News Wire

Rakuten Trade Memberi Ganjaran Tesla Model Y Kepada Jurutera Bertuah

newswire
Publish date: Mon, 06 May 2024, 05:34 PM
newswire
0 47
This blog publishes official company/market news and press releases.

Keterangan Gambar : Yee Yit Tong (39) (tengah) dari Perak tersenyum lebar selepas menjadi pemilik Tesla Model Y serba baharu. Beliau diapit oleh Timbalan Ketua Pegawai Pemasaran Rakuten Trade, Tracy Anne Leong (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif KazumasaMise (kanan).

Kuala Lumpur, 6 Mei 2024: Rakuten Trade Sdn. Bhd. (Rakuten Trade), perintis dalamperkhidmatan pembrokeran sepenuhnya di Malaysia, telah merancakkan pasaran sempenapelancaran Tesla Malaysia dengan Kempen ‘Tesla Share Giveaway’ (Pemberian SahamTesla). Ini diikuti pula oleh kempen ‘Trade Smart & Win A Tesla’ (Berdagang Bijak & MenangiTesla), memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk memenangi sebuah Tesla Modal Yserba baharu bernilai lebih daripada RM200,000. Dengan matlamat menggalakkan pelaburindividu untuk berdagang, kedua-dua kempen ini mendapat sambutan hebat daripadaorang ramai.

Pemenang Tesla baharu, En. Yee Yit Tong (seorang jurutera berumur 39 tahun dari Tapah,Perak) berkata beliau mula berdagang menerusi Rakuten Trade pada 2019. “Platform ini memang sesuai untuk saya menguji idea dagangan dan meneroka keupayaan diri saya sebagai pedagang. Yuran yang broker rendah dan program ganjarannya menjadikan platform ini pilihan yang paling menjimatkan kos bagi saya, sementara ciri-ciri yang mudah digunakan membantu saya melabur di Bursa Malaysia dengan yakin.”

Yee berdagang lebih daripada 200 kali dalam tempoh tiga bulan terakhir 2023 menerusi platform Rakuten Trade, menjadikan kemenangan Tesla ini satu “kejutan yang sungguh menarik lagi mengujakan”. Nasihatnya kepada pedagang baharu dan peringkat pertengahan? “Jangan takut untuk melabur dalam pasaran saham. Dengan alat dan sumber yang sewajarnya, pelaburan saham boleh memberikan ganjaran yang besar.”

Kempen ‘Trade Smart & Win A Tesla’ diadakan dari 1 Oktober – 31 Disember 2023. Cara penyertaan amat mudah: lebih banyak anda berdagang, lebih tinggi peluang untuk menang.Setiap urusan jual beli yang dilakukan di Bursa Malaysia, NYSE/NASDAQ, atau Bursa Saham Hong Kong mendapat satu penyertaan dalam cabutan bertuah.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Rakuten Trade, En. Kazumasa Mise, berkata, "Walau punprestasi saham Tesla turun naik dengan ketara dalam tempoh setahun lepas, sambutan terhadap kempen berkaitan Tesla dan permintaan bagi sahamnya tetap kukuh. Di RakutenTrade, kami komited untuk menyediakan alat yang diperlukan oleh pelabur biasa untuk memperkasakan dan memudahkan mereka melibatkan diri dalam pasaran saham.Kejayaan kempen ini membuktikan kefahaman mendalam kami tentang kehendak pelanggan. Kami berharap untuk terus menggalakkan rakyat Malaysia untuk melabur menerusi inisiatif menarik seperti ini."

Kempen ‘Trade Smart & Win A Tesla’ telah merancakkan aktiviti dagangan pada sukuterakhir 2023. Peningkatan ini mencerminkan minat dalam kalangan rakyat Malaysia bagipasaran domestik dan antarabangsa, disokong oleh sektor teknologi yang berkembangpesat daripada Kenderaan Elektrik (EV) dan Kecerdasan Buatan (AI).

Setelah beroperasi hampir tujuh tahun, Rakuten Trade terus melangkah maju, dengan lebih daripada 280,000 akaun yang diaktifkan, serta mengendalikan dagangan bernilai lebih daripada RM130 bilion meliputi tiga pasaran. Pencapaian ini memperlihatkan permintaan berterusan dalam kalangan pelabur tempatan bagi perkhidmatan Rakuten Trade, satu trend yang masih kekal. Dengan aset pelanggan melebihi RM4.3 bilion di bawah pentadbiran,Rakuten Trade terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peserta runcit penting dalam sektor kewangan tempatan.


Untuk maklumat lanjut, sila layari www.rakutentrade.my


Mengenai Rakuten Trade Sdn Bhd (“Rakuten Trade”)

Rakuten Trade (楽天トレード) ialah hasil usaha sama antara Kenanga Investment Bank Berhad iaitubank pelaburan bebas terulung di Malaysia dan Rakuten Securities, Inc. sebahagian daripada Rakuten Group, Inc. (“Rakuten Group”) di Jepun, syarikat pelopor inovasi global. Pada 2018, RakutenTrade dipilih sebagai Syarikat Fintech (Teknologi Kewangan) Terbaik dan baru-baru ini menerima anugerah Pengalaman Broker Digital Terbaik daripada Asian Business Review. Platform FinTechnyamemberikan peluang kepada pelabur untuk menikmati pengalaman pembrokeran saham dalamtalian sepenuhnya termasuk pembukaan akaun, maklumat pasaran masa sebenar, pelaksanaan dan penjelasan dagangan, laporan penyelidikan dan juga ganjaran. Rakuten Trade memegang LesenPerkhidmatan Modal Pasaran (“CMSL”) terhad daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia untukmenjual beli sekuriti tersenarai dan menawarkan khidmat nasihat pelaburan.

Discussions
Be the first to like this. Showing 0 of 0 comments

Post a Comment