Update

SAHAM IPO SYNERGY HOUSE TERLEBIH LANGGANAN 14.02 KALI

MHAB1990
Publish date: Mon, 22 May 2023, 09:44 PM

SAHAM IPO SYNERGY HOUSE TERLEBIH LANGGANAN 14.02 KALI

KUALA LUMPUR, 22 MEI 2023 – SYNERGY HOUSE BERHAD  ("Synergy House" atau "Kumpulan"), penjual e-dagang rentas sempadan dan pengeksport perabot perabot rumah sedia dipasang (“RTA”), mengumumkan bahawa peruntukan saham kepada orang ramai Malaysia daripada tawaran awam permulaan (“IPO”) telah terlebih langganan sebanyak 14.02 kali.

IPO Synergy House melibatkan penerbitan 130 juta saham atau 26% daripada jumlah saham terbitan Kumpulan yang diperbesarkan yang terdiri daripada terbitan awam sebanyak 80 juta saham dan tawaran untuk jualan sebanyak 50 juta saham. Terbitan saham itu telah disediakan untuk permohonan mengikut sebagaimana berikut:

Terbitan awam

Tawaran runcit

        25 juta saham melalui pengundian kepada orang ramai Malaysia

        12.5 juta saham kepada orang yang layak terdiri daripada pengarah, pekerja dan rakan perniagaan

Penempatan persendirian

        30 juta saham kepada pelabur terpilih

        12.5 juta saham kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (“MITI”)

Tawaran untuk jualan

        50 juta saham melalui penempatan persendirian kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan oleh MIT

Sebanyak 12,347 permohonan untuk 375,416,300 saham terbitan dengan nilai RM161,429,009 diterima daripada orang ramai Malaysia, mewakili kadar lebihan langganan keseluruhan sebanyak 14.02 kali. Daripada jumlah ini, sebanyak 7,277 permohonan untuk 164,159,100 saham terbitan diterima bagi bahagian Bumiputera, mewakili kadar lebihan langganan sebanyak 12.13 kali. Bagi bahagian awam Malaysia yang selebihnya, sejumlah 5,070 permohonan untuk 211,257,200 saham terbitan telah diterima, mewakili kadar terlebih langganan sebanyak 15.90 kali.

12.5 juta saham terbitan yang disediakan untuk permohonan oleh orang yang layak juga telah dilanggan sepenuhnya.

Pengarah Eksekutif Synergy House, Encik Tan Eu Tah

Pengarah Eksekutif Synergy House, Encik Tan Eu Tah berkata, "Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pelabur atas kepercayaan mereka terhadap kami dan potensi Synergy House. Permintaan pasaran untuk perabot rumah kekal teguh dan kami percaya Kumpulan berada pada kedudukan yang baik untuk memanfaatkan pasaran e-dagang perabot global yang semakin berkembang."

Synergy House Berhad akan disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 1 Jun 2023.

Related Stocks
Market Buzz
Discussions
Be the first to like this. Showing 0 of 0 comments

Post a Comment