Meski kita telah membuat kajian teknikal dan fundamental tetapi emosi masih menguasai kita. Selagi kita tidak dapat mengawal emosi, kurang sabar, kerugian akan sentiasa menanti.
Katakanlah kita bid pada harga 0.060. Hari pertama gagal. Hari kedua gagal. Hari ketiga kita bid 0.065 tetapi pada hari tersebut harga close 0.060!
Katakanlah satu kaunter buka 0.075 dan volume tinggi. Sekurang-kurangnya kita bid 0.070. Lantaran emosi dan kurang SABAR kita langsung beli dengan harga 0.075.
Selepas berjaya membeli dengan harga tersebut harga langsung turun ke 0.070.
Perkara ini sering terjadi kepada pemula walaupun telah dipesan berkali-kali, "Buat kajian dulu sebelum beli. Kawal emosi. SABAR!"
Al Misbah
Semalam banyak kaunter ditutup rendah."Nampaknya pasaran akan membetulkan emosi terlampaunya terutama saham saham kecil." Bagus!
2014-08-21 10:16