News Wire

Moomoo Lancar Aplikasi Super Pelaburan Semua Dalam Satu di Malaysia; Memperkasakan Pendigitalan Kewangan Tempatan

newswire
Publish date: Wed, 28 Feb 2024, 04:35 PM
newswire
0 47
This blog publishes official company/market news and press releases.

Dennis Jee (kiri), Ivan Mok, Datuk Muhamad Umar Swift, Robin Xu, dan Erika Chiang bersama-sama mempromosikan platform Moomoo untuk memasuki pasaran Malaysia.

  • Antara firma pembrokeran digital global pertama yang dikurniakan Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal; komited ke arah menggalakkan keterangkuman kewangan dan memangkin pertumbuhan dalam pasaran modal tempatan
  • Teknologi tercanggih, perdagangan yang serba lancar dan akses percuma kepada sumber komprehensif bertaraf profesional yang bakal mengubah pengalaman pelaburan untuk rakyat Malaysia

Kuala Lumpur, Malaysia – Selasa, 27 Februari 2024 - Moomoo, aplikasi super pelaburan semua dalam satu tercanggih dilancarkan secara rasmi di Malaysia hari ini. Berbekalkan misi untuk menggalakkan inovasi kewangan tempatan dan memperkasakan pengguna, syarikat itu bakal menyediakan pengalaman pelaburan digital yang profesional, boleh dipercayai dan berinovasi kepada pelabur Malaysia.


Komited ke arah Inovasi Teknologi dan Keterangkuman Kewangan: Memacu Pendigitalan Kewangan Malaysia

Futu Malaysia Sdn. Bhd. (“Moomoo MY”) adalah antara firma pembrokeran digital global pertama yang dikurniakan Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (“SC”). Lesen itu membolehkan Moomoo MY menawarkan perkhidmatan perdagangan dan penjelasan sekuriti dan derivatif untuk kedua-duanya. Syarikat itu telah mengadakan majlis pelancaran rasmi di Kuala Lumpur hari ini yang dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Berhad, Datuk Muhamad Umar Swift; Rakan Kongsi Kanan, Naib Presiden Kanan dan Ketua Asia Tenggara dan Oseania Futu Holding Limited, Robin Xu; Ketua Pegawai Eksekutif Moomoo Malaysia, Ivan Mok; Ketua Pegawai Operasi Moomoo Malaysia, Dennis Jee; serta eksekutif-eksekutif kanan yang lain.

“Kemasukan Moomoo ke Malaysia menggariskan komitmen kami terhadap pemerkasaan pelbagai pasaran kewangan menerusi teknologi. Berpegang kepada misi kami untuk ‘Menjadikan pelaburan lebih mudah, bukan bersendirian’, kami berusaha untuk menggalakkan kesaksamaan maklumat, pembukaan akses, dan penciptaan nilai dalam ekonomi Malaysia yang dinamik. Menerusi teknologi, kami bertujuan untuk menggalakkan kesaksamaan maklumat, membuka lebih banyak akses kepada pelaburan dan pengurusan kekayaan, serta mencipta nilai untuk pelabur dan pasaran modal tempatan. Ekonomi Malaysia yang dinamik, ditambah pula dengan sokongan dasar baru-baru ini, telah menyaksikan pembangunan pesat dalam pasaran modalnya. Sebagai sebuah platform pelaburan yang menghubungkan 21 juta pelabur runcit di seluruh dunia, kami membayangkan kerjasama dengan bursa-bursa, badan-badan pengawalseliaan, dan rakan-rakan kongsi dalam tempoh terdekat untuk menjadi sebuah gerbang yang menghubungkan produk pelaburan Malaysia dengan pasaran modal dan pelabur global,” kata Rakan Kongsi Kanan, Naib Presiden Kanan dan Ketua Asia Tenggara dan Oseania Futu Holding Limited, Robin Xu.

“Malaysia dengan populasi yang agak muda telah menyaksikan peningkatan dari segi minat dalam pelaburan terarah sendiri. Komitmen negara terhadap pembangunan teknologi dan inovasi telah mendorong kami untuk memilih Malaysia sebagai destinasi kedua untuk mengembangkan kehadiran kami di Asia Tenggara selepas Singapura. Dengan perkembangan pesat landskap fintech (teknologi kewangan) di Malaysia dan rangka kerja pengawalseliaan yang bersifat menyokong, wujud permintaan yang jelas untuk penyelesaian pelaburan berinovasi. Kami yakin bahawa kami dapat mencipta semula kejayaan yang telah kami saksikan di Singapura di sini dan berganding bahu dengan para pelabur dan peserta pasaran untuk meningkatkan lagi daya saing pasaran modal dan infrastruktur kewangan Malaysia di peringkat serantau dan antarabangsa,” tambah Xu.

Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Berhad, Datuk Muhamad Umar Swift, mengalu-alukan kemasukan Moomoo MY ke Malaysia, dan sebagai Organisasi Peserta Bursa. “Dalam pasaran yang dipacu oleh teknologi hari ini, adalah penting untuk industri memanfaatkan sepenuhnya data dan alat digital untuk menjadikan pelaburan lebih mudah diakses dan lebih cekap. Pelabur mahukan pilihan, dan kami menggalakkan semua Organisasi Peserta untuk menggunakan kuasa teknologi baharu bagi meningkatkan pengalaman pelaburan para pelabur, dan menggalakkan lagi keterangkuman kewangan di Malaysia. Kami mengucapkan tahniah kepada Moomoo MY atas pelancaran aplikasi pelaburan yang berinovatif sempena kemasukannya ke Malaysia.”


Memecahkan Halangan: Mendemokrasikan Peluang Pelaburan

Selain memperkasakan infrastruktur kewangan tempatan, Moomoo Malaysia juga komited untuk memudahkan setiap pelabur memulakan perjalanan pelaburan mereka dan menjamin masa depan kewangan mereka. Menerusi pelbagai alat penganalisisan canggih dan bertaraf profesional termasuk Peta Haba, Penyaring Saham, Penjejakan Institusi, Rantaian Industri, dan Pemantau Pasaran, Moomoo mengubah landskap pelaburan menerusi inovasi teknologi.

Pelabur Malaysia kini mempunyai akses kepada Moomoo, yang menawarkan pelbagai ciri termasuk akses kepada lebih 1,000 saham Malaysia dan 9,000 saham AS, ETF, alat penganalisisan yang dikuasakan oleh AI, sumber penyelidikan, keupayaan carta lanjutan, data masa sebenar, dan berita terkini daripada lebih 150 agensi media terkemuka – semuanya boleh didapati secara terus dalam platform Moomoo. Pemegang akaun universal Moomoo MY akan menikmati akses percuma kepada 3 sebut harga kedalaman pasaran saham Malaysia Tahap 1 dan 60 sebut harga kedalaman pasaran saham AS Tahap 2. Platform ini juga akan menawarkan dagangan tanpa komisen ke atas saham serta ETF bagi pasaran Malaysia dan AS untuk jangka masa yang terhad.

Ketua Pegawai Eksekutif Moomoo Malaysia, Ivan Mok menegaskan, “Pengguna kami akan mendapat manfaat daripada akses tanpa had kepada peralatan dan sumber bertaraf profesional, yang selalunya dikaitkan dengan perkhidmatan premium. Ini mengukuhkan lagi komitmen kami terhadap usaha memberikan peluang yang sama rata, menjadikan pelaburan terarah sendiri mudah, senang, dan boleh diakses oleh semua orang, tanpa mengira tahap pengalaman mereka.”


Memperkasakan Keterangkuman dan Celik Kewangan

Selain menyediakan pengalaman dagangan yang lebih baik dan lancar kepada para pengguna, Moomoo MY juga komited ke arah meningkatkan kadar celik kewangan dengan menawarkan lebih daripada 600 kursus pelaburan percuma menerusi Pembelajaran Moo. Komitmen ini memastikan bahawa semua pelabur, sama ada yang baharu atau berpengalaman, mempunyai akses kepada bahan pendidikan bagi meningkatkan kepakaran mereka dan sentiasa mendahului trend industri.

Satu lagi ciri unik platform ini ialah komuniti dalam taliannya yang aktif dan bertenaga, menghubungkan lebih daripada 1,000 pakar dan pemimpin pendapat utama (KOL) dalam komuniti pelaburan global yang terdiri daripada lebih 21 juta ahli. Komuniti Moo bertindak sebagai hab untuk kerjasama pembelajaran, membolehkan para peserta bertukar idea, maklumat, dan pengalaman pelaburan, serta memupuk semangat saling sokong-menyokong demi pertumbuhan dan pembangunan bersama.

“Moomoo menggabungkan akses serta pelbagai peralatan dan sumber pendidikan yang komprehensif dengan sempurna, bagi memberikan pengalaman pelaburan yang dapat menembusi sempadan tradisional. Platform kami direka khusus untuk mengubah cara orang ramai melabur, dan memperkasakan pelabur Malaysia dengan peralatan dan sumber yang mereka perlukan untuk bukan sahaja mengambil bahagian, tetapi juga berjaya dalam pasaran kewangan,” ujar Ketua Pegawai Operasi Moomoo Malaysia, Dennis Jee.


Promosi Eksklusif untuk Pelabur Malaysia

Sempena pelancaran rasminya, Moomoo MY turut melancarkan promosi dan faedah eksklusif untuk pelabur Malaysia. Mulai hari ini hingga 31 Mac 2024, pengguna baharu yang berjaya membuka akaun universal Moomoo MY dan meletakkan deposit berjumlah RM8000 akan layak untuk mendapatkan saham Apple secara percuma. Mereka yang berjaya membuka akaun universal Moomoo MY dengan deposit terkumpul RM500 akan menerima ganjaran tunai RM100.

Selain itu, pedagang yang membuat sekurang-kurangnya satu transaksi menggunakan akaun universal Moomoo MY mereka di sepanjang tempoh promosi tersebut, akan menerima akses percuma selama satu bulan untuk data pasaran MY Tahap 2. Pengguna boleh mengumpulkan sehingga 6 bulan data pasaran MY Tahap 2 secara percuma semasa tempoh ini.


Pelabur Malaysia boleh memuat turun aplikasi ini dari Apple App Store atau Google Play Store untuk memulakan perjalanan pelaburan mereka dengan Moomoo. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Moomoo Malaysia dan perkhidmatannya, sila kunjungi https://bit.ly/mqnmoomoo

Untuk maklumat lanjut mengenai faedah pembukaan akaun, sila kunjungi https://klse.i3investor.com/web/blog/detail/MQAnnouncement/2024-02-28-story-h-187497325-Good_news_The_Moomoo_MY_platform_has_officially_launched_Free_giveaway_

More articles on News Wire
Discussions
Be the first to like this. Showing 0 of 0 comments

Post a Comment