Hafizzy's News

Bintai Kinden Raih Peningkatan Perolehan 152% Bagi S1

hafizzysoftdrink
Publish date: Fri, 26 Aug 2022, 01:17 PM

Bintai Kinden Raih Peningkatan Perolehan 152% Bagi S1

Syarikat turut menerima lesen daripada Petronas membolehkannya membida terus bagi projek

Petaling Jaya (26 Ogos) - Pakar perkhidmatan kejuruteraan mekanikal dan elektrik (M&E) Bintai Kinden Corporation Berhad (Bintai Kinden; Bursa: BINTAI, 6998) hari ini mengumumkan bahawa Syarikat mencatatkan peningkatan sebanyak 152.0% dalam perolehan kepada RM30.88 juta bagi suku pertama berakhir 30 Jun 2022 (S1 TK2023) berbanding RM12.26 juta pada suku yang sama tahun kewangan sebelumnya (S1 TK2022) didorong terutamanya oleh sumbangan yang lebih tinggi daripada perniagaan kejuruteraan M&E.

Bintai Kinden melaporkan keuntungan selepas cukai (PAT) sebanyak RM968,000 untuk suku dalam tinjauan, iaitu 23.0% lebih rendah daripada PAT sebanyak RM1.25 juta yang dicatatkan pada S1 TK2022 apabila margin keuntungan kasar menurun kepada 16.45% daripada 30.0% selepas mengambil kira pelbagai pesanan daripada projek M&E yang telah siap.

Perniagaan kejuruteraan M&E Syarikat menyumbang RM26.43 juta untuk S1 TK2023, iaitu peningkatan sebanyak 203.72% berbanding RM8.7 juta pada S1 TK2022. Perniagaan konsesi membawa masuk RM3.6 juta, peningkatan kecil berbanding RM3.55 juta. Bintai Kinden mengendalikan keseluruhan penginapan dalam kampus untuk Universiti Melaka sebagai sebahagian daripada konsesi 25 tahun daripada Kolej Teknologi Islam Melaka Berhad (KTIMB). Sehingga 31 Mac 2022, KTIMB berhutang kepada Bintai Kinden sejumlah RM30.18 juta daripada konsesi itu.

Azri Azerai, Pengarah Eksekutif Bintai Kinden

En. Azri Azerai, Pengarah Eksekutif Bintai Kinden berkata, “Kami akan terus memanfaatkan pengkhususan kejuruteraan M&E teras kami untuk mencari peluang di Malaysia dan di seluruh rantau ini. Lonjakan dalam aktiviti ekonomi berikutan penutupan berselang-seli selama dua tahun sebelumnya akibat COVID-19 pasti akan memberi kesan limpahan yang positif.”

“Melalui anak syarikat tidak langsung kami, Johnson Medical International Sdn Bhd, kami mempunyai niche sebagai penyedia penyelesaian siap pakai bagi infrastruktur penjagaan kesihatan kejuruteraan mudah alih, modular dan luar tapak yang kami ingin kembangkan dan di mana perkhidmatan kejuruteraan M&E kami juga boleh mendapat manfaat. Melalui anak syarikat milik 51% kami, Bintai Energy Sdn Bhd (Bintai Energy), kami telah sibuk meneroka peluang untuk mengedarkan bebibir dan produk paip lain yang berkaitan, serta yang terbaru ialah perjanjian kerjasama perniagaan dengan PT Raintech Indo Energi.”

Bintai Energy juga baru-baru ini telah diberikan diberi lesen oleh Petroliam Nasional Berhad (Petronas) di bawah Kod Kategori Kerja dan Peralatan Standard, untuk syarikat membida projek minyak dan gas (O&G) yang berada di bawah Petronas. Buku pesanan Bintai Kinden meliputi M&E serta projek O&G berjumlah RM120.43 juta.

Discussions
Be the first to like this. Showing 0 of 0 comments

Post a Comment