MY Corporate Updates

Seng Fong Holdings Berhad Menandatangani Perjanjian Taja Jamin dengan Hong Leong Investment Bank

kfcmailman
Publish date: Thu, 26 May 2022, 05:03 PM

Seng Fong Holdings Berhad Menandatangani Perjanjian Taja Jamin dengan Hong Leong Investment Bank

IPO Syarikat merangkumi sehingga 160.87 juta saham atau sehingga 31.0% terbitan saham yang diperbesarkan bagi penyenaraian di Papan Utama

KUALA LUMPUR (26 MEI)SENG FONG HOLDINGS BERHAD, pengeluar getah diproses dan berdagang Getah Standard Malaysia (SMR) dan getah blok gred premium, dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Syarikat telah memeterai perjanjian taja jamin dengan Hong Leong Investment Bank Berhad (HLIB) untuk tawaran awam permulaannya (IPO) yang akan datang di Papan Utama Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Securities).


Kiri-Kanan: Pengarah Urusan Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif HLIB, Lee Jim Leng, dan Pengarah Urusan Seng Fong, Er Hock Lai

Menurut draf prospektus Seng Fong yang disiarkan di laman web Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, penyenaraian itu melibatkan IPO sehingga 160.87 juta saham biasa atau sehingga 31.0% daripada jumlah saham terbitan Syarikat yang diperbesarkan yang terdiri daripada terbitan awam sebanyak 90.81 juta saham dan satu tawaran untuk jualan sehingga 70.06 juta saham.

Di bawah perjanjian itu, HLIB akan menaja jamin 42.20 juta saham IPO yang disediakan untuk permohonan di bawah tawaran runcit. HLIB juga merupakan Ejen Penempatan bagi 118.68 juta saham IPO yang diperuntukkan kepada pelabur bumiputera yang diluluskan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) serta pelabur institusi dan terpilih yang lain.

Pengarah Urusan Seng Fong, Er Hock Lai berkata, “Kami mengalu-alukan kerjasama dengan HLIB dalam penerbitan IPO kami, yang kami lihat sebagai penting untuk pertumbuhan masa depan kami kerana dana yang diperoleh melalui penyenaraian akan digunakan untuk rancangan pengembangan perniagaan. Rancangan kami termasuk memasang dua unit sistem solar untuk menjana tenaga elektrik selaras dengan inisiatif ESG Syarikat untuk mengurangkan jejak karbon dan mempunyai operasi perniagaan yang lebih mampan yang akan menghasilkan penjimatan kira-kira RM2.6 juta setahun kepada kos jualan Kumpulan kami.

“Kami juga akan memasang sistem biojisim untuk mengurangkan penggunaan diesel yang digunakan untuk menjana bahan api bagi sistem pengering kami. Inisiatif ini juga akan membantu mencapai penjimatan sebanyak RM3.5 juta setahun dan meneruskan inisiatif ESG kami dengan menjadikan perniagaan lebih mampan dalam jangka panjang. Selain itu, kami juga merancang untuk meningkatkan jumlah keseluruhan kapasiti tahunan kilang-kilang kami kepada 166,000 MTS menjelang tahun 2023 daripada kapasiti keseluruhan sekarang sebanyak 142,000 MTS.”

Pengarah Urusan Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif HLIB, Lee Jim Leng berkata, “Kami berbesar hati untuk memainkan peranan penting dalam membantu Seng Fong melalui pelaksanaan IPO. Syarikat mempunyai reputasi yang kukuh dan sejarah sejak 1986. Getah merupakan bahan utama dalam banyak industri dan khususnya, industri automobil di mana terdapat permintaan yang stabil.”

“Kami tidak ragu-ragu bahawa Seng Fong akan terus cemerlang dan membina asas yang ditetapkan hampir empat dekad lalu. Penyenaraian awam ini adalah platform yang berkesan untuk Syarikat meneruskan peringkat pertumbuhan seterusnya.”

Hampir semua hasil Seng Fong diperoleh daripada jualan kepada 

Discussions
Be the first to like this. Showing 0 of 0 comments

Post a Comment