Sslee blog

kelulusan untuk beroperasi dengan syarat-syarat tertentu kepada pihak industry:

Sslee
Publish date: Wed, 18 Mar 2020, 08:57 PM
Sslee
0 235
This is my blog

Dear all,

kelulusan untuk beroperasi dengan syarat-syarat tertentu kepada pihak industry:

https://www.penerangan.gov.my/japenv2/wp-content/uploads/2020/03/2.-KENYATAAN-MEDIA-MKN-PERGERAKAN-KAWALAN-COVID19-MITI.doc.pdf

1. Kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah mengambil tindakan proaktif dengan melaksanakan sesi libat urus bersama pihak Industri pada 17 Mac 2020, yang dihadiri oleh persatuan-persatuan industri dan dewan dewan perniagaan antaranya Federation of Malaysian Manufacturers (FMM), National Chamber of Commerce and Industry of Malaysia (NCCIM), American Malaysian Chamber of Commerce (AMCHAM) dan The Japanese Chamber of Trade and Industry, Malaysia (JACTIM) yang mewakili industri pembuatan negara.

2. Kerajaan menyambut baik kefahaman pihak industri berkaitan kewajaran peraturan kawalan pergerakan yang dilaksanakan oleh Kerajaan bagi membendung penularan wabak COVID-19.

3. Dalam hal ini, Kerajaan amat prihatin dan memandang serius akan cabaran yang dihadapi oleh pihak industri dan turut mengambil maklum akan kepentingan sektor industri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini berkuatkuasa. Kerajaan akan terus bekerjasama dengan komuniti industri khususnya dalam memastikan perkhidmatan bekalan penting tidak terputus.

4. Sehubungan itu, Kerajaan telah memberikan kelulusan untuk beroperasi dengan syarat-syarat tertentu kepada pihak industry pembuatan yang berkenaan, terutamanya yang mengeluarkan produk-produk yang ditakrifkan sebagai kritikal (seperti di Lampiran A), dengan operasi pekerja di tahap minima dan penggiliran pekerja dilaksanakan. Industri yang dipertimbangkan juga perlu bertanggungjawab untuk memastikan langkah-langkah saringan dan pencegahan wabak COVID-19 wajib dilaksanakan diperingkat syarikat demi keselamatan pekerja dan pelanggan.

Lampiran A

SENARAI SEKTOR PEMBUATAN KRITIKAL YANG DIBENARKAN BEROPERASI TERTAKLUK KEPADA SYARAT-SYARAT MITI

A. Senarai Barang Penting yang Diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan (KKM)

Produk

1. Makanan dan minuman termasuk barang-barang yang diimport

• Beras

• Gula

• Minyak sayuran dan lemak haiwan

• Tepung dan bijirin

• Roti

• Air

• Produk tenusu – susu dan formula bayi

• Rempah ratus

• Makanan kering

• Kopi dan teh

• Makanan dalam tin

• Daging

• Ayam

• Makanan haiwan / ternakan

• Proses buah dan sayuran

2. Pertanian dan perikanan, termasuk import

• Ikan dan makanan laut

• Buah-buahan

• Sayur-sayuran

3. Produk barangan rumah

• Bahan pencuci

• Bahan pembasmi kuman

Sanitisers

• Barang penjagaan diri

• Tisu tandas dan kertas tisu

4. Peralatan Perlindungan Peribadi (Personal Protective Equipment - PPE)

termasuk Peralatan Keselamatan Kebakaran dan Pakaian Perubatan termasuk

topeng muka, sarung tangan getah.

5. Farmaseutikal – semua bahan kimia dan ubat-ubatan

6. Bahan pembungkusan dan percetakan, termasuk dakwat

7. Peranti perubatan dan pembedahan

8. Bahagian untuk alat perubatan misalnya bahagian untuk ventilator

 

B. Senarai Produk Yang Merupakan Sebahagian Daripada Rantaian Bekalan Produk Penting Bagi Pengecualian Sekatan Pergerakan

Produk

1. Minyak dan Gas

2. Petrokimia

• Resin PTA & PET

• Serat poliester & filament

• Polypropylene & polyethylene

• Resin ABS & MABS

Maleic Anhydride

• Resin Pes PVC (PVC Paste Resins)

Expanded EPE

Impact modifiers & processing aids

Styrene Monomer

Styrene Butadiene Latex

Polystyrene

3. Bahan dan produk kimia – Baja dan Racun

4. Elektrikal & Elektronik (E&E) termasuk semikonduktor

 

MAJLIS KESELAMATAN NEGARA

JABATAN PERDANA MENTERI

18 MAC 2020

Discussions
Be the first to like this. Showing 0 of 0 comments

Post a Comment