Update

SEMUA RESOLUSI AGM PT RESOURCES HOLDINGS BERHAD DILULUSKAN

MHAB1990
Publish date: Thu, 26 Oct 2023, 09:53 PM

SEMUA RESOLUSI AGM PT RESOURCES HOLDINGS BERHAD DILULUSKAN

Syarikat mengisytiharkan dividen sulung sebanyak RM3.48 juta, mengagihkan 0.65 sen sesaham untuk TK2024

KUALA LUMPUR, 26 OKTOBER 2023PT Resources Holdings Berhad ("PT Resources" atau "Syarikat"), pemproses dan peniaga produk makanan laut sejuk beku, dan peniaga produk makanan lain, dengan sukacitanya mengumumkan bahawa semua resolusi yang dibentangkan pada Mesyuarat Agung Tahunan ke-4 yang diadakan hari ini mendapat sokongan sebulat suara daripada para pemegang sahamnya.

Resolusi biasa yang merangkumi urusan rutin AGM telah diluluskan tanpa pertikaian. Selain itu, resolusi khas, berkaitan dengan cadangan pindaan kepada Perlembagaan Syarikat, juga mendapat kelulusan sebulat suara.

Syarikat juga telah mengisytiharkan dividen interim satu peringkat sebanyak 0.65 sen sesaham biasa berjumlah RM3.48 juta untuk tahun kewangan berakhir 30 April 2024 akan dibayar pada 10 November 2023. Ini merupakab agihan dividen pertama daripada Syarikat sejak penyenaraiannya pada September 2022.

Heng Chang Hooi, Pengarah Urusan PT Resources

Pengarah Urusan PT Resources, Encik Heng Chang Hooi berkata, "Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada para pemegang saham kami di atas kepercayaan dan sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi. Kepercayaan mereka terhadap Kumpulan adalah asas kejayaan kami dan mendorong komitmen kami untuk lebih cemerlang. ”

“Ia merupakan tahun yang luar biasa bagi kami. Kami mencatatkan pertumbuhan hasil yang kukuh pada TK2023, lonjakan yang luar biasa sebanyak 44.0% kepada RM502.6 juta, berbanding TK2022. Peningkatan ketara ini adalah disebabkan oleh permintaan dalam dan luar negara.”

Apabila pemulihan global berkembang dan dengan sempadan China dibuka semula secara beransur-ansur, PT Resources meramalkan momentum jualan yang berterusan. Ini disokong oleh usaha Kumpulan untuk memenuhi jumlah pelanggan yang semakin meningkat di luar negara, terutamanya melalui anak syarikat baharu di China dan Indonesia.

Discussions
Be the first to like this. Showing 0 of 0 comments

Post a Comment