Hafizzy's News

Bintai Kinden intai projek di Nusantara

hafizzysoftdrink
Publish date: Tue, 20 Dec 2022, 02:25 PM

Bintai Kinden intai projek di Nusantara

By Wartawan MalaysiaGazette - 15 December 2022

Pengarah Eksekutif Bintai Kinden, Azri Azerai​

KUALA LUMPUR- Bintai Kinden Corporation Bhd. (Bintai Kinden) berminat untuk menjadi sebahagian daripada pemain di dalam pembangunan ibu negara baharu Indonesia iaitu Nusantara dan akan mencari peluang bagi memanfaatkan perkhidmatan kejuruteraan M&E Bintai Kinden untuk sejumlah besar bangunan yang akan dibina.

Pengarah Eksekutif Bintai Kinden, Azri Azerai berkata, syarikat itu mahu meneroka pasaran Indonesia kerana ia adalah negara terbesar di Asia Tenggara, dengan ekonomi dan penduduk terbesar, peluang yang ada sepadan dengan kelebihannya.

“Setakat ini Bintai Kindai tidak bimbang untuk mengembangkan operasi di Indonesia kerana telah mengadakakan perkongsian dengan PTRIE, yang pengasasnya mempunyai pengalaman bertahun-tahun dalam industri O&G.

Malah, Bintai Kindai juga tidak bimbang dengan persaingan syarikat-syarikat dari Malaysia serta pemain tempatan Indonesia kerana yakin dengan kekuatan utama dalam perkhidmatan kejuruteraan M&E.

Selain itu, syarikat ini mempunyai rekod prestasi kembali ke tahun 1973 dan DNA dari Kinden Corp, pakar M&E Jepun.

Sebagai contoh katanya, Bintai Energy Sdn Bhd, sub-anak syarikat yang memegang 51 peratus kepentingan, adalah perkongsian dengan Petro Flanges & Fittings Sdn Bhd (PFF), yang memegang baki kepentingan dalam Bintai Energy.

PFF adalah pengeluar bebibir dan produk paip lain yang berkaitan terutamanya untuk industri O&G.

”Kami percaya Kerjasama atau perkongsian, seperti yang kami ada dengan PFF dan PTRIE, memberikan kami wawasan yang lebih baik dan memanfaatkan pasaran,” katanya lagi.

Mengulas lanjut Azri berkata, Bintai Kinden kini terus mengorak langkah dalam mencari lebih banyak projek yang memanfaatkan kepakaran dan pengalamannya dalam perkhidmatan kejuruteraan M&E termasuk reka bentuk, pemasangan dan pentauliahan.

Penganugerahan projek terbaharu daripada TNB ini mencermiinkan peluang yang berpunca daripada momentum pertumbuhan ekonomi.

“Yang terkini dianugerahkan kepada anak syarikat milik penuh kami, Kejuruteraan Bintai Kindenko Sdn. Bhd. (KBK), yang akan memasang litar berkembar kabel bawah tanah 132kV. Skop kerja projek melibatkan pemasangan sistem kabel 132kV XLPE baharu dari Pusat Kewangan PMU ke Pencawang Pusat Data GDS yang terletak di Nusajaya, Johor,” ujarnya.

Beliau berkata, Bintai Kinden akan terus mencari projek-projek sedemikian bagi memanfaatkan kepakaran dan pengetahuan mereka

Selain itu, Bintai Energy Sdn. Bhd. (Bintai Energy) telah dilantik oleh World Standard Materials Co. Ltd. dari Korea Selatan untuk menjual dan memasarkan bebibir, plat, tiub, paip, gegelung dan kelengkapan untuk industri kimia dan petrokimia.

Bintai Energy Sdn. Bhd. pula memeterai perjanjian kerjasama perniagaan dengan PT Raintech Indo Energi (PTRIE) untuk memasarkan dan mempromosikan bebibir, kelengkapan, paip dan peralatan minyak dan gas lain bagi pihak Bintai Energy di Indonesia. – MalaysiaGazette

Discussions
Be the first to like this. Showing 0 of 0 comments

Post a Comment