Hafizzy's News

Subang Parade Anjur Merdeka Fiesta Sambut Hari Kebangsaan

hafizzysoftdrink
Publish date: Wed, 24 Aug 2022, 11:53 AM

Subang Parade Anjur Merdeka Fiesta Sambut Hari Kebangsaan

  • Pertunjukan Fesyen Batik, Tenun dan Songket, Bazar dan Zoo Belaian antara acara dari 27-31 Ogos 2022
  • Sesi perkongsian dan demonstrasi memasak turut diadakan sepanjang minggu Merdeka

Kuala Lumpur (24 Ogos) – Pelbagai aktiviti mesra keluarga bakal diadakan oleh Subang Parade, sebuah pusat beli-belah milik Hektar Real Estate Investment Trust (Hektar REIT), mengambil inspirasi daripada tema Hari Kebangsaan negara, “Keluarga Malaysia Teguh Bersama”, sambil menyokong budaya dan pereka tempatan.

Menepati tema, acara yang dinamakan Subang Parade Merdeka Fiesta, bakal diadakan pada 27-28 Ogos dan pada 31 Ogos 2022, merangkumi aktiviti seperti pertunjukan fesyen yang meraikan kekayaan tradisi Batik, Tenun dan Songket Malaysia serta mempamerkan bakat tempatan serta bazar yang menampilkan barangan buatan dan keluaran tempatan, demonstrasi memasak masakan tempatan, demonstrasi hobi dan juga zoo belaian untuk membawa bersama keluarga, jiran dan rakan-rakan.

Pelancaran pertunjukan fesyen Subang Parade yang unik pada 27 Ogos ini akan menampilkan pereka seperti Calvin Thoo yang terkenal dengan pengkhususan dalam fabrik tradisional.

Puan Aldela Puspa bin Nordin, CEO Hektar Property Services Sdn Bhd, pengurus hartanah Subang Parade berkata, “Merdeka Fiesta disatukan untuk memberi kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia tentang kekayaan warisan dan kepentingan bersama, nilai dan sejarah negara, membantu membina asas yang kukuh untuk masa depan. Pertunjukan fesyen Batik, Tenun dan Songket serta pameran kebanyakan barangan keluaran tempatan akan menjadi pameran yang bagus mengenai semua perkara Malaysia.”

Calvin Thoo menjelaskan, “Batik adalah Malaysia. Seni rumit membuat fabrik batik dan tenunan Malaysia yang berkualiti kekal sebagai proses tradisional dan kemahiran yang diwarisi dari generasi ke generasi dalam perniagaan keluarga dan dalam persatuan harus dipelihara. Kain batik telah diterima pakai sejak turun-temurun daripada orang Melayu oleh kumpulan etnik yang berbeza dalam masyarakat berbilang budaya Malaysia.”

Turut diadakan ialah pameran khas batik dan songket tradisional buatan tangan dan direka oleh penghuni Penjara Kelantan, satu inisiatif yang membanggakan di bawah Yang Teramat Mulia Tengku Puan Temenggong Kelantan Tunku Puan Sri Dato' Hajjah Noor Hayati binti Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj '.

Sepanjang tiga hari Subang Parade Merdeka Fiesta, terdapat juga kempen pengambilan haiwan peliharaan di samping zoo belaian haiwan peliharaan. Terdapat juga tutorial dan demonstrasi, antara lain, berkaitan solekan dan pembinaan terarium. Untuk hijabista, ada tutorial yang akan berlangsung pada 28 dan 31 Ogos.

Dato’ Zamzani Abdul Wahab, lebih dikenali sebagai ‘Chef Zam’, seorang chef selebriti popular Malaysia, akan mempamerkan kepakaran memasaknya pada 31 Ogos 2022 melalui beberapa demonstrasi masakan. Terdapat juga persembahan oleh artis terkenal.

Ketua Pegawai Eksekutif Hektar Asset Management Sdn. Bhd. Johari Shukri bin Jamil

Ketua Pegawai Eksekutif Hektar Asset Management Sdn. Bhd. (“Hektar Asset Management”), En. Johari Shukri bin Jamil berkata, “Kami amat bersyukur dan teruja kerana dapat berkumpul bersama dan berkongsi pengalaman gembira di Subang Parade, yang juga merupakan pusat membeli-belah serantau pertama yang dibuka di Selangor pada tahun 1988. Merdeka Fiesta mempamerkan budaya dan akar umbi Malaysia yang kita mahu bukan sekadar mempertahankannya tetapi berkongsi dengan seluruh dunia. Ini termasuk bukan sahaja tradisi masakan kita tetapi juga fesyen dan seni kita seperti yang dapat dilihat daripada rekaan batik dan songket yang dipersembahkan di sini.”

“Subang Parade telah menjadi pusat keluarga dan pekerja di kawasan kejiranan sekitar selama lebih 30 tahun. Sejak itu, pusat beli-belah itu telah melalui beberapa penambahbaikan dan pengubahsuaian untuk memastikan ia kekal di atas trend pasaran sambil memenuhi sasaran pasaran kami. Kami mahu kekal sebagai tempat berkumpul utama untuk keluarga dan rakan-rakan di Lembah Klang dan kami akan terus menaik taraf kemudahan serta memperkenalkan jenama dan perkhidmatan runcit baharu untuk memastikan mereka mendapat sebanyak mungkin daripada lawatan mereka ke pusat membeli-belah itu.”

Subang Parade berharap untuk mengalu-alukan semua orang dengan selamat dan ingin semua pengunjung terus mematuhi penjarakan sosial dan memakai pelitup muka pada setiap masa.



Discussions
Be the first to like this. Showing 0 of 0 comments

Post a Comment