MY Corporate Updates

Hektar Asset Management Lantik CEO Baharu

kfcmailman
Publish date: Sat, 11 Jun 2022, 09:35 AM

Hektar Asset Management Lantik CEO Baharu 

Kuala Lumpur (10 Jun) – Hektar Asset Management Sdn. Bhd., Pengurus Hektar Real Estate Investment Trust (Hektar REIT) dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan Johari Shukri bin Jamil, 50, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Hektar Asset Management berkuat kuasa 11 Jun 2022.


Johari Shukri bin Jamil, CEO Hektar Asset Management

Johari akan menggantikan Dato' Hisham bin Othman, 60, yang telah mencapai umur persaraan wajib selepas menerajui Hektar Asset Management sebagai CEO sejak Mei 2016. Lembaga Pengarah ingin merakamkan penghargaan kepada Dato' Hisham di atas sumbangan & khidmatnya yang berharga dan mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau dan mencapai yang terbaik dalam usaha masa depannya.

Johari yang dilantik ke Lembaga Pengarah Hektar REIT sebagai Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif pada Februari 2022 dan kini dilantik semula sebagai Pengarah Eksekutif/CEO, memiliki lebih 20 tahun pengalaman korporat yang luas, memegang jawatan kepimpinan kanan dalam pelbagai industri, termasuk Pembangunan Hartanah & Perindustrian, Logistik & Kejuruteraan.

Kepakaran beliau dalam pengurusan aset, kewangan korporat, strategi, operasi & mengurus perniagaan untuk mencapai hasil yang diinginkan melalui inisiatif transformasi adalah sangat relevan dengan REIT dan dijangka dapat digunakan dengan baik dalam menerajui Hektar REIT untuk meneruskan pemulihan pasca pandemik dan untuk carta inisiatif strategik baharu. Johari memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Kejuruteraan Kimia dari UTM dan Sijil Program Kepimpinan Lanjutan daripada Judge Business School of the University of Cambridge.

Lembaga Pengarah & Pengurusan berharap dapat bekerjasama dengan Johari untuk membawa Hektar REIT ke fasa pertumbuhan seterusnya sambil kami meneruskan usaha kami untuk mengoptimumkan dan mengembangkan portfolio REIT untuk pulangan yang stabil dan mampan kepada Pemegang Unit kami.

Discussions
Be the first to like this. Showing 0 of 0 comments

Post a Comment