Hafizzy's News

Spritzer menang anugurah penjenamaan dunia 2022

hafizzysoftdrink
Publish date: Tue, 08 Nov 2022, 04:31 PM

Spritzer menang anugurah penjenamaan dunia 2022

Jenama air terbaik Malaysia menang anugerah nasional buat kali kelapan berturut-turut

KUALA LUMPUR/TAIPING (8 November) SPRITZER dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Syarikat telah memenangi Anugerah Penjenamaan Dunia – Jenama Terbaik 2022-2023 untuk kategori air peringkat nasional, bagi kali kelapan (08) berturut-turut. Program pengiktirafan anugerah berprestij ini dianjurkan dan dinilaikan oleh Forum Penjenamaan Dunia.

Anugerah nasional telah disampaikan kepada Spritzer pada 3 November 2022 di Kensington Palace, London. Edisi ke-15 Anugerah Penjenamaan Dunia – Jenama Terbaik 2022-2023 menyaksikan lebih daripada 3,500 jenama yang dicalonkan dari lebih 45 negara dalam pelbagai kategori di bawah tiga peringkat - global, serantau dan nasional, dengan hanya 250 jenama diisytiharkan sebagai pemenang.

Kiri-Kanan: Winnie Chin, Pengurus Kumpulan Perhubungan Awam dan Kelestarian Spritzer Bhd dan Richard Rowles, Pengerusi Forum Penjenamaan Dunia

Anugerah ini dinilai secara unik melalui tiga aliran, dengan setiap aliran menyumbang peratusan kepada jumlah skor. Penilaian jenama dan pengundian dalam talian awam masing-masing menyumbangkan 30% dan penyelidikan pasaran pengguna pula menyumbangkan 40%. Hanya satu anugerah nasional akan diberikan kepada jenama dari setiap kategori produk atau perkhidmatan dari negara peserta.

Spritzer ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pengguna, pembekal, dan rakan perniagaan setia mereka atas sokongan selama ini. Pihak pengurusan juga ingin merakamkan penghargaan kepada pekerja Spritzer yang bertungkus lumus untuk menjayakannya. Tidak dapat dinafikan, anugerah ini adalah salah satu pengiktirafan bagi kualiti air mineral semulajadi Spritzer

Sumber air mineral semulajadi Spritzer yang kaya dengan silika diekstrak daripada akuifer bawah tanah di tapak seluas 390 ekar yang terletak di Taiping, Perak berdekatan dengan hutan hujan tropika. Spritzer berjanji akan sentiasa menawarkan kualiti terbaik kepada pengguna serta aktif dalam menyokong inisiatif komuniti.

Discussions
Be the first to like this. Showing 0 of 0 comments

Post a Comment