Pharmaceutical News and Info

Benarkah Galen Centre tidak menyokong syarikat Bumiputera?

kalofarmako
Publish date: Wed, 18 Sep 2019, 11:53 AM

Benarkah Galen Centre tidak menyokong syarikat Bumiputera?

Hari ini sekali lagi Azrul Khalib melalui Galen Centre bersuara seolah-olah menjatuhkan hukum kepada syarikat Bumiputera. Serangan terkini kepada syarikat Pharmaniaga. Walaupun minggu lepas Timbalan Menteri Kesihatan dah cakap, Pharmaniaga bukan monopoly, Galen masih giat menuduh. Adakah ini usaha beliau untuk jatuhkan syarikat bumiputera? Kenapa sampai begitu sekali beliau cuba menidakkan kenyataan

Kenyataan Timbalan Menteri Kesihatan:
1. https://www.malaysiakini.com/news/428957
2. https://www.thestar.com.my/news/nation/2018...ver-meds-supply

Ini berdasarkan jawapan Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad semasa ditanya isu monopoli Pharmaniaga dalam soal ubat-ubatan. Pada 2017, perbelanjaan kementerian untuk ubat-ubatan dan barangan yang boleh dibeli adalah sekitar RM3.3 bilion. Sebanyak 33.4 peratus (RM 1.1bilion) adalah perbelanjaan farmaseutikal dari syarikat konsesi sementara 66.6 peratus (RM2.2bilion) telah dibeli melalui kontrak atau sebut harga. Hasil daripada proses tender, 89 pembekal lain dipilih pada tahun 2017. Ini menunjukkan Pharmaniaga bukan pemegang konsesi tunggal yang membekalkan kepada Kementerian Kesihatan.

Hari ini, Azrul tampil dan buat kenyataan; “Existing middlemen practices, such as the use of Bumiputera tender agents, have contributed to the increasing cost of public healthcare over the past decades and has made it costly for both the government and Malaysians. We need to cut out the middlemen,” he added. (Link: https://themalaysianreserve.com/2019/09/17/...t-says-expert/)

Kenapa spesifik serangan kepada Bumiputera tender? Sedangkan sudah dimaklumkan Kementerian Kesihatan sendiri. Kenyataan Azrul yang lebih sudu daripada kuah ini, mengejutkan. Sudah la memanggil diri beliau “expert”

Kalau tengok balik orang-orang dalam Galen Centre ni, tiada seorang pun sebenarnya dalam bidang kesihatan

user posted image

user posted image

Dr Madeline Berma adalah pendidik dan pakar ekonomi. Azrul ini pula graduan Sains bukan sains perubatan.

Jadi apa kredibiliti Galen Centre? Adakah semata-mata untuk menyerang syarikat bumiputera?

Discussions
Be the first to like this. Showing 0 of 0 comments

Post a Comment