MY Corporate Updates

Malaysian Genomics Resource Centre Catat Peningkatan 212% Pendapatan Bagi S3 TK2022

kfcmailman
Publish date: Mon, 23 May 2022, 05:53 PM

Malaysian Genomics Resource Centre Catat Peningkatan 212% Pendapatan Bagi S3 TK2022

• Hasil 9 bulan meningkat hampir 12 kali ganda kepada RM22.03 juta

• Keuntungan disokong oleh margin imunoterapi dan terapi sel yang lebih tinggi

PETALING JAYA (23 Mei) Malaysian Genomics Resource Centre Berhad (Malaysian Genomics), pakar genomik dan biofarmaseutikal terkemuka, hari ini mengumumkan bahawa Kumpulan mencatatkan peningkatan 211.66% dalam hasil pendapatan kepada RM5.08 juta bagi suku ketiga berakhir 31 Mac 2022 (S3 2022) berbanding RM1.63 juta yang dicatat bagi suku yang sama tahun kewangan sebelumnya.

Bagi suku dalam tinjauan, Kumpulan mencatatkan keuntungan sebelum cukai (PBT) sebanyak RM1.96 juta berbanding dengan PBT sebanyak RM0.2 juta pada S3 2021. Pendapatan sesaham (EPS) berjumlah 1.60 sen untuk S3 2022 berbanding dengan EPS sebanyak 0.19 sen pada suku yang sama tahun kewangan sebelumnya.

Untuk sembilan bulan berakhir 31 Mac 2022 (9M TK2022), Malaysian Genomics mencatatkan peningkatan hampir 12 kali ganda dalam hasil kepada RM22.03 juta berbanding RM1.85 juta pada 9M TK2021. Kumpulan mencatatkan RM3.21 juta dalam PBT untuk 9M TK2022 berbanding kerugian sebelum cukai sebanyak RM2.2 juta dalam tempoh yang sama tahun kewangan sebelumnya.


Noor Azri bin Dato' Sri Noor Azerai, Pengarah Eksekutif Malaysian Genomics

Noor Azri bin Dato' Sri Noor Azerai, Pengarah Eksekutif Malaysian Genomics, berkata, “Peningkatan hasil bagi suku dalam tinjauan adalah disebabkan oleh langkah Kumpulan mempelbagaikan perniagaan ke dalam perkhidmatan biofarmaseutikal, terutamanya pengagihan imunoterapi dan terapi sel, bersama dengan permintaan yang lebih tinggi untuk perkhidmatan pemeriksaan genetik berikutan pembukaan semula ekonomi. Pentadbiran dan pengedaran vaksin COVID-19 turut menyumbang kepada pertumbuhan pendapatan kami.”

“PBT kami disokong oleh margin yang lebih tinggi daripada kejayaan penembusan dan berterusan Kumpulan ke dalam pengedaran imunoterapi dan terapi sel. Kami terus mencari perkongsian dan peluang di mana kami boleh mempunyai jangkauan pasaran yang lebih luas untuk perkhidmatan kami, manakala kelulusan Amalan Pengilangan Baik Semasa makmal kami akan menambah nilai kepada keupayaan kami, termasuk pengeluaran sel T CAR untuk kanser pepejal serta kontrak pembuatan jenis sel lain untuk pihak ketiga yang akan menjana aliran hasil baharu."

Discussions
Be the first to like this. Showing 0 of 0 comments

Post a Comment