Oil and Gas Malaysia News

Pendapatan diraih Sapura Energy meningkat

acinanatucer
Publish date: Fri, 06 Dec 2019, 05:40 PM

KUALA LUMPUR: Perolehan Sapura Energy Bhd meningkat kepada RM1.77 bilion pada suku ketiga berakhir 31 Oktober 2019 daripada RM1.20 bilion yang dicatatkan tempoh sama 2018.

Bagaimanapun, syarikat minyak dan gas itu merekodkan kerugian bersih yang berulang iaitu pada RM100.89 juta berbanding RM31.09 juta bagi tempoh yang sama.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sapura Energy, Tan Sri Shahril Shamsuddin, berkata peningkatan perolehan menunjukkan sejumlah besar projek atau aktiviti masih di peringkat awal pelaksanaan, khususnya membabitkan kejuruteraan dan pemerolehan, dengan margin projek lebih rendah.

Beliau berkata, prestasi syarikat bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini menunjukkan daya tahan Sapura Energy unuk mengekalkan perniagaan di tengah-tengah keadaan pasaran semasa.

“Kami akan terus menumpukan usaha menjadi lebih baik sejajar dengan langkah kami meningkatkan prestasi operasi, dan mengenal pasti serta mencapai peluang global,” katanya dalam satu kenyataan.

Shahril berkata, nilai perolehan kontrak dalam tangan kini berada pada RM15.1 bilion, dengan pemerolehan kontrak bernilai besar baru-baru ini daripada Hess Exploration & Production, Petronas dan Shell Malaysia.

“Kami menjangkakan prospek industri masih mencabar, dan Sapura Energy kekal tekad dalam strategi untuk terus memperolehi lebih banyak peluang global dengan memanfaatkan keupayaan, rekod prestasi dan asas aset yang kukuh,” katanya.

 

Sources: Bernama

Related Stocks
Market Buzz
Discussions
Be the first to like this. Showing 0 of 0 comments

Post a Comment