Good Articles to Share

Surat terbuka buat Dato’ Najib daripada Siti Hajar Aladin 写给拿督斯里纳吉的公开信

Tan KW
Publish date: Thu, 17 Oct 2013, 11:02 AM
Tan KW
0 433,292
Good.

 

Surat terbuka buat Dato’ Najib daripada Siti Hajar Aladin

Assalamualaikum Dato’ seri.. Tujuan saya menulis surat ini adalah sebagai seorang anak Malaysia yang ingin negaranya membangun dan mengurangkan kemiskinan di negara sendiri.. Beberapa isu ingin saya ketengahkan kepada Dato’ Seri dan saya berharap apa yang saya perkatakan ini memberi idea dan impak kepada semua rakyat Malaysia. Saya menulis surat ini adalah sifat keberanian dalam diri saya dimana saya ingin menjadikan Malaysia ini sebuah Negara Membangun Pesat bukan Negara Yang Sedang Membangun.

Sejak akhir-akhir ini isu minyak diperkatakan. Ada yang mengatakan negara-negara jiran kita lebih mahal minyak jika dibandingkan di Malaysia. Ya. Saya setuju tentang kenyataan itu tetapi idea untuk menaikkan harga minyak adalah sesuatu yang memang terang lagi bersuluh bukan idea yang bijak. Jika hari ini kerajaan telah menaikkan harga minyak sebanyak 20 sen, ia bukan sekadar memberi impak kepada golongan muda sahaja tetapi juga golongan miskin dan juga seluruh rakyat Malaysia. Hari pertama harga minyak naik, food court ditempat kerja saya menaikkan harta roti sebanyak 30 sen. Lihat! Impak terhadap kenaikan minyak. Tetapi jika satu hari nanti harga minyak turun walaupun sebanyak 50 sen sekalipun, harga roti yang naik 30 sen ketika harga minyak naik akan kekal sama dan tiada pengurangan. Mungkin ianya kecil pada mata orang-orang yang kaya nilai 20 sen itu tetapi ia cukup berharga kepada kami yang baru sahaja memulakan kehidupan.

Perjalanan hidup saya masih jauh. Umur baru 27 tahun.Belum berkahwin. Tetapi saya dah rasakan bebanan yang saya akan hadapi untuk 10 tahun akan datang. Bagaimana pula sahabat-sahabat saya yang sebaya dengan saya, yang telah berumahtangga? Pasti mereka lebih terbeban akibat krisis kenaikan harga minyak. Boleh dikatakan golongan muda belia ini sangat diperlukan bagi menjamin kesejahteraan Negara pada masa akan datang, tetapi saya tidak nampak bagaimana kami mampu memajukan Negara sedangkan saya sendiri rasa ianya satu penindasan ke atas kami. Apa yang dikatakan penindasan?

Mengenai BR1M. Pada mereka yang diberikan BR1M, pasti mereka akan gembira. Kenaikan BR1M telah memberi impak positif yang besar kepada kerajaan kerana kerajaan telah melaksanakan sebahagian tanggungjawab untuk membantu rakyat, tetapi pada masa yang sama kenaikan harga memberi impak negatif yang lebih besar kepada seluruh rakyat Malaysia baik yang menerima BR1M atau tidak. Mengapa tidak bajet BR1M itu digunakan bagi memberi subsidi minyak?

Kerajaan mengatakan bahawa pemberian BR1M kepada rakyat bagi mengurangkan bebanan terhadap mereka yang berpendapatan rendah. Tetapi saya tidak nampak semua itu. Seperti saya katakan tadi, apabila harga minyak melambung, maka harga barang juga turut melambung. Jadi pemberian itu tidak memberi makna apa-apa terhadap rakyat. Ia umpama buruk siku. Lepas bagi, ambil balik.

Dato Seri,

Kadang-kadang saya terfikir, apakah keistimewaan saya sebagai rakyat Malaysia? Adakah hanya sekadar penyumbang ekonomi negara tanpa mendapat sebarang kebaikan daripada negara sendiri? Gaji saya di dalam golongan middle income (RM3,000 – RM5,000). Saya tidak layak menerima BR1M malah saya juga di dalam kategori pembayar tax kepada kerajaan. Golongan middle income pada hari ini masih sukar untuk membeli rumah kerana kos sara hidup yang tinggi. Apakah keistimewaan kami yang mana suatu hari nanti bakal menerajui negara sendiri?

Seterusnya pula, Boleh dikatakan golongan lepasan Ijazah yang belum berkahwin, gaji permulaan bermula RM2200. Maka mereka tidak layak untuk menerima BR1M. Syarat untuk menerima BR1M bagi individu adalah bawah RM2000. Manakala bagi mereka yang telah berkahwin dibawah RM3000. Walaupun gaji mereka Bawah RM3000 dan layak untuk menerima BR1M, ia masih tidak mencukupi kerana mereka ada tanggungan yang perlu ditanggung bukan setakat anak isteri tetapi juga pinjaman pembiayaan pelajaran. Untuk memulakan hidup, saya pasti Dato’ Seri pun tahu bagaimana gigihnya seseorang untuk menanggung keluarga.

Beban atas kenaikan minyak amat dirasai pada golongan kami.

Gaji kasar : RM2300 (fresh graduate)
Gaji bersih : RM2032 (masih tidak layak menerima BR1M)
Kereta : RM 400 (Kawasan yang sukar mendapatkan public transport seperti di kawasan Damansara, maka kami memerlukan kereta)
Tol: RM1.60 x 2 kali sehari : RM 3.20 x 23 hari = RM73.60 (melalui LDP, masih tidak menerima 20% rebate touch n go)
Parking : 23 hari x RM5 = RM115
Minyak : RM 12 x 23 hari = RM230 (dari Taman Melati ke Damansara dan untuk ke kerja sahaja)
Sewa : RM 200 (paling murah di Kuala Lumpur untuk satu bilik)
PTPTN : RM150 (minimum)
Makan untuk sebulan = RM 450 (sehari RM15)
Ibu Ayah = RM200
Baki : RM2032 – RM400 – RM73.60 – RM115 – RM230 – RM200 – RM150 – RM450 – RM200
TOTAL BAKI : RM213.40

Ini apa yang pernah saya lalui. Tak dinafikan ada juga beberapa bulan saya tidak dapat membayar PTPTN apabila dalam keadaan yang terdesak seperti memperbaharui roadtax dan insurans kereta dan apabila hari Raya menjelma. Dua keadaan yang perlu dilalui yang memerlukan duit tambahan.

Apabila kita melihat baki bulanan yang sebanyak RM213.40, maka pembelian rumah untuk kami memang jauh sekali. Cuba Dato’ Seri lihat harga rumah pada hari ini. Di Taman Melati, Setapak harga rumah bagi 660 sqf adalah RM150,000 dan interest rate sebanyak 4% untuk 30 tahun,maka setiap bulan perlu membayar RM717. Bagaimana golongan belia pada hari ini mahu memangkin ekonomi masa hadapan? Sedangkan perlaburan terbaik datangnya daripada Pelaburan Hartanah.

Saya telah kira RM213 hanya mampu membeli rumah berharga RM40,000 dengan interest rate sebanyak 4% untuk 30 tahun. Bagaimana kami mampu membantu menjana ekonomi Negara sedangkan gaji kami hanya mampu membayar rumah RM40,000 sahaja? Dan dimanakah rumah yang berharga RM40,000 ini? Di kawasan pedalaman yang memang tidak boleh untuk membuat pelaburan. Kita perlu melihat ke hadapan. 10 tahun akan datang, kami golongan belia bakal menerajui Malaysia. Tetapi ianya tak akan berjaya jika pihak atasan tidak memandang idea dan mendengar suara kami.

Seterusnya lagi, berkaitan tentang gaji lepasan Ijazah dan diploma. Boleh dikatakan kebanyakan syarikat swasta tidak mahu membayar gaji mengikut qualification yang kami ada. Mereka menganggap kami lepasan ijazah sama seperti lepasan SPM. Gaji yang ditawarkan tidak sepadan dengan gaji yang sepatutnya. Alhamdulillah, saya bekerja di sektor GLC dan gaji yang saya perolehi dianggap memuaskan. Tetapi bagaimana rakan-rakan saya dan belia lain pula? Nasib mereka tidak seperti saya. Saya mencadangkan Dato’ Seri melihat bagaimana pekerja di US. Mungkin US telah maju sekarang ni. Kita buat perbandingan di negara Australia menerima gaji bulanan bagi lepasan ijazah. Sangat berbeza jika dibandingkan di negara kita.

Seterusnya, mengenai status penjawat awam mahupun swasta. Ini masalah yang besar kami hadapi. Kebanyakan syarikat-syarikat baik GLC mahupun Semi- Government mahupun swasta, mereka akan menetapkan setahun kontrak dan selepas itu diserap menjadi penjawat tetap dan ada juga sesetengah syarikat langsung tidak menjadikan penjawat tetap malah akan kekal sebagai penjawat kontrak. Apa masalah yang ingin saya ketengahkan ini adalah berkaitan dengan pinjaman perumahan yang amat sukar. Walaupun sebelum ini telah lama bekerja tetap dan selepas itu mendapat tawaran lebih baik tetapi ianya kontrak, apabila membuat pinjaman perumahan, ia akan ditolak atas alasan pekerja kontrak. Maka harga rumah semakin hari semakin meningkat. Jika ingin menunggu setahun kemudian setelah disahkan penjawat tetap, harga rumah itu juga telah melambung tinggi dan kami tidak dapat membelinya. Ini masalah yang saya hadapi sekarang ini.

Saya sebagai seorang rakyat Malaysia dan juga sebagai seorang yang berpegang kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional, saya merayu agar Dato’ Seri dapat memikirkan masalah yang kami hadapi sekarang ini. Sebagai pemimpin disegani di seluruh dunia, saya pasti Dato’ Seri mampu mengubah dan memperbetulkan apa yang dirasakan membebankan kami.

Terima kasih

Ikhlas,
Siti Hajar binti Aladin

 

《Siti Hajar Aladin 写给拿督斯里纳吉的公开信。》

拿督斯里,您好!我是以一个马来西亚之子的身份写这封信,目的是希望自己的国家发展及减少贫穷问题。我想提出几项课题,也希望我所说的让全马人民想法及影响他们。我写这封信是基于勇气,想要马来西亚是一个发展国家,而不是发展中国家的勇气。

近来,汽油课题是热门话题。有人说邻国的油价比起马来西亚更贵。的确,我认同这个事实,但是调高油价很明显不适明智的想法。如果今天政府将油价调高20仙,这不只是影响年轻人,还有穷困群体,甚至全马子民。在油价起价的第一天,我工作地点的美食中心所售卖的面包价钱就起了30仙。看,这就是油价调高的影响!可是就算哪一天油价下降50仙,那起价的面包依然会保持在那个价钱!可能这20仙对于富裕人家而言只是小数目,但是对于我们这些刚开始生活的人却是非常有价值的。

我的生命还有好长的一段路要走。我刚满27岁,未婚,但我已经感受到未来10年将会面对的生活负担。那么与我同龄,而且已经成家的朋友又该怎么办?他们的负担将随着油价上升而变得更沉重。年轻人可谓是确保国家未来安定的一群,但在被欺凌的情况下,我看不到我们要如何有能力发展这个国家?什么是欺凌?

关于一个马来西亚人民援助金(BR1M)计划,在人民获得援助金的时候,他们当然开心。援助金的提升的确对政府履行协助人民的责任上有正面的效果,但是在同时油价起价给予那些接受或没有接受援助金的人民更多负面的影响。为什么一个马来西亚人民援助金的预算不用来作为汽油津贴?

政府说提供援助金将减低低收入群的负担,但我却没有看到!就如刚才我所说的,当油价上升,物价也随着上升,因此那笔援助金对人民基本上没有什么意义,这就好像没有诚意的人,将礼物送出以后又拿回来?

拿督斯里,

有时候我会想身为马来西亚子民的我的特点是什么?是否是一个只贡献给国家经济,但却获得不到任何好处的人民?我的薪水处于中等收入(RM 3000- RM 5000)。我没有资格获得援助金,而且属于纳税人。今日的中等收入群基于高生活费而没有能力购买房子。究竟我们这些在未来带领自己国家的一群的特点之处是什么?

接着,我想说关于那些毕业生,未婚,而薪金从 RM 2200 起,也就是说他们并不符合成为援助金计划受惠者的资格。虽然那些已婚,而薪金在 RM 3000 以下的一群有资格接受援助金,但他们不只是要承担妻儿的生活费,还有教育贷款,因此是很不足够的!为了开始新生活,我相信拿督斯里也知道要养活一个家需要如何努力才可以。

油起价后,我们直接体会到的负担:
基薪:RM 2300(毕业生)
净薪:RM 2032(依然不符合一个马来西亚人民援助金计划的资格
汽车:RM 400(居住在难以使用公共交通服务的地区如白莎罗,因此我们需要车)
过路费:RM 1.60 X 每日两次:RM 3.20 x 23 天 = RM73.60 (通过LDP大道,还未获得 touch-n-go 20% 优惠折扣)
泊车费: 23 天 x RM5 = RM115
汽油: RM 12 x 23 天 = RM230 (从Taman Melati 到Damansara ,只是去工作)
租金 : RM 200 (吉隆坡一间房最便宜的租金)
PTPTN 贷款 : RM150 (最低)
一个月伙食费 = RM 450 (一天 RM15)
父母 = RM200
剩余: RM2032 – RM400 – RM73.60 – RM115 – RM230 – RM200 – RM150 – RM450 – RM200
总数 : RM213.40

这是我所经历的。无可否认,有好几个月我无法缴付 PTPTN 贷款,尤其在需要更新路税,购买车险的情况,或者是开斋节来临的时候。这两个状况需要额外的钱。

当我们看到一个月只剩下 RM213.40,我们购买房子的日子又再拉远了。拿督斯里看看今天的房价。在 Setapak 的 Taman Melati,660平方尺的房子价钱是 RM150,000 ,利息是4%,供期长达30 年,因此每月需要缴付 RM717的贷款。在地产投资是最好投资的情况下,今日的年轻人如何促进未来的经济?

我已经计算过了,RM213 只足够购买价值 RM40,000,利息4%,供期长达 30 年的房子。在我们只有能力购买价值 RM40,000 的房子的情况下,我们要如何促进国家经济?还有,我们如何找到价值 RM40,000 的房子?内陆地区当然不可能作投资,我们需要向前看。未来 10 年,我们是引领马来西亚的年轻人,但是如果上方不理会及不愿聆听我们的心声,这根本是不可能的事情!

接着,关于学士及副学士学位 (diploma) 毕业生。我们可以这么说,私营企业都不愿根据我们的教育资格缴付薪金。他们把我们当成是高等教育文凭(SPM)毕业生看待。私营企业所缴付的薪金根本不合理。庆幸的是,我在与政府有关的公司工作,我所得到的薪金尚满意,但是我的其他朋友,其他年轻人该怎么办?他们的命运和我不一样!我建议拿督斯里看看美国的员工。如今美国是先进国,我们就与澳洲的学士学位毕业生的薪金,这与我国有很大的差别。

接着,关于公务员及私营企业的工作人士的情况是我们所面对的大问题。大部分与政府有关的公司、半政府或者私营企业将在一年后让合约职员晋升为永久职员,但也有些不会,而是永久保持合约职员。我想提出的是,承担房屋贷款是很困难的事情。虽然曾经是永久职员,而后来获得更好待遇的工作,但却是属于合约职员。当你要申请房屋贷款时,合约职员永远是被拒绝的理由。房价一直飙升,如果要等到一年后才正式成为永久职员,届时房价也已经飙升,而我们没有能力购买。这是我目前面对的问题。

我身为马来西亚人民,一个遵从国阵最高领导层的子民,恳求拿督斯里思考我们现在所面对的问题。作为全世界敬仰的领导人,我相信拿督斯里有办法改变修正我们身上所承担的负担。

谢谢!

真诚的,
Siti Hajar binti Aladin

译者:妙娟

Discussions
4 people like this. Showing 32 of 32 comments

sapurakencana

Hi siti,I support you ,hopefully your letter to dato seri will get reply & simpertise the lower income people.

2013-10-16 21:44

SANG-JERO

mmmm..not bad....the writer and the letter....

2013-10-16 21:49

izoklse

Post removed.Why?

2013-10-16 21:51

SANG-JERO

I don't think Najib get's this letter...Suggest Siti Hajar to send her letter to all newspapers...Utusan, Nanyang siang Pau, Sin Chew, Tamil nessan, Rocket, keadilan Harakah, Star, Straits time etc.....

2013-10-16 21:56

izoklse

i already send her letter to PEMANDU & My Friend working at JPM under DPM.

2013-10-16 21:59

Siva68

Kerajaan tidak perlu naikan harga minyak. Just concentrate on AGs report, macam mana hendak kurangkan kerugian akibat beberapa orang yang tidak bertangungjawab menyeleweng duit kerajaan(duit rakyat yang membayar tax)

2013-10-16 21:59

nightshade

While waiting for the lawmakers to do something, please do something on our own first. Control your expenses ..... Makan RM 450 can be trimmed down.... The major expense still on the car la....car installment , petrol , carpark & toll > than 800 per month....use motorbike first, can cut down a lot - toll free, parking free, petrol probably reduce by half, installment reduce by 75 %. After getting better salary, then only consider upgrade to car...... Really don't understand nowadays freshie.... Just grad already enjoying life.....

2013-10-16 21:59

izoklse

I actually agree on the GST. It will control our spending and at the same time reduce personal income tax.You spend more then you have to pay more la. that world be more fair . Only that the rate should reasonable to malaysia current standard of living.

2013-10-16 22:02

alenac

Dun be a fool, GST will hit the poor and middle income hardest. At the moment we have the sales and service tax on manufacturing products and services at 10% and 6% respectively. Of course based on the current system, backyard industries and small service shops do not normally register and pay the current indirect taxes. So to increase the revenue via GST to replace the current system and collect more revenue the scope of goods and services must be enlarged and the % must be more than the existing ones. At the moment and after many years of implementing GST, Singaporean have even to pay GST on disposal of commercial land and buildings. Your supermarket bills will increase by the same % except for a narrow range of essentials and compounded with impending subsidy withdrawal the % will double and triple. You deserved the government that you have chosen.

2013-10-16 22:38

izoklse

Yeah im ok with current govt.And i like current govt. i even choose current govt. so ? i happy. i pay tax. i still happy. im mid income i still happy. so i think im ok with GST. Been in few country any learn much about the GST implementation there i feel its better for malaysia to have that rather then huge income tax. by the this my experience talking and been in other country. well its my personal view.

2013-10-16 22:47

alenac

So when Anwar said before the recent polls, "kita menang, esok minyak turun" is not heeded what is there to complain to Najib when Barang Naik!

2013-10-16 22:55

shedomar

hantar saje pada twitter dato seri PM, sure you 'll get fast response. good luck

2013-10-16 22:59

azlan88

I think before they carried out GST, they need to plug the holes first. Too much money lost as shown in AG report.

2013-10-16 23:01

izoklse

Post removed.Why?

2013-10-16 23:08

izoklse

azlan88 agree with u 100%.

2013-10-16 23:09

bsngpg

"...私营企业都不愿根据我们的教育资格缴付薪金。他们把我们当成是高等教育文凭(SPM)毕业生看待。..."

试问为什么 ?

2013-10-16 23:27

necro

Bspng said->well said BI bro izoklse,my SPM BI got F-(DAH LA F MINUS PULAK TU->APTB)....

Ular putih punya olang...

2013-10-16 23:38

necro

Dia sambung lg sekolah mana lu pergi(kebangsaan or jenis kebangsaan?)

->i bet he goes to (.)K(.) thats why fail... :P

2013-10-16 23:41

izoklse

heheh bsngpg kata private company keberatan/taknak bayar gaji perkerja berdasarkan kelayakan/qualification.Ops my English.hahahahaha

2013-10-16 23:45

zan122208

Reducing fuel price only increased value of subsidy for Ferrari, Merc, BMW, Porche, etc users. New mechanism is needed to help the focus group.

2013-10-17 07:37

chengyee

BN should have put this in their manifesto prior to election: Fuel ron95 up 20sen, ron97 up 15sen. Pilih lah BN.

2013-10-17 07:50

Ivan10

Later got ppl come out n say " LU TAK SUKA,LU KELUAR DARI MALAYSIA"...LOL..

2013-10-17 08:10

sontoloyo

Our country produces 450,000 barrels per day of crude oil but consumed more than 600,000 barrels per day. If the fuel price is subsidized more and more, it will not be fair to the rest of the Malaysian population ..

2013-10-17 08:25

heeroo

@siti hajar.. getting maried.. choose shark.. get subsidy..(zahir & batin) ;-)

2013-10-17 08:28

mrK0K3N

It's all domino game for the big player......

2013-10-17 08:47

aiman168

This is the whole Malaysian should do. Only people who go through all this daily can understand.

2013-10-17 10:52

Uwan

i would support GST n lesser subsidy for fuel and other commodity if these are implemented together with 1)more cut to our income tax, 2)BRIM for the poor. too many foreigners are enjoying our money thru the subsidized goods.

2013-10-17 11:07

Lai Kim Chuan

You tak suka boleh keluar dari negara ini....... response from BN.....ha ha ha...

2013-10-18 09:51

iafx

balik indon?

2013-10-18 09:56

haikeyila

way to go, sis. we are all in the same leaking boat yet they always try to divide us.

2013-10-18 10:46

stock5678

apa kita boleh buat? makan apa saja mereka bagi. konco-konco sudah kenyang lagi nak makan tak berhenti-henti, sampai hati mereka gunakan apa muslihat saja nak buat perselisihan perkauman.
masyarakat kini hanya nak tenteram, siapa lagi nak buat hal pasal perkauman? Muslihat mereka yang sama tak berhenti-henti, permisahan semua golongan supaya tak kuat untuk bubahkan mereka untuk penukaran yang baru.
Sebagai pengeluaran minyak, naik harga minyak terhadap orang sendiri. Jual kereta dengan harga yang mahal di tempat sendiri tetapi jual dengan harga roti di luar negara. Banyak lagi..... bila berbanding, dia berbanding dengan yang teruk supaya semua orang tahu kita masih sangat baik. Pernahkah dengar dia banding pasal keselesaan jalanraya dengan negara lain? Lubang sini sana? Kalaulah kurangkan aktiviti rasuah, pasti negara ini terbaik di asia selain dari japan, china and korea.
apa kita boleh buat? selagi semua tak bangun, kita masih perlu makan apa saja diberi and tiada pilihan lain. penukaran perlu 99%.

2013-10-20 21:30

fauzyrusdeny

stock5678-->lebih baik u report kpd SPRM kalau u ada bukti rasuah. Jangan takut...kalau u cukup bukti.

2013-10-20 21:51

Post a Comment