Hafizzy's News

Leon Fuat Berhad Catat Peningkatan Hasil Jualan 35.8% bagi S2 ke RM250.93 Juta

hafizzysoftdrink
Publish date: Mon, 29 Aug 2022, 09:55 PM

Leon Fuat Berhad Catat Peningkatan Hasil Jualan 35.8% bagi S2 ke RM250.93 Juta

Kumpulan Syarikat tingkatkan pemantauan ke atas harga keluli dan tukaran asing disebabkan kemudahmeruapan pasaran komoditi dan ringgit melemah

SHAH ALAM (29 OGOS) LEON FUAT BERHAD (Leon Fuat), pengilang dan peniaga produk keluli yang mengkhusus dalam keluli bergulung panjang dan rata, hari ini melaporkan peningkatan 35.8% dalam hasil jualan ke RM250.93 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2022 (S2TH2022) berbanding RM184.78 juta yang dicatatkan dalam suku yang sama tahun kewangan sebelumnya (S2TH2021).

Kumpulan Syarikat mencatatkan keuntungan sebelum cukai (PBT) RM18.04 juta untuk S2TH2022, penurunan 57.6% dari RM42.57 juta yang dicatatkan pada S2TH2021 dan merekodkan keuntungan selepas cukai (PAT) RM14.02 juta, yang merupakan penurunan 56.3% dari RM32.12 juta yang dilaporkan pada suku yang sama tahun kewangan sebelumnya.

Bagi suku dalam tinjauan, segmen dagangan menyumbang 38.4% kepada hasil jualan manakala segmen pemprosesan menyumbang 61.5%.

Bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2022 (1H 2022), Leon Fuat mencatatkan peningkatan hasil jualan 32.2% ke RM523.95 juta berbanding RM396.26 juta yang dicatatkan dalam enam bulan berakhir 30 Jun 2021 (1H 2021). Bagi tempoh dalam tinjauan, Kumpulan Syarikat melaporkan PBT RM49.85 juta, penurunan 41.4% dari RM85.10 juta yang dicatatkan pada 1H 2021 manakala bagi 1H 2022, PAT menurun 44.4% ke RM37.91 juta berbanding RM68.23 juta yang dicatatkan pada 1H 2021.

Calvin Ooi Shang How, Pengarah Eksekutif Leon Fuat

Calvin Ooi Shang How, Pengarah Eksekutif Leon Fuat berkata, “Kami menyaksikan hasil jualan keseluruhan yang lebih tinggi dengan peningkatan sumbangan daripada perdagangan dan pemprosesan produk keluli, tetapi gabungan margin keuntungan kasar keseluruhan yang lebih rendah dan susut nilai inventori sebanyak RM13.88 juta pada suku semasa apabila inventori tertentu ditimbang dengan anggaran nilai boleh direalisasikan menyebabkan kelemahan PBT.”

“Prospek ekonomi global kekal tidak menentu berikutan gabungan faktor penguncupan China, perang Rusia-Ukraine dan dasar monetari yang lebih ketat sebagai respon kepada inflasi. Walaupun ekonomi domestik setakat ini telah mengharungi cabaran dengan gabungan eksport yang berdaya tahan dan penggunaan swasta, ketidaktentuan kekal kerana potensi risiko daripada gangguan rantaian bekalan dan kenaikan harga komoditi yang menyebabkan tekanan inflasi.”

Kami berwaspada terhadap prospek untuk suku-suku tahun ini yang akan datang memandangkan cabaran-cabaran tersebut terutamanya dengan kemerosotan harga keluli dan mata wang ringgit yang lebih lemah. Kami telah meningkatkan pemantauan harga keluli dan mata wang berkaitan dan terus mengambil langkah proaktif termasuk merundingkan kontrak hadapan, jika perlu, serta pengurusan inventori yang berhemat, untuk mengurangkan sebarang kesan negatif yang mungkin timbul. Kumpulan Syarikat akan berusaha untuk mengekalkan kos operasi pada tahap yang boleh diurus dan pada masa yang sama meningkatkan keupayaan dan kecekapan operasi untuk memenuhi keperluan pelanggan dan juga memastikan pesanan pelanggan dipuaskan dalam masa yang tertetap."

Discussions
Be the first to like this. Showing 0 of 0 comments

Post a Comment