Auto Pulse

MINI Malaysia julang ikon gaya dan prestasi dengan MINI Clubman Final Edition.

newsroom
Publish date: Fri, 03 Nov 2023, 12:53 PM
newsroom
0 581
Latest news about automotives

Kenyataan Media

1 November 2023

MINI Malaysia julang ikon gaya dan prestasi dengan MINI Clubman Final Edition.

Terhad kepada 20 unit sahaja, MINI Clubman Final Edition menggandingkan prestasi, gaya, dan praktikaliti, bagi meraikan legasi model tersebut yang ikonik.

Kuala Lumpur, 1 November 2023 – MINI, jenama automotif premium kompak yang tercanggih di Malaysia hari ini telah memperkenalkan MINI Clubman Final Edition untuk pasaran tempatan. Dengan hanya 1,969 unit disediakan di seluruh dunia, MINI Clubman Final Edition menyingkap tahun jentera legenda MINI Clubman dilahirkan, menyulam unsur tradisi jenama ini dengan elemen-elemen rekaan eksklusif serta ciri pemanduan yang kukuh.

Hans de Visser, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkongsi, "Dekad demi dekad, MINI Clubman terus menjadi simbol kepada seni reka kereta yang bersifat abadi dan juga prestasi pemanduan yang mengagumkan. Kami berasa amat teruja untuk merungkaikan MINI Clubman Final Edition di Malaysia, kerana ia membolehkan kita untuk bukan sahaja memberi penghormatan kepada legasi dan sejarah MINI Clubman yang begitu kaya, tapi juga kepada komuniti para peminat MINI yang kian berkembang dan terus menjadi tunjang kepada kejayaan jenama ini. Satu penghormatan yang layak diberikan, kini hadir untuk alaf yang baharu, MINI Clubman Final Edition merupakan simbol individualiti yang versatil.”

Terhad kepada 20 unit sahaja di Malaysia, MINI Clubman Final Edition didatangkan dengan reka bentuk yang kemas lagi praktikal, ia meraikan tahun jentera Clubman dibina buat pertama kali pada 1969, dengan bahan-bahan yang diperhalus di samping aneka dekorasi serba eksklusif dalam bentuk aksen Shimmer Copper.  Ruang interior yang luas serta pintu but terbahagi yang unik menggandingkan ciri-ciri kefungsian dengan teknologi automotif yang canggih bagi menaik taraf prestasi kenderaan tersebut, justeru merealisasikan pengalaman pemanduan alaf baharu sambil terus berpegang kepada tarikan yang mendefinisikan jentera Clubman klasik.

Diperhalusi dalam segala aspek.

MINI Clubman Final Edition menyerlahkan aura keeksklusifan dengan aneka perincian yang unik pada komponennya. Bampar dan gril hadapan serba baharu dipadankan dengan trim Shimmer Copper yang menawan, menonjolkan iras gah sebuah jentera MINI. Untuk menonjolkan elemen warisan sukan perlumbaan jenama ini, MINI Clubman Final Edition memperlihatkan ketutup sisi yang eksklusif, berglos tinggi pada dapra hadapan, ia turut mempamerkan tandatangan “Final Edition”. Ini, bersama dengan MINI Cooper S blade di bahagian gril yang turut dihiasi dengan Shimmer Copper menambah sentuhan individualiti yang istimewa untuk edisi tersebut.

MINI Clubman Final Edition turut mencuri perhatian dengan elemen-elemen Piano Black yang menghiasi kereta tersebut dari hadapan hingga ke belakang, memberikan sentuhan yang tampak lebih karismatik pada lampu hadapan, pemegang pintu, dan juga bibir ekzos.  Bukan itu sahaja, MINI Clubman Final Edition juga mengenakan set roda aloi ringan 18 inci dalam bentuk ruji Final Edition dengan corak grafik 2 tona dan rona Shimmer Copper, menjadikannya lebih menarik untuk dilihat.

Memperkayakan aspek individualiti MINI Clubman Final Edition, setiap kenderaan akan memaparkan lencana “1 of 1969” pada tiang C serta “Final Edition” di belakang yang menyerlahkan lagi keeksklusifannya.

Berpegang kepada janji versatiliti Clubman, MINI Clubman Final Edition hadir dengan pintu but terbahagi yang menawarkan akses kepada ruang muatan yang luas, dengan kapasiti maksimum berjumlah 1,250 liter.

Penggayaan abadi, untuk alaf yang baharu.

Di dalam, MINI Clubman Final Edition masih membawakan pelbagai perincian bertema edisi khas dengan rangkuman emblem “Final Edition” pada ruji stereng Nappa Leather yang bersifat ergonomik. Penghurufan tersebut yang tampak halus namun menawan juga terdapat di ambang pintu, sementara hamparan lantai Velor mengenakan lencana “1 of 1,969”, menyerlahkan lagi individualiti dan tarikannya. 

Dikemasi dalam Leather Dark Maroon, fabrik pique MINI Yours yang serba sporty di samping sulaman berkontras juga dapat dilihat di tempat duduk, dengan kemudahan sokongan paha yang boleh dilaras untuk menaik taraf aspek keselesaan dan juga kelas. Bukan itu sahaja, rivet Final Edition yang dibentuk menggunakan laser, dalam rona Shimmer Copper atau Enigmatic Black, turut menyempurnakan tatareka jentera ini yang unik.

Pemandu dapat menikmati ciri-ciri spesifikasi bertaraf tinggi yang ditawarkan oleh MINI Clubman Final Edition menerusi skrin paparan sentuh 8.8” dengan MINI Navigation System, Apple CarPlay dan juga Papan Pemuka Digital yang benar-benar inovatif. Ciri-ciri kefungsian lain meliputi Comfort Access, Kamera Mengundur dan Bantuan Parkir yang merangkumi Kawalan Jarak Parkir Hadapan, sementara elemen hiburan di dalam kenderaan dibekalkan melalui sistem bunyi keliling HiFi Harman Kardon.

MINI Clubman Final Edition dikuasakan oleh enjin MINI TwinPower Turbo 2 liter, yang menjana 192 kk serta tork bernilai 280 Nm, ia mampu membuat pecutan abad dalam masa 7.2 saat dengan kelajuan tertingginya yang mencecah 226 km/j. Digandingkan dengan Transmisi Automatik Sport Dwiklac Tujuh Kelajuan, kenderaan ini menawarkan keupayaan penukaran gear yang pantas, menyelesakan selain mempunyai efisiensi yang optimum. Kelengkapan standard meliputi sistem Bantuan Memandu yang membekalkan bantuan lampu puncak, info had kelajuan, amaran pejalan kaki dengan fungsi pembrekan ringan (light city braking), dan amaran kawalan penghampiran objek (approach control warning) dengan fungsi pembrekan ringan, membuktikan ketinggian standard keselamatan jentera ini.

MINI Clubman Final Edition akan disediakan dalam tiga warna yang menawan – Nanuq White, Melting Silver III dan Enigmatic Black.

Bantuan Tepi Jalan MINI (MINI Roadside Assistance).

MINI Clubman Final Edition diliputi oleh program Bantuan Tepi Jalan Bertempoh 5 Tahun oleh MINI Malaysia, ia ditawarkan untuk semua kenderaan MINI bersama pelbagai perkhidmatan komprehensif yang merangkumi Bantuan Kemalangan 24 jam, 365 hari setahun; Talian Bantuan dan Kecemasan; Servis Penundaan Percuma dan sekiranya perlu (lebih daripada 200 KM dari tempat kediaman); Kenderaan Ganti; Mobiliti Lancar (Seamless Mobility); Akomodasi; Solusi Servis Mobiliti serta servis Repatriasi.

Program Bantuan Tepi Jalan MINI (MINI Roadside Assistance) boleh diakses dengan menghubungi talian 1800-88-8808. 

Servis Dalam Talian MINI.

Kini lebih mudah untuk membuat janji temu. Program servis dalam talian yang baharu ini membolehkan para pelanggan menjadualkan servis keperluan mereka secara langsung dengan Wakil Pengedar MINI Bertauliah pilihan masing-masing melalui https://service.mini.my/.

Pembiayaan MINI.

Dengan khidmat pembiayaan “Straight Line” yang disediakan oleh BMW Group Financial Services Malaysia, pemilikan MINI Clubman Final Edition bermula daripada RM 3,692.00 sebulan (berdasarkan anggaran pinjaman sebanyak 80%, perbatuan 100,000 km bagi tempoh tujuh tahun).

MINI Clubman Final Edition didatangkan bersama Waranti Tanpa Had Perbatuan Bertempoh 4 Tahun oleh MINI berserta Servis Berjadual Percuma. Harga runcit yang disyorkan berserta SST (atas jalan, tanpa insurans) ialah:

MINI Clubman Final Edition - RM 318,888.00

Maklumat lanjut mengenai MINI Clubman Final Edition boleh didapati di https://www.mini.my/en_MY/home/mini-editions/clubman-final-edition.html.

1 November 2023
BMW Group

More articles on Auto Pulse
大马BMW在PACE 2023呈献极致豪华电动车首创纯电BMW i5 eDrive40

Created by newsroom | Nov 04, 2023

大马BMW推出了极致豪华与创新的首创纯电BMW i5 eDrive40,进而在2023年优质汽车护理展(PACE)写下了电动行车全新标准。

BMW Malaysia persembahkan Kemewahan Elektrik yang Terunggul, BMW i5 eDrive40 yang sulung di PACE 2023

Created by newsroom | Nov 04, 2023

BMW Malaysia merungkai sebuah kemuncak dalam inovasi dan kemewahan, iaitu jentera elektrik tulen BMW i5 eDrive40 yang baharu dan akan menolak ukur industri dalam arena Mobiliti Elektrik...

BMW Malaysia presents the Ultimate in Electric Luxury, the First-Ever All-Electric BMW i5 eDrive40 at PACE 2023.

Created by newsroom | Nov 03, 2023

BMW Malaysia unveils a pinnacle of luxury and innovation, the First-Ever All-Electric BMW i5 eDrive40, setting new standards in Electric Mobility at the Premium Auto Care Expo (PACE) 2023.

Discussions
Be the first to like this. Showing 0 of 0 comments

Post a Comment