Sistem pengangkutan awam sekarang terlalu berpusat di Kuala Lumpur. Kawasan-kawasan lain di seluruh negara masih memerlukan peningkatan liputan pengangkutan awam, baik di bandar-bandar besar apatah lagi di luar bandar. Ini mewujudkan suasana yang ironis, di mana golongan berpendapatan rendah di kampung-kampung memerlukan kereta untuk pergi ke mana-mana, walaupun pendapatan mereka adalah terhad.
Kerajaan Pakatan Harapan akan memperluas akses dan liputan perkhidmatan pengangkutan awam dengan cara mewujudkan insentif bagi syarikat bas untuk berkhidmat di kawasan sekitar bandar dan luar bandar. Syarikat-syarikat bas yang mahu mendapat konsesi bagi laluan yang membawa keuntungan akan diwajibkan menyediakan perkhidmatan di laluan yang kurang padat. Tindakan tegas akan diambil sekiranya syarikatsyarikat ini gagal mematuhi peraturan, agar kelemahan yang wujud selama ini dapat diperbaiki. Kerajaan Pakatan Harapan memandang positif perkembangan teknologi baru dan pertumbuhan sektor ekonomi perkongsian seperti e-hailing yang semakin banyak digunakan. Ada juga negara yang kini sedang mencuba teknologi ini untuk perkhidmatan bas dan motorsikal.
Kami akan bekerjasama dengan syarikat-syarikat dan pemilik-pemilik bas dan bas sekolah sedia ada, dan akan menggalakkan usahawan tempatan yang memiliki kenderaan yang sesuai untuk menceburi dan bersaing dalam sektor ini, agar ia tumbuh dengan pesat di kawasan-kawasan yang memerlukan lebih banyak pengangkutan awam, termasuk kawasan luar bandar serta di Sabah dan Sarawak. Kami juga akan mengurangkan kos bayaran lesen bas sekolah.
Ini memerlukan sistem perundangan dan kawal selia yang mesra inovasi, agar lebih ramai individu boleh melibatkan diri dalam sektor e-hailing, lantas menyumbang ke arah peningkatan akses pengangkutan awam dan pada waktu yang sama mempelbagai peluang pekerjaan di luar bandar. Untuk itu, Kerajaan Pakatan Harapan akan memperkukuh hak para pemandu e-hailing, dan pada waktu yang sama memastikan hak dan kebajikan para pemandu teksi juga turut terjaga. Kami akan memastikan syarikat-syarikat pengangkutan bersaing secara sihat untuk mendapatkan konsesi, agar tidak wujud monopoli, lantas menyumbang kepada penurunan kos. Di bandar-bandar besar seluruh negara, kami akan memperkenalkan secara berperingkat skim pas pengangkutan bulanan dengan kos RM100 sebulan sahaja yang akan membolehkan penggunaan pelbagai jenis pengangkutan awam dengan satu pas.
Untuk memastikan kualiti perkhidmatan bas awam boleh diperbaiki, kami akan memastikan berlaku pertambahan 10,000 unit bas awam di seluruh negara dalam penggal pertama pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan.
Perak Transit Berhad - Cushioned By Taxable Income Source : PUBLIC BANK, Price Call : BUY, Price Target : 0.51 Last Price : 0.25, Upside/Downside : +0.26(104.00%)
Subject 01-Jun-2018 Insider DATO' SRI CHEONG KONG FITT (a substantial shareholder) acquired 20,650,000 shares on 01-Jun-2018. 01-Jun-2018 Insider DATIN SRI LIM SOW KENG (a substantial shareholder) acquired 20,650,000 shares on 01-Jun-2018. 01-Jun-2018 Insider DATIN SRI LIM SOW KENG (a substantial shareholder) transferred 196,088,805 shares on 01-Jun-2018. 01-Jun-2018 Insider DATO' SRI CHEONG KONG FITT (a substantial shareholder) transferred 196,088,805 shares on 01-Jun-2018. 01-Jun-2018 Insider DATO' SRI CHEONG KONG FITT (a company director) acquired 20,000,000 shares at 0.235 on 01-Jun-2018. 01-Jun-2018 Insider DATO' SRI CHEONG KONG FITT (a company director) acquired 650,000 shares at 0.240 on 01-Jun-2018. 01-Jun-2018 Insider DATO' SRI CHEONG KONG FITT (a company director) transferred 196,088,805 shares on 01-Jun-2018.
Dunno why owner buy.. no matter what reason behind..Owner got confident to his company only they buy. May be.. 1. Move to mainboard soon 2.Good news coming 3. Business on track ( may b already get funds for their expenses..)
This book is the result of the author's many years of experience and observation throughout his 26 years in the stockbroking industry. It was written for general public to learn to invest based on facts and not on fantasies or hearsay....
stupid
203 posts
Posted by stupid > 2018-05-13 12:13 | Report Abuse
Sistem pengangkutan awam sekarang terlalu
berpusat di Kuala Lumpur. Kawasan-kawasan lain di
seluruh negara masih memerlukan peningkatan liputan
pengangkutan awam, baik di bandar-bandar besar
apatah lagi di luar bandar. Ini mewujudkan suasana
yang ironis, di mana golongan berpendapatan rendah
di kampung-kampung memerlukan kereta untuk pergi
ke mana-mana, walaupun pendapatan mereka adalah
terhad.
Kerajaan Pakatan Harapan akan memperluas akses dan
liputan perkhidmatan pengangkutan awam dengan
cara mewujudkan insentif bagi syarikat bas untuk
berkhidmat di kawasan sekitar bandar dan luar bandar.
Syarikat-syarikat bas yang mahu mendapat konsesi bagi
laluan yang membawa keuntungan akan diwajibkan
menyediakan perkhidmatan di laluan yang kurang
padat. Tindakan tegas akan diambil sekiranya syarikatsyarikat
ini gagal mematuhi peraturan, agar kelemahan
yang wujud selama ini dapat diperbaiki.
Kerajaan Pakatan Harapan memandang positif
perkembangan teknologi baru dan pertumbuhan sektor
ekonomi perkongsian seperti e-hailing yang semakin
banyak digunakan. Ada juga negara yang kini sedang
mencuba teknologi ini untuk perkhidmatan bas dan
motorsikal.
Kami akan bekerjasama dengan syarikat-syarikat
dan pemilik-pemilik bas dan bas sekolah sedia ada,
dan akan menggalakkan usahawan tempatan yang
memiliki kenderaan yang sesuai untuk menceburi dan
bersaing dalam sektor ini, agar ia tumbuh dengan pesat
di kawasan-kawasan yang memerlukan lebih banyak
pengangkutan awam, termasuk kawasan luar bandar
serta di Sabah dan Sarawak. Kami juga akan mengurangkan
kos bayaran lesen bas sekolah.
Ini memerlukan sistem perundangan dan kawal selia yang
mesra inovasi, agar lebih ramai individu boleh melibatkan
diri dalam sektor e-hailing, lantas menyumbang ke arah
peningkatan akses pengangkutan awam dan pada
waktu yang sama mempelbagai peluang pekerjaan di
luar bandar. Untuk itu, Kerajaan Pakatan Harapan akan
memperkukuh hak para pemandu e-hailing, dan pada
waktu yang sama memastikan hak dan kebajikan para
pemandu teksi juga turut terjaga.
Kami akan memastikan syarikat-syarikat pengangkutan
bersaing secara sihat untuk mendapatkan konsesi, agar
tidak wujud monopoli, lantas menyumbang kepada
penurunan kos.
Di bandar-bandar besar seluruh negara, kami akan
memperkenalkan secara berperingkat skim pas
pengangkutan bulanan dengan kos RM100 sebulan
sahaja yang akan membolehkan penggunaan pelbagai
jenis pengangkutan awam dengan satu pas.
Untuk memastikan kualiti perkhidmatan bas awam boleh
diperbaiki, kami akan memastikan berlaku pertambahan
10,000 unit bas awam di seluruh negara dalam penggal
pertama pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan.