save malaysia!

Keperdanamenterian Muhyiddin: Beberapa Persoalan Awal By A Kadir Jasin

savemalaysia
Publish date: Sun, 01 Mar 2020, 03:34 PM

SUNDAY, MARCH 01, 2020 


 
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
 
MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.
 
Muhyiddin Mohd Yassin angkat sumpah Perdana Menteri
PENYOKONG Tun Dr Mahathir Mohamad tidak perlu terlalu dukacita, sedih dan kecewa. Perjuangan belum selesai sehingga badan dikandung tanah.
 
Dr Mahathir adalah insan perjuangan. Calar-balar politik adalah manifesti komitmen beliau kepada prinsip dan idelisme. Beliau hilang jawatan Perdana Menteri tetapi tidak hilang harga diri.
 
Tan Sri Muhyiddin Yassin diangkat menjadi pengganti walaupun timbul pertikaian mengenai majoriti Ahli Dewan Rakyat yang menyokong beliau.
 
“Saya dikhianati,” isytihar Dr Mahathir di sidang media di Yayasan Albukhary pagi tadi. Dan tanpa bersembunyi, beliau berkata Muhyiddin telah menghianatinya berulang kali.
 
Pakatan Harapan (PH) yang menang Pilihan Raya Umum ke-14 dipinggirkan dan parti-parti yang kalah direstui oleh Raja untuk menubuhkan kerajaan.
 
Demokrasi dilarikan. Mandat rakyat jelata dipersetankan.
 
Maaf cakaplah kalau saya kata inilah kemuncak persekongkolan feksyen Muhyiddin dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang melancarkan operasi kilat di mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) pada 23 Februari lalu.
 
Gerakan yang membelakangkan Dr Mahathir itu adalah bagi membawa Bersatu keluar daripada PH yang sekali gus menyebabkan Kerajaan PH jatuh dan Dr Mahathir tersingkir daripada jawatan Perdana Menteri.
 
Dan dalam masa lapan hari, dengan kelancaran sebuah jam (clockwork precision), Muhyiddin diangkat menjadi Perdana Menteri mewakili feksyen beliau, Umno dan Pas.
 
Kalau ini bukan konspirasi yang terancang, apa lagi?
 
Bayangkanlah rayuan Dr Mahathir kepada MPT tidak diendahkan dan semalam, permohonan beliau kepada Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, tidak dilayan.
 
Jadi bukan lagi keanehan atau ledakan emosi apabila dalam sidang media itu beliau menyifatkan dirinya dikhianati dan mandat rakyat jelata dilacurkan.
 
Malah Dr Mahathir dan PH sejak semalam mempertikaikan bilangan sokongan kepada Muhyiddin berbanding Dr Mahathir yang ada 114 daripada 222 Ahli Dewan Rakyat.
 
Jadi, ke manakah arah tujuan kita? Mari kita pertimbangkan hal-hal berikut:
 
1. Dr Mahathir masih Pengerusi Bersatu kerana peletakan jawatan beliau daripada jawatan itu tidak diterima oleh MPT. Tetapi pada masa yang sama Mahyuddin mengisytihar dirinya Pemangku Presiden;
 
2. Enam orang ahli Dewan Rakyat Bersatu iaitu Dr Mahathir, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Datuk Amiruddin Hamzah, Dr Maszlee Malik dan Edin Syazlee Shith tidak menyokong pencalonan Muhyiddin sedangkan pihak Muhyiddin mendakwa kesemua 36 ahli Dewan Rakyat Bersatu menyokong beliau. Ada dua pertikaian di sini. Pertama, memberi maklumat yang mungkin tidak tepat dan kedua sokongan sebenar yang ada kepada Muhyiddin;
 
3. PH bersama feksyen Dr Mahathir boleh mengemukakan undi tidak percaya terhadap Muhyiddin apabila sidang Dewan bermula 9 Mac ini. Tetapi sebagai Perdana Menteri Muhyiddin berhak meminta supaya sidang ditunda ke satu tarikh lain;
 
4. Beliau boleh menggunakan kuasa eksekutif yang ada di tangannya untuk menarik sokongan daripada feksyen Dr Mahathir dengan menawarkan mereka jawatan dan kedudukan;
 
5. Walaupun gagal menubuhkan kerajaan, PH masih mempunyai bilangan ahli yang besar dalam Dewan Rakyat. Kekuatan ini boleh digunakan untuk mengawal kuasa kerajaan, khususnya dalam memerangi rasuah dan membicarakan para pemimpin Umno yang melakukan rasuah serta jenayah-jenayah berat lain;
 
 
6. Apakah yang akan terjadi kepada feksyen Muhyiddin dalam Bersatu apabila berdepan dengan Umno dan Pas? Harus diingatkan yang ramai ahli Dewan Rakyat Bersatu sekarang adalah wakil rakyat Umno/BN yang melompat masuk Bersatu. Ada kemungkinan Bersatu akan bersatu dengan Umno atau ditelan oleh parti kleptokrat itu; dan
 
7. Kalau Dr Mahathir keluar Bersatu, sama ada secara sukarela atau disingkir, kemungkinan besar ramai ahli akar umbi akan mengikut jejak beliau. Tetapi kalau beliau kekal, feksyen Muhyiddin akan mendapti sukar dan tidak selesa berhadapan dengan beliau setelah menikamnya dari belakang.
 
Kesimpulannya, suka atau tidak, pelantikan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri ke-8 berlaku dalam suasana yang penuh persoalan dan ini akan mencetuskan isu keyakikan kecuali di kalangan pelaung slogan “demi agama, bangsa dan negara” dan oportunis.
 
Nota kaki: Setiausaha Politik yang terus bersama Dr Mahathir adalah Abu Bakar Yahya dan Mohamad Nuhairi Rahmat.
 
Wallahuaklam. Terima kasih.
 
https://kadirjasin.blogspot.com/2020/03/keperdanamenterian-muhyiddin-beberapa.html

 

Discussions
Be the first to like this. Showing 4 of 4 comments

Jokers2020

memang spot on...MY tak akan kekal lama klau kehendak wakil UMNO tak di penuhi..ramai akan lompat balik UMNO dan Bersatu jadi minority parti.hahaha

2020-03-01 16:40

jackfruit

Mo say he save umno from drowning and be given a title like Hang Mo.

2020-03-01 17:53

VWWong

Muhyiddin now is Penyamun's hero. Because he himself is a penyamun. How much corruption was involve when he was a Johor MB?

2020-03-01 18:31

stockraider

Post removed.Why?

2020-03-01 19:13

Post a Comment