Hafizzy's News

Malaysian Genomics Tandatangani Perjanjian Perluasan ke Bangladesh

hafizzysoftdrink
Publish date: Mon, 15 May 2023, 06:13 PM

Malaysian Genomics Tandatangani Perjanjian Perluasan ke Bangladesh

Bentuk kerjasama dengan Toticell untuk mengedarkan produk dan perkhidmatannya

PETALING JAYA, 15 MEI 2023 – Malaysian Genomics Resource Centre Berhad (“Malaysian Genomics” atau “the Group”; Bursa: MGRC, 0155), pakar genomik dan biofarmaseutikal terkemuka, hari ini mengumumkan perjanjian kerjasama strategik (“SCA”) dengan Toticell Limited (“Toticell”) untuk pengedaran produk Kumpulan di Bangladesh.

Toticell, yang berpangkalan di Dhaka, Bangladesh, merupakan pakar dalam penjagaan kesihatan regeneratif yang memfokuskan kepada rawatan penjagaan muskuloskeletal seperti arthritis, kecederaan berkaitan sukan dan tendinopati.

Encik Sasha Nordin, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Genomics berkata, “Bangladesh mewakili pasaran dan peluang yang samgat luas memandangkan populasinya kira-kira 165 juta orang. Ekonomi Bangladesh merupakan kedua terbesar di Asia Selatan, berkembang pesat ia dan diakui oleh Goldman Sachs Inc. sebagai salah satu Next Eleven, bersama-sama dengan ekonomi BRICS untuk potensi. Malaysian Genomics gembira dapat bekerjasama dengan Toticell untuk membawa produk dan perkhidmatan kami ke Bangladesh."

Sasha Nordin, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Genomics

Encik Azri Azerai, Pengarah Eksekutif Malaysian Genomics, berkata, "Kerjasama dengan Toticell ini selaras dengan pelan pengembangan strategik Malaysian Genomics yang merangkumi kepelbagaian secara geografi dan global."

Azri Azerai, Pengarah Eksekutif Malaysian Genomics

Pada April lepas, MGRC mengumumkan bahawa Kumpulan telah mencapai kemajuan dalam mewujudkan perkongsian berikutan pemeteraian SCA dengan beberapa pihak Dubai, Emiriah Arab Bersatu (“UAE”), iaitu American Spine Centre (“ASC”), pakar yang berpangkalan di Dubai, UAE, dalam kecederaan tulang belakang dan patologi tulang belakang; BALSAM Health Services (“Balsam”), penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berpangkalan di Dubai, UAE; Wellness by Design FZ LLC (“Wellness by Design”), pakar pemakanan, obesiti dan penurunan berat badan Dubai, UAE, dan Sharjah, IAC International LLC (“IAC”) yang berpangkalan di UAE, yang menyelaras dan membangunkan perkongsian.

MGRC juga baru-baru ini melantik Encik Aswath Ramakrishnan sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif baharunya. Beliau adalah seorang peguam yang berpengalaman yang terlibat dalam litigasi komersial, perkapalan dan maritim, fitnah, litigasi korporat dan insolvensi, pemulihan aset dan hutang, litigasi harta intelek, timbang tara dan pertikaian rentas sempadan.

Related Stocks
Market Buzz
Discussions
Be the first to like this. Showing 0 of 0 comments

Post a Comment