Hafizzy's News

Binasat catat 55.0% Peningkatan Perolehan pada TK2022 kepada RM83.51 Juta

hafizzysoftdrink
Publish date: Mon, 29 Aug 2022, 09:58 PM

Binasat catat 55.0% Peningkatan Perolehan pada TK2022 kepada RM83.51 Juta

Kumpulan optimistic terhadap prospek masa hadapan, menumpu kepada perluasan operasi satelit, inisiatif prasarana digital kebangsaan dan Fasa 2 PoP  

Pejabat Binasat Communications di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur

Kuala Lumpur (29 Ogos) Binasat Communications Berhad (Binasat), penyedia penyelesaian menyeluruh bagi kejuruteraan rangkaian dan perkhidmatan, hari ini melaporkan perolehan sebanyak RM83.51 juta untuk tahun penuh berakhir 30 Jun 2022 (TK2022), peningkatan 55.08% berbanding RM53.85 juta bagi tempoh yang sama tahun kewangan lalu (TK2021) terutamanya disebabkan oleh hasil yang lebih tinggi daripada kerja mekanikal dan kejuruteraan awam, perkhidmatan teleport berulang dan hasil daripada perkhidmatan kemudahan rangkaian penghantaran dan pengedaran dan kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) kemudahan ladang solar.

Bagi tempoh yang ditinjau, Binasat mencatatkan keuntungan 50.74% dalam keuntungan kasar (GP)  kepada RM18.22 juta berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya atas hasil yang lebih tinggi daripada perkhidmatan kemudahan rangkaian penghantaran dan pengedaran serta EPCC kemudahan ladang solar.

Binasat mencatatkan peningkatan 63.53% dalam PBT bagi TK2022 berbanding RM12.09 juta pada TK2021 terutamanya disebabkan oleh peningkatan dalam GP dan pendapatan sewa tambahan sebanyak RM0.39 juta PAT Kumpulan memperoleh 123.27% kepada RM5.41 juta berbanding RM2.42 juta.

Kumpulan merekodkan RM14.96 juta bagi suku keempat berakhir 30 Jun 2022 (S4 TK2022), penurunan 15.20% berbanding RM17.64 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun sebelumnya (S4 TK2021) terutamanya disebabkan oleh hasil yang lebih rendah daripada infrastruktur awam dan kerja kabel gentian optik.

Binasat mencatatkan keuntungan kasar (GP) sebanyak 52.54% kepada RM4.51 juta pada S4 TK2022 berbanding RM2.95 juta pada S4 TK2021 berikutan pengurangan bilangan tapak perkhidmatan penyelenggaraan rangkaian mudah alih walaupun kos tetap terus ditanggung mengakibatkan margin kasar yang lebih rendah. Keuntungan sebelum cukai (PBT) Binasat meningkat 145.72% kepada RM2.44 juta berbanding RM0.99 juta pada suku yang sama tahun sebelumnya manakala keuntungan selepas cukai (PAT) meningkat 254.31% kepada RM1.55 juta berbanding dengan RM0.40 juta.

Pengarah Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Eksekutif, Zulamran Bin Hamat, berkata, “Kami percaya bahawa dengan pembukaan semula dan pemulihan ekonomi secara beransur-ansur, lebih banyak perkhidmatan telekomunikasi dan satelit akan diperlukan oleh perniagaan dan organisasi. Kami kini memberi tumpuan kepada memperluaskan operasi satelit dengan menyasarkan industri maritim dan minyak dan gas memandangkan industri ini semakin mengguna pakai sistem VSAT.”

“Kumpulan berhasrat untuk memanfaatkan status Pembekal & Rakan Kongsi yang Diluluskan dengan Ericsson (Malaysia) Sdn Bhd (Ericsson) dan Huawei Malaysia (Huawei) untuk memenangi projek kerana Digital Nasional Berhad telah mengumumkan kerjasama dengan Ericsson untuk inisiatif infrastruktur digital nasional sementara Huawei membantu pengendali rangkaian mudah alih utama untuk meningkatkan kapasiti rangkaian 4G mereka."

“Kami optimis dengan prospek ekonomi kerana Kumpulan juga mengambil bahagian dalam Fasa 1 projek infrastruktur gentian Point of Presence (PoP) dan kami telah membuat tender untuk Fasa 2 projek PoP. Kedua-dua fasa mempunyai nilai gabungan RM8.0 bilion dan perlu disiapkan dalam tempoh tiga tahun. Pada masa yang sama, kami turut mengambil bahagian dalam pembinaan menara-menara 5G di Kuala Lumpur.”

Discussions
Be the first to like this. Showing 0 of 0 comments

Post a Comment