Be the first to like this.

6 comment(s). Last comment by RAbbit494 2022-11-26 21:19

George111

243 posts

Posted by George111 > 2022-11-26 12:32 | Report Abuse

Pas is replacing Umno! No mistake about it!

RAbbit494

330 posts

Posted by RAbbit494 > 2022-11-26 15:03 | Report Abuse

kemenangan besar PN PAS disebabkan masalah dalaman UMNO dan ada pengkianat bagi menjatuhkan presiden parti BN . Dengan kewangan besar dari kerajaan shareton sebelum ini ada memperuntukkan wang kerajaan sebanyak rm 600 billion yang entah kemana dibelanjakan oleh PN telah memberi kelebihan kepada parti PN PAS menggunakan modal yang ada digunakan pada PRU15 bagi menagih undi dan merampas peluang PH untuk menagih undi melayu dari undi BN yang punyai masalah parti BN dan kes presiden parti malah bosku telah disabitkan bersalah dan dipenjarakan.

Dengan keputusan pru15 BN telah kalah teruk dan kesemua kerusinya BN yang kalah telah beralih kepada PN PAS dengan itu tiada sebab BN harus berkerjasama dengan PN PAS untuk tubuh kerajaan seperti sebelum ini . BN juga tidak akan dapat menang kembali kerusi yang mereka kalah kepada PN PAS jika mereka berkerjasama bentuk kerajaan sebaliknya akan mengurangkan kerusi yang mereka miliki sekarang.

Dengan keputusan Sultan Agong untuk bentuk kerajaan perpaduan dan melantik Anwar Ibrahim sebagai PM dengan memiliki majoriti kerusi parlimen terbesar berbanding parti lain dan memperolehi undi terbesar melebihi 5 juta dari pengundian rakyat malaysia.
Bagi menghormati titah Baginda parti lain yang menghormatinya akan menyokong kerajaan perpaduan walaupun sebelum ni mereka menyokong PN PAS.

Dengan hampir kesemua parti menyertai kerajaan perpaduan tidak termasuk PN dan PAS masih berbincang ingin menyertai namun belum memberi kata putus . kerajaan perpaduan telah memperolehi majoriti besar setakat ini 148 kerusi .

Hanya berbicara di waktu lapang
Harap maaf jika ada silap kata

DickyMe

14,932 posts

Posted by DickyMe > 2022-11-26 19:48 | Report Abuse

Maknanya, undi Melayu cuma bersandarkan wang suapan dan bukanlah sentimen kaum atau agama. Parti mana yang dapat beri sampul tebal dia dapat undi.

MZM2511

4,553 posts

Posted by MZM2511 > 2022-11-26 20:14 | Report Abuse

Pemimpin mana nak mengaku parti hilang kepercayaan kerana perangai buruk atau tindakan bodoh atau tindakan kepimpinan yang lemah. Undi wang sekadar menidakkan bekas penyokong beralih sokongan kepada pihak lain kerana isu-isu tersebut yang ada dalam parti. He He

MZM2511

4,553 posts

Posted by MZM2511 > 2022-11-26 20:21 | Report Abuse

Pada pengamatan saya, kali ini PN lebih berjaya menarik lebih ramai yang undi parti ini kerana jentera kempen pilihan raya yang lebih tersusun dan mantap berbanding jentera BN yang letih tidak bermaya dan tidak tersusun serta wujudnya perpecahan akibat tindakan Zahid memancung tokoh-tokoh UMNO di sesuatu kawasan tertentu..

RAbbit494

330 posts

Posted by RAbbit494 > 2022-11-26 21:19 | Report Abuse

Sememangnya banyak Undian BN yang akan berubah undi kepada parti lain , ini memang di jangka kerana masalah umno itu sendiri . Dan sebab ini PH begitu yakin dapat menang besar paling kurang 90 kerusi keatas dan 80 kerusi memang pasti boleh dapat dimenangi namun melesat selepas kekalahan beberapa kerusi yang di menangi sebelum ini. Salah satu kerusi permatang pauh nurul izzah anak kepada Anwar Ibrahim namun bernasib baik dapat memenangi kembali beberapa kerusi pengkianat Langkah shareton yang menyebabkan kerajaan PH tumbang belum sampai 2 tahun memerintah.

PN mengagih banyak wang bagi setiap pengundi dari duduk dengar ceramah juga boleh dapat rm 50 dan memakai baju PN sehari dapat rm 50 . Ada pengundi dapat rm 200 dan paling banyak kawasan pagoh rm500 setiap pengundi bagi memastikan presiden PN menang. Belum di kira barangan lain yang digunakan untuk pilihan raya yang sangat mewah pembelanjaannya.

Bukan bermaksud semuanya disebabkan undi sogokkan semata-mata ada juga undi muda terutama melayu yang tidak pasti mengundi parti mana selain umno BN tetapi tidak akan mengundi PH kerana DAP sebab fahaman benci dan takut sekian lamanya . Dan sebab suasana keadaan politik malaysia terwujudlah banyak parti baru dan bebas menjadi calon mencuba nasib mungkin boleh memenangi kerusi BN dan kawasan panas.

Cukuplah setakat ini
Hanya berbicara di waktu lapang
Harap maaf jika ada silap kata


Post a Comment
Market Buzz