterangkuman menjadi elemen dalam budaya yang menunjangi seluruh organisasi kami.”

Sementara itu, Vi Thim Juan, Pengarah Urusan Auto Bavaria menyatakan, “Sebagai wakil pengedar bertauliah BMW yang terbesar di Malaysia, kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan BMW Group Malaysia bagi membekalkan pengalaman pemanduan yang mencerminkan komitmen kami ke atas visi pengangkutan lestari dan inovasi alaf baharu. Kolaborasi ini memastikan aspek mobiliti yang berdasarkan kemewahan, prestasi dan kesihatan alam sekitar disulam dengan sebaiknya.”

BMW Malaysia akan menyediakan barisan kenderaan elektriknya yang tercanggih, terdiri daripada 22 unit BMW iX dan tujuh unit BMW i7. Ia akan menjadi kenderaan rasmi bagi para pemain, pengelola pertandingan, dan VVIP, semasa temasya tersebut berlangsung di Kuala Lumpur Golf and Country Club. Di samping itu, sebuah jentera BMW i7 juga akan dipamerkan di Lubang 15, menambah rencah sofistikasi di acara tersebut.

Dato’ Khairussaleh Ramli, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan di Maybank memberitahu, "Kami berasa amat teruja untuk menghoskan Kejohanan Maybank 2023 dan ingin menzahirkan penghargaan kami kepada BMW Malaysia atas sokongan berterusan mereka sebagai rakan automotif premium rasmi. ‘Retake the Green’ mencerminkan hasrat kami untuk mengangkat ASEAN di mata dunia dan memperkasa atlet golf wanita dalam merealisasikan potensi sebenar mereka di atas dan di luar padang. Sepertimana BMW Malaysia mencerminkan inovasi dan semangat kelestariannya di dalam industri automotif, langkah kami ke dalam arena sukan golf wanita menerusi Kejohanan Maybank turut mendemonstrasikan komitmen kami terhadap diversiti dan kelestarian dalam kegiatan sukan, yang turut berjajaran dengan misi Manusiawi kami.”

Kejohanan Maybank 2023 dijadualkan mengambil tempat dari tanggal 26 hingga 29 Oktober 2023. Acara ini akan menampilkan 80 atlet wanita dari serata dunia, antaranya ialah juara-juara dunia bernama Nelly Korda, Lydia Ko, Jin Young Ko, Atthaya Thitikul, Minjee Lee, Brooke Henderson, Celine Boutier, berserta seorang pemain wanita Malaysia dengan ranking tertinggi, Kelly Tan. Para atlet ini akan bersaing untuk merebut bahagian mereka daripada hadiah keseluruhan yang bernilai US$3 juta.

Warga umum dipelawa untuk menyaksikan acara yang mengujakan ini melalui program siaran antarabangsa di MSNBM dan juga Astro, membolehkan para peminat sukan golf berkongsi keterujaan dari keselesaan rumah masing-masing. Para peminat dan penyokong juga boleh mendapatkan tiket bagi menyaksikan sendiri temasya berprestij ini di ruang lapangan penonton. Untuk maklumat lanjut mengenai Kejohanan Maybank 2023 dan tiket bagi acara ini, sila layari https://www.ticket2u.com.my/maybankchampionship2023.


23 Oct 2023 
BMW Group

More articles on Auto Pulse
大马BMW在PACE 2023呈献极致豪华电动车首创纯电BMW i5 eDrive40

Created by newsroom | Nov 04, 2023

大马BMW推出了极致豪华与创新的首创纯电BMW i5 eDrive40,进而在2023年优质汽车护理展(PACE)写下了电动行车全新标准。

BMW Malaysia persembahkan Kemewahan Elektrik yang Terunggul, BMW i5 eDrive40 yang sulung di PACE 2023

Created by newsroom | Nov 04, 2023

BMW Malaysia merungkai sebuah kemuncak dalam inovasi dan kemewahan, iaitu jentera elektrik tulen BMW i5 eDrive40 yang baharu dan akan menolak ukur industri dalam arena Mobiliti Elektrik...

BMW Malaysia presents the Ultimate in Electric Luxury, the First-Ever All-Electric BMW i5 eDrive40 at PACE 2023.

Created by newsroom | Nov 03, 2023

BMW Malaysia unveils a pinnacle of luxury and innovation, the First-Ever All-Electric BMW i5 eDrive40, setting new standards in Electric Mobility at the Premium Auto Care Expo (PACE) 2023.

Discussions
Be the first to like this. Showing 0 of 0 comments

Post a Comment